pengakhiran gagak dan merpati

Keesokan harinya, sang gagak datang lagi. Beliau berasa curios tentang keadaan burung merpati di dalam sangkar. Beliau mahu menemubual merpati bagaimana dia boleh menjadi seekor burung belaan. Sesampainya gagak di tepi sangkar merpati, beliau melihat merpati sedang terbaring dengan paruh yang biru.

Ketika sang gagak meratapi kematian sang merpati yang mati menelan nila, beliau terperanjat apabila melihat merpati kembali tegak dengan wajah yang duka.

“ kenapa kau belum mati lagi? Nila tak dapat membunuh kau kah wahai merpati “ Tanya gagak yang takjub dengan kekebalan merpati.
“ nila? Bila masa aku telan nila? “ Tanya merpati kehairanan.
“habis, kenapa paruh kau biru? “
“ oh, aku baru lepas minum Pepsi Blue yang tuan aku beri, perut aku kembung dengan gas. Aku fikirkan, kalau aku minum pepsi tu nanti aku akan high dan dapat lupakan hidup aku yang mengecewakan ini, rupanya tidak. Hanya sakit perut yang aku dapat ” cerita merpati.
“kenapakah wajah kau begitu sekali merpati? Apa yang terjadi? Kau masih teringat kisah semalam?“ Tanya gagak bertalu-talu.
Sang merpati hanya memerhati gagak tanpa menyebut sepatah perkataan pun.
“ tidak mengapalah kalau kau tak mahu menjawab pertanyaan aku. Aku cuma datang untuk bersembang dengan kau, memandangkan kau pun bukan ada kawan kan? Haha “ sempat sang gagak berseloroh dengan merpati.
Merpati hanya tersengih kerang sahaja. Kadang-kadang merpati berasa musykil kenapa sengih dikaitkan dengan kerang. Jika seekor burung tersengih, kenapa kerang yang mendapat nama? Entah, merpati sendiri tak tahu apa sebabnya.

“ apakah kau datang untuk menolong aku sang gagak? “
“tidak, aku cuma ingin tahu cerita tentang dirimu sahaja. Tentang bagaimana kau boleh jadi begini “ tempelak gagak sedikit marah.
“ maaf, aku cuma tertekan dengan hidup aku sekarang. Biarlah aku cerita satu persatu ” sang merpati berkata dengan sayu.

Dahulu, sang merpati merupakan seekor burung yang bebas terbang, tidak terkurung seperti sekarang. Namun, semuanya berubah apabila beliau telah melihat seorang rakyat cina yang ketika itu tengah makan roti canai dekat kedai mamak bersama seorang melayu. 1 Malaysia ke? Merpati berasa lapar dan tidak peduli samada mereka racist atau tidak, yang pasti roti canai banjir dengan kari ayam tu nampak sedap. Tanpa mempedulikan bahaya yang bakal menimpa, merpati meluru dengan laju untuk merampas rati canai bajir itu. Beliau juga berkemungkinan ingin mencicah kari ayam sebelum terbang pergi. Nasib merpati tidak baik. Beliau ditangkap dengan satu eratan tangan yang kemas dari pemilik roti canai tersebut.

“ eh, cantik pulak burung ni. Baik aku bela haha . aku akan berikan kau makanan setiap hari. Jangankan roti canai, mekdi pun aku boleh bagi tau! “ ketawa lelaki melayu yang menangkapnya tadi.
“ oi samad, burung tu bangsa apa? Melayu ke, cina ke india? “ Tanya seorang lelaki kadazan di meja belakang.
“ apa, burung bangsa kadazan takde pulak? “ marah si melayu.
Burung yang melihat sikap racist mereka hanya menggeleng kepala. “ apedaaaa, “ cip cip sang merpati.

“ Ketika tu aku bodoh, aku ingat mekdi sedap. Rupanya ayam dia tak dibasuh dengan bersih kau tahu. Aku dah tak tahan terkurung dalam sangkar ni tahu! aku juga mahu terbang bebas. “ cerita sang merpati.
“ baiklah, aku boleh tolong untuk keluarkan kau!” 
Naik juling mata merpati bila dengar gagak berkata begitu. 

“ tapi kau harus cepat, kita tak akan ada masa yang banyak” arah sang gagak.
“ baiklah!” merpati bercip cip dengan kuat kononnya ikut arahan.
Kalau nak ikut arahan orang atasan pun, perlu ke jerit kuat-kuat. Tambah-tambah kalau perempuan, kan tak manis tu. Lupakan.

Sang gagak dengan sedaya upaya membuka pintu untuk merpati. Dan selepas 14 kali cubaan dan dengan paruh yang dah sumbing sikit, pintu kurungan merpati berjaya dibuka.
“cepat keluar, terbang jauh-jauh.” Arah sang gagak.

Sang merpati melompat keluar dari sangkar dan membuka kepak untuk terbang. Namun dia terjatuh ketika cubaan pertama.

“apa yang kau buat? lekas terbang. Tuan kau dah pakai kain tu nak ambil kau “ tempik sang gagak.
“ aku tak boleh terbang. Aku sudah lupa untuk terbang “ tangis sang merpati.

Hidup di dalam kurungan bertahun-tahun membuatkan merpati lupa tentang manual penerbangan yang diajar oleh emak beliau satu ketika dulu. Sikap tamak beliau nak makan mekdi terkubur begitu sahaja kerana sebenarnya, tuannya hanya memberikan beliau ayam goreng seketul rm2 yang dibeli di pasar malam setiap rabu. patutlah sang merpati tak pernah nampak permainan walaupun beliau selalu mintak dibelikan happy meal. Beliau kemudian dikutip kembali oleh tuannya dan dimasukkan ke dalam sangkar.

The End.

2 ulasan:

  1. Ahh, tak semua pengakhiran berakhir dengan kebahagiaan kan. Banyak mesej tersirat niii. Thank you utk sambungan ni! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dunia tak semuanya indah untuk semua orang :)
      sama sama :D

      Padam