rancang

Rancangan yang aku rancang,
masih,
dan selamanya Dia yang merancang.

Lelah kecewa,
pada yang tercelaka,
tentang dunia dan manusia,
tiap kali hilang,
sesudah difaham,
Dia sebaik perancang.

Sesatlah di atas jalan Nya,
dunia bakal tiada harganya.

tinggal kecewa

Tuhan mahu aku rasa
Dan jika yang tinggal cuma kecewa
Aku masih mahu rasa.

Sekurangnya,
Aku mampu rasa hidup
dengan kecewa yang tinggal.

genggam

Ia duri tajam
Masih erat digenggam.

Digenggam
biar setiap cubaan mengerat
Menyakitkan.

Digenggam,
kerana pada realitinya
duri tajam itu pasti mencucuk
biar terletak indah.

Lelah.

Duri itu dihidupkan
Mempekak bisu pedih rasa.

Masih menggengam.