dan bila
dan bila tangan aku
sekali lagi kau tepis
aku kaku
diam membisu
mahu tahu niat aku
hanya mahu membantu
tapi amarahmu
masih begitu
jadi aku ke tepi
dan memerhatikan kau cuba berjalan
sebelum cuba berdiri
dan bila kau jatuh lagi
aku begegas ke sisi
mahu memberi motivasi
sebelum tangan aku
yang cuba menyapu luka kau itu
kau tepis aku lagi
masih dengan marahmu
dan bila aku dah tak peduli lagi
tentang jatuh bangun kau itu
jangan kau cari lagi
aku mungkin tiada di sisi
tapi aku pasti kembali
saat kau bercerita tentang sesal
yang macam sial
sedang aku cuci lukamu
dengan tangan ini
tapi parut itu
kau sembuhkan sendiri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sedih pulak baca ni.
BalasPadamKenapa tolak tangan yg dihulur sedangkan tahu diri dalam keadaan yg tak mampu utk berdiri sendiri? :|
egois sendiri,kadang tak siapa mahu tepis :)
Padam