cermin

bercakap dengan cermin,
hanya bila diri yang memahami,
saat cerita-cerita sarat di kepala,
mahu luah membibit kata,
teman ku cari tiada ku jumpa.

mungkin dengan cermin,
yang selalunya memahami,
walau sering bisu,
saat setiap soalan diaju,
yang pasti dia di situ.
yang penting dia di situ.
duduk termelangu,
mendengar dongeng cerita aku.

diri sendiri,
yang terperangkap di dalam cermin,
kerana setiap bangkit dan jatuhnya aku,
dia ada,
mendengar cerita pahit duka aku,
dan sedia menghulur tisu,
mengesat toreh luka dahulu.

cerita yang kau tak faham,
cerita yang mereka tak faham,
cerita yang aku sendiri tak faham.
cerita yang diri kedua aku faham.
si cermin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan