Hati gadis

Hati gadis macam kaca,
senang pecah,
tapi senang juga memberi luka.

Jalan Usang

Sebuah jalan usang,
yang ditemani lampu yang entah bila matinya,
yang dilalui segolongan manusia yang mahu lari dari hiruk pikuk dunia.
Sebuah jalan yang dahulu sibuk dilalui segolongan manusia sebelum merdeka,
ketika pembangunan pesat belum tiba.
Jalan yang kini semakin dilupakan dunia.

Malam dan Siangku

Sunyi malam mengajar aku erti kesepian,
hiruk-pikuk siang mengajar aku erti kecelaruan.

Aku Sebuah Tembok Hina

Aku sebuah tembok hina,
yang hanya menanti saat rebah menghempap dunia,
kadang melihat rakan-rakan diconteng seorang manusia.
seketul bata yang dibuat dari tanah yang hina,
tanah yang tiada siapa mahu memijaknya,
aku hanya tembok hina,
menanti rebah kerana sang manusia!