manusi-manusia hipokrit!
aku cukup tak suka dan aku menyampah dengan mereka. tambah-tambah bila orang yang hipokrit tu aku dah anggap macam kawan. depan punya cerita bukan main baik,senyum bukan main manis. kalau ada air tambah dengan senyum diorang boleh bagi kencing manis. potong kaki baq hang! aku tak suka orang hipokrit ni sebab bila belakang kita bukan main banyak pisau depa bawak keluaq. siap boleh pilih mana satu nak tikam belakang kita. apa masalah hampa sebenaqnya? kalau tak suka toksah duk kawan dengan aku,aku pun boleh jadi gembira. aku cuma nak orang sekeliling aku adalah orang yang betul-betul nak kawan dengan aku. bukan orang yang depan tabur gula belakang tabur semut.
entry ini dah lari dari apa yang aku mula-mula nak tulis dalam blog ni. dan persetankan semua tu,aku punya blog jadi aku punya suka lah kan? haha
ahhhh,sakit hati bila aku pikir-pikir balik benda ni. tapi nak cari kawan yang tak mengata belakang kita bukan senang. cuma janganlah kalau kat belakang tu kau tikam sampai berdarah. setakat cucuk-cucuk manja tu biasalah kan? akhir sekali,kepada mereka yang suka mekap tebal-tebal depan kawan-kawan tu,hentikanlah. tak payah sibukkan diri korang nak bersolek,tak payah kawan terus kan senang?
salam.
Sebab tu juga kadang kadang dalam berkawan kita kena jadi seorang yg sangat memilih :)
BalasPadamkadang kena kawan dengan seseorang dahulu sebelum boleh memilih. aku cuma menerima kawan,walau kadang sakit berkawan. aku jadikan semua pengalaman :)
Padam