dua cerita yang sama


aku sudah tidak mampu bilang
sudah berapa kali
hati tisu ini terkoyak
dan terbakar

aku sudah tidak mampu bilang
sudah berapa kali
hati tisu ini aku kepal
supaya zahirnya nampak kebal

hari ini
aku kumpul tisu baharu
supaya tak akan pernah nampak kurang
dan buat ganti hilangnya yang dahulu
yang sudah tidak mahu jadi satu

kawan
terima kasih
buat tangan yang mengusap
terima kasih
buat kata yang menyabarkan
terima kasih
untuk telinga yang mendengar

aku tak bisa bercerita
tentang semua rasa aku
bila yang aku mahu
hanya melepaskan air mata
yang dah lama aku seka
supaya segala derita
dapat aku lupa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan