fahamilah

ada golongan ibu bapa, yang terlalu bangga dengan anak mereka. ada cuma ibu. dan ada cuma bapa. fahamilah, mereka berbangga dengan kehadiran seorang anak yang membuatkan mereka tersenyum ketika mereka meniti usia. bertongkat. berkerusi roda. terbaring. semuanya masih punya hati besar. bercerita tentang anak yang saban hari semakin berjaya.

kefahaman seorang anak, untuk menghargai kedua ibu bapa atau cuma ibu atau cuma bapa haruslah menebal. kepedihan dan keperitan yang dialami seorang ibu saat melahirkan lagi. merangkak usia membesar dengan belaian, duit titik peluh mereka serta rambut yang saban hari makin putih, seorang anak haruslah sedar bahawa hidup bukan selamanya. ibu bapa yang ada tidak selamanya.

mungkin ada yang kurang bernasib baik, tidak mempunyai ibu atau bapa yang boleh membesarkan mereka menjadi seorang yang berjaya. lantas mereka memberontak. mengatakan ibu bapa mereka tidak mampu medidik mereka menjadi manusia berguna. segala titik peluh seorang ibu atau seorang bapa tidak dihargai seorang anak yang sehingga kini masih hidup. masih sempurna sifatnya. masih mampu melihat warna dunia. apa kau tidak bersyukur?

fahamilah, bila sudah berjaya, ibu bapa itu adalah mereka yang kau patut hargai. segala air mata dan keringat yang mengalir untuk kau yang sudah bergelar seorang kenamaan sepatutnya dihargai. kesempatan menghargai dan menuturti segala kata mereka cuma sementara. sementara mereka masih belum disemadikan di dalam bumi, atau sementara kau masih belum disemadikan di dalam bumi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan