maaf dikata

rasanya
sudah terlalu jauh aku berundur
mendiamkan diri
berdiri
dan cuma memerhati

melihatkan kau yang ceria
di samping si dia yang mesra
buat aku rasa sesuatu
rasa yang tak mampu aku bicarakan
mungkin cuma cemburu
tapi untuk apa
hati itu bukan milik aku lagi

ya
hati itu
yang pernah aku hempaskan ke tanah
membiarkan kau sendiri mengutipnya
maaf
aku tak sengaja
aku terlupa aku sedang memegangnya
aku minta maaf

hitam semalam

sebab kadang aku beku
keras dalam memikirkan sesuatu
terus kelam dalam mencari cahaya
hilang
pekat malam bagai hantu
yang selalu ada tapi kau tak tahu
punca?
mereka kata cari sendiri
sedang aku hilang punca
merana dalam jiwa
yang rasa ditumbuk tumbuk
perlahan dan halus
namun pedih gila aku yang rasa

aku cuba pergi
hilangkan diri dalam kusut aku sendiri
pergi mencari jiwa yang aku tinggalkan
dalam gelap malam kelmarin
yang hitam
yang aku cuma nampak kelam

sendiri

aku perlukan pantai kosong
aku ingin sendiri
aku perlu sendiri
aku mahu sendiri
tersurut dalam laut gelap
dibawa ombak hanyut pergi

kejam dunia

perasaan aku biarkan hanyut
hingga akhirnya mungkin terdampar di tepi pantai
di pulau yang tiada penghuninya
keseorangan merenung angkasa luas
tanpa ada bintang yang menemani sang bulan

sakit
aku lihat pantai itu dipukul ombak
kejam zahirnya
namun sudah adat dunia
kerna dunia itu memang kejam
sekejam hati hati yang diam membatu

hujan yang membasahkan pantai itu
tiada bezanya dengan ombak yang memukul mereka
sering sahaja bercanda bermanja
dalam kasar aku lihat romantiknya
dan sekali lagi
pantai itu sunyi
hanya merelakan diri dipukul kekasih hati

dunia kedua

ketakutan itu tiba tiba hadir
dalam kekalutan hidup 
dalam dunia yang aku rasa kucar kacir
mungkin cuma dunia aku

entah
kadangkala
aku sendiri tak mampu rungkaikan kusut hati
tak mampu aku ungkapkan dalam kata
cuma tulisan membuka rasa
yang masih kabur dibaca mereka

kematian itu bukan sesuatu yang aku takutkan
cuma kerisauan tentang bekal diri
layakkah aku mencium tanah wangi yang kekal abadi
berbaring tersenyum dilayan si bidadari
yang selalu aku impikan bila tiba masanya nanti

dan aku harap bila tiba masanya
kau yang masih di sini tidak bersedih hati
doakan aku tidur dengan senang hati
doakan kita bertemu lagi
kerana satu hari nanti
kita semua akan pergi

larian yang memenatkan

bila yang mengejar berhenti berlari
merembeskan peluh
lalu dia mengutip cebisan bintang
yang jatuh di depan mata

dan bila kau yang di hadapan sana
juga berhenti mengejar
menunggu si dia di belakang
yang jauh tidak kelihatan

semuanya sia sia
bila kau sudah berputus asa
seperti dia yang di belakang sana

namun
untung nasibnya lebih baik
kerana cebisan bintang itu bersinar terang
sedang kau di hadapan sana
duduk termangu tanpa cahaya
cuma kegelapan menemani



kawan dari sebelah sana

kawan
datangnya kau dari sebelah sana
tanah bersih yang belum pernah ku jejak
ingin ku cium tanah bertuah itu
tempat di mana pepohon masih tumbuh melangit

kau yang dari sebelah sana
yang pertamanya kawan aku dari sana
membuat aku rasa rapat
membuat aku rasa dekat
walau kita berbeza pegangan
namun kau menghiburkan

terima kasih kerana sudi berkawan
aku akan jadikan kau kenangan
kerana setiap benda yang kita buat
aku akan sentiasa ingat
buktinya cerita dahulu
cerita yang membuat aku terkenangkan kita
terkenangkan tempat yang membuat kita rapat
kota batu itu
yang menjadikan kau sahabat aku

DM

semuanya ada sebab

tak semuanya kembang
ada yang melayu
dipujanya mereka yang kembang
yang tak cantik dibiar layu

semuanya ada sebab
dan sebab itu kadang kita sendiri tidak tahu
kerna kita manusia buta
yang cuma boneka hiasan dunia
cuma tunggu hari siang benar
di mana kita tiada rasa malu
kerna semuanya terkelu
menanti akan kisahnya hidup
yang akan diceritakan kembali

semuanya ada sebab
aku tak mahu mempersoalkan
kerna jawapannya pasti ada
walau bukan hari ini
tapi semuanya nanti
hadir di depan mata yang ternganga luas melihat
bersama mulut yang terkatup bisu

semuanya ada sebab
aku cuma berserah
harapkan yang terbaik
mendoakan kita mampu

Shauki


          Nama aku shauki. Aku dilahirkan dalam sebuah tempat yang gelap tanpa ibu dan bapa saat aku membuka mata. Apa yang aku pasti,tempat tinggal aku sangat gelap dan dipenuhi lumut serta semak samun yang menyakitkan mata. Setiap hari,pasti akan ada seekor gergasi yang menguis nguis lumut itu,mungkin makanan dia,agakku.
          Aku dilahirkan cacat. tanpa kaki untuk bergerak bebas. Dari dalam tempat tinggal aku, kadang aku dapat lihat sinar matahari yang cuma terbit sekali sekala. Tapi selalunya hanya gelap yang menemani hari hari aku. Kira aku,sudah sepuluh hari aku lahir ke dunia ini. Setiap hari aku rasakan aku makin membesar,tapi aku lahir dengan satu masalah iaitu perut aku. Mereka membusung dan bernanah. Saban hari makin besar sehingga aku sendiri jijik untuk melihatnya.
          Hari ini,aku dapat dengar suara gergasi itu yang menjerit marah. Beliau masuk ke tempat tinggal aku dan cuba memperkosa aku. Raksaksa gay mungkin!
          Aku yang lahir dengan sifat yang tidak sempurna hanya mampu bertahan dan berdoa. Aku tidak mampu melarikan diri. Raksaksa itu semakin ganas merobek perut dan mataku. Aku dapat rasakan yang hayatku akan tamat sebentar lagi. Perutku terburai ditikam raksaksa itu dengan kejamnya. Nanah dari perut aku meleleh dengan laju,aku dapat lihat darah aku keluar dan melekat di mulut raksaksa itu.
         Sebelum aku menghembuskan nafas terakhir,aku dapat dengar raksaksa itu menjerit "setan punya jerawat,dalam hidung aku jugak kau nak bertapak!"

hampir-hampir lagi

          aku sentiasa menginginkan itu. satu malam yang dingin dengan angin yang sibuk meyapa kamu di luar balkoni sana. sedang aku sibuk di dalam memasakkan sesuatu yang aku mahu kamu anggap "special". maaf,aku bukan lelaki yang romantis dan tahu memasak,jadi cuma maggi jadi santapan untuk kita malam itu. tapi maggi yang aku masak itu aku masak dengan sepenuh hati. mak kata, kalau masak dengan sepenuh hati baru sedap,tapi kalau dah namanya maggi,masak macam mana pun sama je rasanya.
          malam itu kau nampak seksi,dengan hanya berbaju kemeja aku yang kau pakai tanpa seluar,aku jadi tak senang duduk. boleh jadi gila agaknya aku malam itu kalau aku terus tenung dada kau disebabkan kemeja yang tak berbutang di bahagian dada kau itu. kau memang sengaja buat setan dalam kepala aku ini terus menghasut. malam itu,masing masing jual mahal. konon tak tergoda dengan satu sama lain sedang nafsu bergelora dengan nafas yang berhembus macam kuda.
          selesai menjamah makanan,kita menonton televisyen bersama. tak ada cerita menarik untuk aku tonton disebabkan kau di sebelah sibuk menggoda aku dengan rangkulan dan pelukan menghangatkan tubuh aku. sedang aku baru hendak membalas semua tindak balas fizikal kau tu,telefon berdering. potong stim betul. menyumpah aku dalam hati.
          terlepas "pencuci mulut" aku malam itu disebabkan panggilan telefon yang memaksa aku untuk keluar. semuanya sebab urusan kerja. aku harap kau berbaring di atas katil sana,dengan masih berkemeja tanpa seluar bila aku pulang pagi esok. oh tilam,aku cemburu dengan kau.

yang menyakitkan

hari ini aku sakit
sakit yang mana mimpi pun tak bisa membahagiakan
dan katakan aku tidur kembali
aku sudah tidak mahu bermimpi
aku tak mahu apa apa
sebab semua benda menyakitkan
hidup yang tak pernah senang
tidur yang tak pernah tenang

sepertinya semalam cuma harapan
dan hari ini cuma kesakitan
esok hanya angan angan

yang tumbuhnya aku
dari semak samun yang tak pernah dimahukan mereka
ibarat lalang yang sentiasa menyakitkan mata
berdiri di tempat yang tak dipunyai sesiapa
sebelum esok diracun
memberikan mereka sebuah kawasan bermakna

marah aku,diamkan.
merajuk aku,biarkan.
sakit aku,ketawakan.
jangan pernah kasihan,
aku tak suka belas ihsan

apa itu hari raya

hari raya? aku tak tahu sejak bila perkataan tu jadi benda yang dah tak ada makna dalam kamus hidup aku. rasanya hari raya tu macam hari hari biasa untuk aku. tiga tahun lepas pun aku sambut dengan tidur sepanjang hari. dah takde senyum yang boleh aku ukirkan bila tiba hari raya ni. yang aku tahu,pergi solat hari raya,balik makan apa yang ada dan lepas tu tidur,takpun pergi merayap dengan kawan kawan. entahlah,kadang kadang ada jugak rasa nak lepak dengan saudara mara,tapi macam angan angan. aku tak pernah sambut raya dekat kampung,selalunya dekat rumah sendiri je. memang tiap tiap tahun mak sibuk,tapi bukan untuk raya. sibuk cari duit untuk anak anak. buat kerja tu,buat kerja ni,pagi raya pun masih sibuk lagi. sebab tu aku dah tak rasa suasana hari raya. bila jalan jalan dekat kampung,aku rasa seronok tengok rumah yang meriah dengan saudara mara. rumah aku jarang ada yang datang,kalau ada pun saudara atau kawan kawan mak aku. pernah sekali ada budak datang rumah aku,hati aku rasa sebak sebab ada jugak orang sudi datang. tapi diorang berdiri dekat bawah jerit "kitorang tak nak makan,kitorang nak duit raya je". haha aku rasa nak menangis masa tu. rasa macam kena game dengan budak budak tu. tapi nak kata apa,nama pun budak budak. tahun ni,lagi lah tak rasa apa apa. baju raya pun rasanya takde tahun ni. hidup ni,kalau takde duit jangan berani nak bermimpi. aku tulis ni bukan nak mintak simpati,aku tulis apa yang aku rasa dekat dalam ni. nak cerita tak tahu dekat siapa,kalau ada pun aku tak tahu macam mana nak mula. nanti orang kata aku nak mintak simpati. jadi aku tulis dekat sini. aku nak balik perasaan gembira bila nak sambut raya. entah bila nak ada balik. tunggu je lah.

diri yang terbakar

hati yang terbakar
kini padam
selepas terbakarnya kamu
semua salah aku
membiarkan debu debunya terbang
membinasakan kamu

terlalu panas
rasa yang tak mampu aku kawal
sakit yang tak mampu aku ceritakan
sedang aku jugalah yang membakar
dan sekarang
aku jugalah yang terbakar