Pernah juga terdetik,
Rasa muda ketika aku lebih dambakan ngeri sebuah kematian,
Saat aku lebih mengharapkan pada sebuah pengakhiran,
Waktu aku merasakan kematian yang bakal didakap lebih empuk dari kehidupan yang sedang aku peluk.
Yang perlahan aku benar yakin adalah kasarnya apa yang aku peluk adalah supaya aku belajar untuk terus rindu mahu didakap empuk kematian,
Kerana aku sendiri sedar tentang ketidaksempurnaan diri sendiri yang sedang sibuk aku tampal bocornya,
Bimbang karam menungkah laut kematian.
Kerana itu, aku menyelam sendiri mencari pasti titik noktah aku yang sudah ditanda Dia,
Berdoa supaya ia pada baris masa yang paling sempurna.
Mati,
Aku tak mampu ubah apa yang pasti,
Yang tinggal cuma adalah baris-baris cerita aku yang belum sempurna,
Cerita yang mahu aku tulis sesempurna mungkin sebelum cerita aku dinokhtahkan Dia.
-Taiping War Cemetry 7/7