Rasa sesak
Seperti dada yang terhimpit
Bila hati aku
Penuh dengan benci
Otak aku
Sarat dengan orang
Yang aku harap
Cepat mati.
Kau. Maaf.
Kau
Langsaikah kiranya hutang
Jika aku mampu petikkan
Bintang bintang gemerlapan?
Kau
Hilangkah kiranya budi
Jika aku mampu kaitkan
Simpulan simpulan awan?
Kau
Maafkah kata kata
Yang terjanji mulut mati
Yang terikat lidah hati?
Langsaikah kiranya hutang
Jika aku mampu petikkan
Bintang bintang gemerlapan?
Kau
Hilangkah kiranya budi
Jika aku mampu kaitkan
Simpulan simpulan awan?
Kau
Maafkah kata kata
Yang terjanji mulut mati
Yang terikat lidah hati?
pernah
Tuhan
Aku pernah luka
Saat aku jatuh
Hiba
Saat aku pernah hampir putus asa.
Saat hanya kenapa
Dan mengapa
yang aku persoalkan.
Tuhan
Syukur
Kerana kau membenarkan aku
Membuka seluasnya mata
Melihat mainan dunia
Yang semuanya kau cipta.
Dengan cerita cerita di sebalik
Setiap satunya.
Aku pernah luka
Saat aku jatuh
Hiba
Saat aku pernah hampir putus asa.
Saat hanya kenapa
Dan mengapa
yang aku persoalkan.
Tuhan
Syukur
Kerana kau membenarkan aku
Membuka seluasnya mata
Melihat mainan dunia
Yang semuanya kau cipta.
Dengan cerita cerita di sebalik
Setiap satunya.
apa lagi
Jika aku mampu gapai langit tinggi
Apa yang akan aku genggam
Jika aku mampu renang ke tengah lautan
Apa perlu aku selam
Fahamnya aku tentang aku sendiri
Yang cuma separa dalam segalanya
Dunia
Belum puas aku kejar
Yang sana
Menanti aku bertemu dengannya
Menghisab setiap apa yang telah
Dan apa yang akan aku kejar.
Apa yang akan aku genggam
Jika aku mampu renang ke tengah lautan
Apa perlu aku selam
Fahamnya aku tentang aku sendiri
Yang cuma separa dalam segalanya
Dunia
Belum puas aku kejar
Yang sana
Menanti aku bertemu dengannya
Menghisab setiap apa yang telah
Dan apa yang akan aku kejar.
marah aku diamkan.
Marah aku
Diamkan
Biar aku sebentar
Memejam pedih hati
Yang sedang berlagu ngilu.
Marah aku
Diamkan
Biar lahir janin benci
Membesar dalam kotak hati
Yang nanti kembali mati.
Marah aku
Diamkan
Nanti aku reda
Cuma perlu masa
Memujuk hati sendiri.
Diamkan
Biar aku sebentar
Memejam pedih hati
Yang sedang berlagu ngilu.
Marah aku
Diamkan
Biar lahir janin benci
Membesar dalam kotak hati
Yang nanti kembali mati.
Marah aku
Diamkan
Nanti aku reda
Cuma perlu masa
Memujuk hati sendiri.
biarlah
Biarlah
Benarkan
Aku larut
Dalam senyum manis kamu
Biarlah
Izinkan
Aku khayal
Dalam sinar mata kamu
Biarlah
Kalau kamu cuma
Memberi sedikit bukti
Akan indahnya ciptaan Dia.
Membuat aku rindu
Bidadari dunia abadi.
Benarkan
Aku larut
Dalam senyum manis kamu
Biarlah
Izinkan
Aku khayal
Dalam sinar mata kamu
Biarlah
Kalau kamu cuma
Memberi sedikit bukti
Akan indahnya ciptaan Dia.
Membuat aku rindu
Bidadari dunia abadi.
separa lagi
Bulan separa lagi
Kali ini
Hati aku
Separa lagi
Ya
Seperti bulan
Yang separanya
Kerna terlindung
Dari sesuatu yang hanya Dia yang tahu
Seperti hati aku
Yang separanya
Kerna terlindung
Dari sesuatu yang hanya aku yang tahu
Kali ini
Hati aku
Separa lagi
Ya
Seperti bulan
Yang separanya
Kerna terlindung
Dari sesuatu yang hanya Dia yang tahu
Seperti hati aku
Yang separanya
Kerna terlindung
Dari sesuatu yang hanya aku yang tahu
Langgan:
Catatan (Atom)