Shauki
Nama aku shauki. Aku dilahirkan dalam sebuah tempat yang gelap tanpa ibu dan bapa saat aku membuka mata. Apa yang aku pasti,tempat tinggal aku sangat gelap dan dipenuhi lumut serta semak samun yang menyakitkan mata. Setiap hari,pasti akan ada seekor gergasi yang menguis nguis lumut itu,mungkin makanan dia,agakku.
Aku dilahirkan cacat. tanpa kaki untuk bergerak bebas. Dari dalam tempat tinggal aku, kadang aku dapat lihat sinar matahari yang cuma terbit sekali sekala. Tapi selalunya hanya gelap yang menemani hari hari aku. Kira aku,sudah sepuluh hari aku lahir ke dunia ini. Setiap hari aku rasakan aku makin membesar,tapi aku lahir dengan satu masalah iaitu perut aku. Mereka membusung dan bernanah. Saban hari makin besar sehingga aku sendiri jijik untuk melihatnya.
Hari ini,aku dapat dengar suara gergasi itu yang menjerit marah. Beliau masuk ke tempat tinggal aku dan cuba memperkosa aku. Raksaksa gay mungkin!
Aku yang lahir dengan sifat yang tidak sempurna hanya mampu bertahan dan berdoa. Aku tidak mampu melarikan diri. Raksaksa itu semakin ganas merobek perut dan mataku. Aku dapat rasakan yang hayatku akan tamat sebentar lagi. Perutku terburai ditikam raksaksa itu dengan kejamnya. Nanah dari perut aku meleleh dengan laju,aku dapat lihat darah aku keluar dan melekat di mulut raksaksa itu.
Sebelum aku menghembuskan nafas terakhir,aku dapat dengar raksaksa itu menjerit "setan punya jerawat,dalam hidung aku jugak kau nak bertapak!"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan