"Waalaikumsalam!
Cinta?"
John kaku. Masa
di sekeliling seakan terhenti dan kembali berputar terhadap cerita 7 tahun
lepas buat dia. Masa yang berputar terhadap cerita tentang Cinta yang dahulunya
menjadi teman akrab dia sejak kecil. Masa yang mengingatkan John ketika kali
pertama dia menyatakan betapa dia menyayangi Cinta.
“Jemputlah naik”
pelawa John.”
Cinta yang datang
malam itu dengan berbaju kurung nampak sungguh ayu di mata John. Dia
mempersilakan gadis yang pernah dia sayangi itu untuk duduk.
“John, awak
sihat?” tanya Cinta.
“Saya sihat, awak
bagaimana? Bagaimana awak boleh ada di sini?” tanya John.
“ Saya sihat,
maafkan saya kerana datang secara mengejut. Saya baru berpindah ke rumah lama
saya. Ibu bapa saya telah meninggal dunia. Keadaan saya sangat teruk di kota.
Saya terpaksa pulang ke kampung.”
“ Oh, jadi
sekarang awak tinggal dengan siapa?”
“ Saya tinggal
seorang diri di banglo itu. Saya tidak mampu untuk mengemaskan semuanya
sendirian.”
“ Oh,sebentar.
Saya akan fikirkan jalan. Biar saya ke dapur dahulu mengambil air.”
John bergegas ke
dapur. Mujur isterinya pulang ke kampung untuk melawat kedua orang tuanya.
Kerja menjadi alasan John memandangkan dia memang menyampah dengan mertuanya.
Semuanya mengikis harta dia.
“ Mungkin ini
peluang untuk aku kembali mendapatkan Cinta. Aku boleh membantunya dahulu
kemudian memenangi hatinya,” angan John.
Dia malas untuk
mempedulikan tentang isterinya terlebih dahulu. Yang dia mahukan ialah Cinta.
Gadis yang tak akan siapa pun mampu untuk hilangkan dari hati dia.
“ Kalau saya
tiada apa-apa malam esok saya datang ke rumah awak untuk membantu kerana saya
bekerja pada siang hari. Bagaimana?” tanya John sambil menuangkan air untuk
tetamunya itu.
“ Baiklah, saya
akan tunggu awak di rumah.”
Mereka larut
dalam dunia waktu kecil mereka. Bersembang sambil setiap memori manis dahulu
menjadi isi cerita. Petang itu, John merasakan dirinya berada pada masa silam.
4 tahun yang lepas saat cinta mereka sedang mekar.
Lewat malam hari
itu baru Cinta pulang bersama senyum yang pernah buat John jatuh cinta dahulu.
Gadis itu masih seperti dahulu. Masih seorang gadis sopan yang sentiasa berbaju
kurung setiap kali keluar dari rumah. Perwatakan Cinta terlalu menarik buat
John, sebab itu dia gilakan gadis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan