dalam aku
yang luar
gelisah aku nampak tenang
sakit di dalam yang tak pernah aku ceritakan
kerana setiap kali ditikam
aku solekkan bibir merah
membiarkan gelak paksa aku
menutup cerita yang menyakitkan
pandang orang yang tahu
bicara mereka
mengatakan aku tolol
bila setiap salah yang mereka buat
aku butakan
membiarkan diri sakit
demi hati hati mereka
yang pada aku nampak berkaca
yang tidak mahu aku pecahkan
yang mahu aku jaga
dari sakit seperti yang aku rasa
aku bukan meminta simpati
menadah tangan kosong
menanti jatuhnya air mata
aku cuma mahu bercerita
tentang sakit yang tak mampu aku bicarakan
bilamana jemari aku
lebih berani mengatakan yang benar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sedih. Semoga kuat sentiasa. Jangan kalah dengan air mata! :)
BalasPadamaku tak pernah kalah dengan air mata,cuma selalu kalah dengan rasa sedih. air mata mahal kononnya hehe :)
Padam