seringkali aku alpa
seringkali aku lupa
seringkali aku membuat dosa
sering kali itu jugalah
aku menyalahkan syaitan di telinga
cuma menyalahkan
tak pernah aku cuba menepis hasutan mereka
terus terpedaya
dengan alam fana
aku manusia biasa
tak lari dari khilafnya
cuma seekor patung
yang bertali
kerap kali ditarik
aku putus lagi
mana aku mahu pergi
berbaring
menunggu hari mati
walhal
dosa lagi tinggi
dari pahala nak bawa ke mati
aku tak mahu masuk neraka
dibakar dijilat api
aku mahu dilayan sang bidadari
mahu dituangkan air anggur
yang aku tak pernah cuba itu
mahu rasa
air sungai yang bersih dan wangi itu
aku mahu seks sampai pagi
sebab tiada istilah letih
bagi aku dan bidadari
yang pasti banyak mengelilingi
tersampuk
angan angan banyak
tapi hari hari
dosa jugaklah yang aku buat
pahala?
boleh dibilang dengan jari
maaf
aku manusia biasa
aku akan berubah
memanjat tali yang dibiar menjuntai
oleh illahi
Selagi ada kesedaran utk berubah.
BalasPadamSudah memadai. Alhamdulillah.
Nak berubah. Banyak faktor perlu ambil kira.
Bukan ke? :)
banyak faktor,banyak kira kira. otak lemah matematik,kurang lancar mengira :)
Padam