titik 1

dan apa mungkin kau persoalkan janji dan kata-kata aku,
jika dulu kau yang memungkirinya dahulu?

kerana pada kesilapan kesilapan dahulu
aku leraikan simpulan ikatan
tapi masih belum cukupkah kiranya aku masih memegang kata?

percayakah kau jika aku nyatakan janji aku tidak gagal bersama ikatan yang terlerai?