berbentuk kamu.

Aku lihat tinggi
Biru
Berarak putih
Kadang berbentuk imaginasinya.

Yang tinggi
Yang biru
Yang diarak bentuk putihnya,
Menghilangkan kamu.
Dan kamu.
Dan kamu.

Kerana setiap bentuk imaginasinya
Berbentuk kamu.

cuma biar.

Yang dah terjadi
Pernah tinggal aku mati.
Yang akan terjadi
Mungkin tinggal aku mati.

Sakit
Tapi aku mahu lagi.

Yang tinggal dibiar mati
Yang mati dibiar mati.

Biar
Cuma biar memori,
Yang belum mati.
Cuma biar memori,
Yang abadi.

cari sudah dijumpai

Yang kali keduanya
Dirasa selepas yang pertama
Yang pertamanya
Dirasa sebelumnya yang pasti akan dua

Yang terubah
Yang berubah
Yang diubah
Itu manusia

Yang pergi
Yang kembali
Semua kerana
Yang kononnya
Mahu cari diri sendiri
Tersesat
Dan mahu kembali cari
Apa yang dulu dah dijumpai.

Dan
Yang merubah
Cuma Dia.
Merubah atas apa
Yang kau mahu ubah
Atau
Merubah untuk kau berubah
Dengan apa yang telah Dia rubah
Untuk kau.
Nanti.

of and for all.

of all the experience
of all the explanation
of all the excuse

and I had to let you go.

but
what if I miss you
and I know
I'll miss you.

for all the excuse
for all the explanation
for all the experience

and I let go.

for a better you.
so long,
goodbye.

bot kecil dan lelakinya

Dalam terik yang memecah peluh
Bot kecil yang aku lihat dari jauh
Gigih menerajang ombak ganas.

Bot kecil yang usianya mungkin sama
Dengan lelaki yang sentiasa memerlukannya.

Bot kecil
Yang entah esok
Tersadung ombak
Menenggelamkan isi didalamnya.

Lelaki
Yang sedang mencari
Sesuap lagi rezeki.

Cepat mati

Rasa sesak
Seperti dada yang terhimpit
Bila hati aku
Penuh dengan benci
Otak aku
Sarat dengan orang
Yang aku harap
Cepat mati.

Kau. Maaf.

Kau
Langsaikah kiranya hutang
Jika aku mampu petikkan
Bintang bintang gemerlapan?

Kau
Hilangkah kiranya budi
Jika aku mampu kaitkan
Simpulan simpulan awan?

Kau
Maafkah kata kata
Yang terjanji mulut mati
Yang terikat lidah hati?