normal kiranya

bukan aku tak pernah belajar
dari pengalaman
dan memori
yang aku pernah cipta
tapi
aku bukan lelaki normal.

kiranya aku dapat
meluahkan apa yang aku simpan
jauh di dalam.

tapi
aku bukan lelaki normal.
kiranya.

jangan pernah lupa sujud

jangan pernah lupa sujud
untuk buat kau sedar
betapa kerdilnya kau nanti
di hadapan Dia.

jangan pernah lupa sujud
untuk buat kau tidak lupa
betapa pangkat dan harta
boleh buat kau nampak hina
bila kau tertalu taksubkan dunia.

terima kasih tuhan

terima kasih tuhan
untuk sisa ketenangan
walau aku pernah jauh.

terima kasih tuhan
untuk sisa keampunan
walau aku pernah lalai.

terima kasih tuhan
untuk sisa kehidupan
membenarkan aku untuk tidak lupa
tentang kau tuhan.

mungkin sahaja

buat mereka yang kembali asing
terima kasih untuk memori
terima kasih atas setiap yang pernah terjadi
tak kira macam mana manis cerita
tak kira macam mana pedih luka
semua aku akan kenang
sebab kamu pernah penting dalam hidup ini.

mungkin sahaja
jika tuhan izinkan kita
untuk bertemu lagi
aku hanya mahu memerhati.
adakah mereka yang asing
mahu mengenal aku kembali.

maaf

maaf
aku tak mampu berlari seiring lagi
aku sudah lelah
aku mahu sedikit ruang
untuk aku nikmati
apa yang telah aku sepatutnya perhati.

cuma sedikit masa lagi
teruskan berlari
aku akan berada di belakang ini
berlari sendiri
dan kita mungkin bertemu lagi.

sepi

aku pernah punya suatu hari
saat aku rindukan sepi
sunyi
seakan aku telah mati
dan cuma sepi menemani

masih mampu

bayangkan
jika aku sendiri
tidak mampu melukis masa hadapan sendiri
mana mungkin aku bisa
lukiskan untuk kamu sekali.

yang selama ini
aku berlari dan terjatuh
menambah parut parut cerita
aku baru terfikir
tentang cerita di sebaliknya.

pengalaman pengalaman
dan pahit jerih aku dulu
semuanya menjadikan aku yang sekarang.

seorang lelaki
yang mampu untuk berlari sendiri
selagi aku belum mampu
melukis impian si rusuk kiri.