Bagi aku,dalam dunia ni ada dua
jenis muka sahaja. Yang bermuka-muka tak diambil kira,sebab ni tulisan aku!
Satu adalah *mereka-mereka yang mempunyai wajah yang hodoh dan mereka yang
mempunyai wajah yang tak hodoh (*nak tau kenapa aku buat mereka-mereka tu kata
imbuhan sedangkan benda tu diharamkan? Sebab, aku nak bagi nampak lagi banyak
lah! Haha) sekejap.....
Maaf,aku sedang enak nikmati buah
jambu potong yang baru aku beli tadi. Eh,kalau pasal makan boleh lagi aku buat
dua jenis perut yang ada dalam dunia ni. Tapi ini cerita tentang wajah,tentang
muka,yang hanya melibatkan dua jenis sahaja. Nevermind.
Jadi aku cuma nak bercakap
tentang bagaimana faktor yang aku berikan di sini,di mana kesan kau tergolong
dalam kategori muka mana satu pun dari dua jenis di atas,akan memberi kesan
kepada korang. Korang faham? Aku cuba untuk tidak berkhayal lebih sangat ni.
Dah rasa macam terbang dekat awan dah. Sekejap...
Brpppp baiklah. Aku sedar diri
bahawa aku tergolong dalam kalangan mereka yang annoyingly hodoh walaupun kau baru pandang sekali sahaja.
Sekejap.....
(hujan turun tatkala aku sedang
menulis, aku bukan sedang cuba untuk ubatkan hati okay. Tak,aku tak cuba pun!
Tolong faham jiwa aku!) Nevermind.
Ok, berbalik kepada cerita kita
tadi. Aku ada pengalaman bagaimana rasanya bila tak ada rakan sekelas lelaki
yang nak berkawan dengan kau. Masa itu hati kaca beb,dahlah muka annoyingly
hodoh kan,so sape nak pujuk. Sebab itu aku dari sekolah menengah aku lagi ramai
kawan baik perempuan. Tak,aku tak kena friend zone. Tak! Sebab ramai antara mereka merupakan awek-awek
kepada kawan-kawan aku. So,aku just berkawan.aku tahu polisi berkawan ni. Takkanlah
aku nak ambil awek member, itu bukan cara aku berkawan. Dan kalau dah jadi ex
pun aku takkan ambil,sebab backstab itu sangat menyakitkan. Uh,yang itu pun aku
macam ada cerita nak diluahkan. Sekejap...
Sebenarnya aku tengah masak nasi
ni,perut tengah lapar. Tadi aku pergi bungkus lauk,tak makan lagi tahu! So,
lupakan pasal cerita backstab tu,lain kali aku cerita . Nevermind.
So,bila dah tak ada kawan-kawan
lelaki yang menegur aku dalam kelas,aku jadi terfikir. Tentang apa salah aku.
Dan hanya tentang,ya mungkin,tentang wajah aku yang annoyingly hodoh ni.
Mungkin sebab itu *mereka-mereka tak mahu berkawan dengan aku. Sekejap...
Maaf sebungkus jambu habis
dimakan,gara-gara aku terlupa yang aku sedang menulis apabila jam aku yang
rosak tadi membuatkan aku terpandang sebungkus jambu ketika aku merepair
beliau. Iaitu jam. Tentang jam yang putus dan kepercayaan pun aku ada cerita yang aku ingin ceritakan. Nevermind.
Bila diorang tak pujuk dan aku
pun tak cuba nak settlekan apa masalah yang ketika itu aku tak terfikir pun, mungkin
sebab aku masih bodoh. Ya,bodoh. Dan tentang kebodohan manusia-manusia pun
macam ada yang aku ingin ceritakan. Nevermind.
Selepas peristiwa tu yang telah
melibatkan cikgu ganti yang ada masa tu menyelesaikan masalah kami, aku pun
jadi seorang yang banyak belajar. Banyak sisa-sisa cerita tentang setiap
peristiwa yang aku kutip, aku jadikan pengajaran. Aku jadi seorang yang lebih
tahu untuk menjaga hati seorang kawan memandangkan aku ini seorang yang
annoyingly hodoh. Sekejap......
Aku bukan seorang lelaki yang
mudah menangis sekarang. Dulu,mungkin. Ya,sebenarnya ya. Tapi itu dulu. Seorang
lelaki yang sepatutnya mengikut tahun boleh mengundi untuk PRU13 tapi disebabkan
bulan lahir yang dinanti belum tiba sebab diorang buat PRU13 awal dari bulan yang
sepatutnya aku keluar dahulu dulu, takkan lah aku nak menangis lagi. Kan?
So,nak cerita pasal politik ke? Sekejap...
Nevermind.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan