kau faham?


koyak rabak
aku carik satu satu
aku buang yang tak perlu
aku simpan mana yang mahu

ambil sebatang
keluarkan isi perut
carik lagi
sebatikan dua hati

aku ramas perlahan
aku gunting merapatkan
aku adun secukup warna
supaya bau tidak hilang

ambil
letak dalam lubang berlubang
bakar sikit sikit
tarik perlahan perlahan
terus terbang
khayal

kurang normal

aku seorang manusia
hati sensitif
rabak
senang koyak
jiwa kacau
serabut
jarang tenang
cuba
pernah cuba
bukan tak pernah
tapi
setiap kali cuba
aku terlupa
dan aku
terus melayan perasaan
dan membiarkan hati aku
terus remuk
luka rabak
pecah koyak

bunuh aku dengan kata

tiba tiba
kau yang katakan itu
kau yang katakan begitu

luar nampak okay
dalam aku rasa luka parah
cuba menahan
dan tidak membiarkan rasa itu menguasai

kali ini
hati aku jadi mangsa lagi
tiada siapa yang tahu
tiada siapa yang peduli

sedih
aku tak tunjuk
terasa
aku tak mahu kata

kalian

jangan pernah tanyakan sakitku
kalian tidak akan tahu
cuma jika kalian mendengar berita pemergianku
tolong jangan tangiskan ia
tolong tersenyum gembira
buat seperti biasa

kerna aku pernah jadi sahabat kalian semua
dan senyuman aku lebih banyak dari senyuman
yang akan kalian sedekahkan padaku
tersenyumlah
ceriakan hari hari kamu
jangan pernah kisah
aku tak peduli

tapi jangan penah lupa
yang aku pernah jadi sahabat kalian
tolong jangan lupakan itu semua

hanya ini aku pinta

sehari untuk kamu


pagi itu
aku rindukan kamu
terbayangkan wajah kamu
yang dibasahi cahaya mentari pagi

tengah hari itu
sepertinya aku inginkan kamu
menemani dan duduk di sebelahku
sambil menghabiskan sisa sisa waktu

petang itu
aku masih sibuk memikirkan kamu
merenung mata kamu dalam dalam
membisik kata kata rindu ke telingamu

malam itu
sepertinya aku inginkan kamu
berbaring di sebelahku
merenung bintang bintang bersamaku

ahhhhh
angan angan kalau difikir
memang terlalu indah
membuatkan seorang pemimpi macam aku
rasa tak mahu bangun berdepan realiti

menagih si bunga


diri ini menggeletar
menahan diri dari sesuatu
yang dah jadi sebahagian dari diri aku
rasa sudah tidak mampu
menahan rasa yang membelenggu

tuhan
berikan aku kesempatan
mengucapkan salam rindu
kepada dia
berikan aku sedikit masa
untuk terus bernafas
aku masih belum mahu pergi

menyesal
saat menyeksakan begini aku rasa bodoh
kenapa aku cuba benda itu
yang pengakhirannya membuat aku terseksa
dah terlambat
dah tak berguna

aku seperti telah mati setiap hari
bila aku menunggu kamu
yang tak pernah hadir
untuk diriku

tak tahu rasa hatimu


maafkan aku
kadang kadang
aku rasakan aku gila bayang
sering memikirkan tentang kamu
yang tak pernah terfikirkan aku

seperti cebisan kerang yang terpisah
saat diri dihempas ke pantai
terpisah jiwa raga
saat aku cuba melupakan kamu

aku seperti tidak tahu isi hati kamu
terlalu takut untuk meneka rasa hatimu
terlalu gentar untuk mengetahui akal fikirmu
yang mungkin langsung tidak memikirkan diriku

entahlah
aku akan cuba hiraukan
cuba rasa detik waktu sekarang
di saat kau melayan aku
hingga kau muak dan letih
lalu pergi meninggalkan aku