disuap indah mimpi


betullah,
seorang pemimpi itu,
kadang tak patut bangun,
memandang realiti,
yang semakin membusuk,
bernanah,
semakin membunuh.

ceritera asing hidup,
yang sering disuap indah mimpi,
buat aku senyum lagi,
membayangkan cerita aku,
sama seperti dalam mimpi,
bila aku bangun lagi.

tapi,
entah sampai bila,
aku kurang tahu tentang ceritanya,
yang akan ditulis diolah sebegitu rupa,
seperti mana indahnya cerita,
dalam mimpi aku di siang hari.

kertas tanpa pena

aku punya satu kertas kosong,
tapi tak punya sebatang pena,
untuk aku ceritakan,
tentang rasa rasa,
tentang cerita cerita,
yang sedang sesak masuk,
ke dalam kepala.
jadi bagaimana?

aku tarikan sang pena,
pada otak gila,
aku adun memaniskan kata kata,
seperti manisnya madu digomol gula,
dan sebanyak mungkin bahasa cinta,
supaya nanti kau baca,
dengan hati berbunga.

tapi aku terlupa,
dan terus tiada kata,
yang boleh aku ujarkan,
untuk membuatkan kau tidur malam,
bermimpikan seorang lelaki gila.

Keretapi Tanah Melayu

Azam aku tahun 2013,
Aku nak travel satu Malaysia,
Naik Keretapi Tanah Melayu,
Bila duit aku dah cukuplah.

tulisan orang gila


kalau aku punya waktu
ingin aku katakan satu satu
kemahuan aku
tapi waktu
tak akan pernah jadi batu
disepak hantu hantu
jadi aku biarkan dan duduk membisu
hingga aku jadi letih
untuk kata apa yang tak terkata
hingga aku jadi malas mahu berbicara
tentang hal hal yang tak sempurna jalan ceritanya
cerita cerita yang tak akan habis dimainkan mereka
terus aku dikatakan gila
punya lidah tapi tidak petah berkata
sebab aku lebih rela menulis
membiarkan mereka yang punya masa
membaca apa yang tak seharusnya mereka baca
tulisan tulisan aku
tulisan orang gila

berlari mengejar yang berlari

berlari mengejar yang berlari
dan berlari mengejar dengan mata tertutup
aku kurang pasti
sama ada itu satu kesabaran
atau hanya egois kau sebagai seorang lelaki
apabila aku lihat
kau masih degil berlari
walau kadang aku lihat kau terjatuh
tapi kau bangkit lagi
menyapu darah luka
dan berlari mengejar kembali

tiba hari ini
fikirkan tentang hari esok
dan apabila esok tiba
fikirkan tentang hari lusa
dan seterusnya
hidup harus dengan perancangan
dan tujuan
fikirkan masa hadapan
agar nanti bila kau berlari berpimpinan tangan
hingga hari kau terjatuh
dia akan menghulur tangan
mengajak kau berlari bersama kembali
bukan kau jatuh seorang diri
dan dia berlari
tanpa menoleh melihat ke arah kau lagi

satu satu

hujan lebat
guruh
kilat
katak menyanyi nyanyi
banjir
kanak kanak main air
peniaga termenung
ibu tak boleh sidai baju
ayah nak balik tak nampak jalan
pokok hilang kena sambar petir
plug rumah kena cabut
takut nanti kena sambar
satu tambah satu
satu cinta satu
satu gabung satu
kita jadi 11
bulan sebelas
november
hujan tak henti henti
terima kasih