bulan separa

bulan,
separanya kamu,
menyorokkan separuh diri,
untuk menyendiri.

bulan,
separanya kamu,
menyimpan separuh hati,
untuk mengelak disakiti.

bulan,
munculnya kau,
separa,
kurang bercahaya,
sepi.
membuat hati aku tertanya,
adakah kau juga sedang disakiti?

bulan,
separanya kamu,
memberi ruang kepada diri kamu
yang separuh lagi,
untuk merawati luka hati.

sedang aku,
yang hanya punya satu hati,
yang sering disakiti,
tidak punya peluang
menyorokkan separuh diri,
untuk merawati luka hati.

2 ulasan:

  1. Jumpa penawar luka hati, minta kongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan semua mahu kongsi. selalunya mereka tunjuk dan lari.

      Padam