kau faham?


koyak rabak
aku carik satu satu
aku buang yang tak perlu
aku simpan mana yang mahu

ambil sebatang
keluarkan isi perut
carik lagi
sebatikan dua hati

aku ramas perlahan
aku gunting merapatkan
aku adun secukup warna
supaya bau tidak hilang

ambil
letak dalam lubang berlubang
bakar sikit sikit
tarik perlahan perlahan
terus terbang
khayal

kurang normal

aku seorang manusia
hati sensitif
rabak
senang koyak
jiwa kacau
serabut
jarang tenang
cuba
pernah cuba
bukan tak pernah
tapi
setiap kali cuba
aku terlupa
dan aku
terus melayan perasaan
dan membiarkan hati aku
terus remuk
luka rabak
pecah koyak

bunuh aku dengan kata

tiba tiba
kau yang katakan itu
kau yang katakan begitu

luar nampak okay
dalam aku rasa luka parah
cuba menahan
dan tidak membiarkan rasa itu menguasai

kali ini
hati aku jadi mangsa lagi
tiada siapa yang tahu
tiada siapa yang peduli

sedih
aku tak tunjuk
terasa
aku tak mahu kata

kalian

jangan pernah tanyakan sakitku
kalian tidak akan tahu
cuma jika kalian mendengar berita pemergianku
tolong jangan tangiskan ia
tolong tersenyum gembira
buat seperti biasa

kerna aku pernah jadi sahabat kalian semua
dan senyuman aku lebih banyak dari senyuman
yang akan kalian sedekahkan padaku
tersenyumlah
ceriakan hari hari kamu
jangan pernah kisah
aku tak peduli

tapi jangan penah lupa
yang aku pernah jadi sahabat kalian
tolong jangan lupakan itu semua

hanya ini aku pinta

sehari untuk kamu


pagi itu
aku rindukan kamu
terbayangkan wajah kamu
yang dibasahi cahaya mentari pagi

tengah hari itu
sepertinya aku inginkan kamu
menemani dan duduk di sebelahku
sambil menghabiskan sisa sisa waktu

petang itu
aku masih sibuk memikirkan kamu
merenung mata kamu dalam dalam
membisik kata kata rindu ke telingamu

malam itu
sepertinya aku inginkan kamu
berbaring di sebelahku
merenung bintang bintang bersamaku

ahhhhh
angan angan kalau difikir
memang terlalu indah
membuatkan seorang pemimpi macam aku
rasa tak mahu bangun berdepan realiti

menagih si bunga


diri ini menggeletar
menahan diri dari sesuatu
yang dah jadi sebahagian dari diri aku
rasa sudah tidak mampu
menahan rasa yang membelenggu

tuhan
berikan aku kesempatan
mengucapkan salam rindu
kepada dia
berikan aku sedikit masa
untuk terus bernafas
aku masih belum mahu pergi

menyesal
saat menyeksakan begini aku rasa bodoh
kenapa aku cuba benda itu
yang pengakhirannya membuat aku terseksa
dah terlambat
dah tak berguna

aku seperti telah mati setiap hari
bila aku menunggu kamu
yang tak pernah hadir
untuk diriku

tak tahu rasa hatimu


maafkan aku
kadang kadang
aku rasakan aku gila bayang
sering memikirkan tentang kamu
yang tak pernah terfikirkan aku

seperti cebisan kerang yang terpisah
saat diri dihempas ke pantai
terpisah jiwa raga
saat aku cuba melupakan kamu

aku seperti tidak tahu isi hati kamu
terlalu takut untuk meneka rasa hatimu
terlalu gentar untuk mengetahui akal fikirmu
yang mungkin langsung tidak memikirkan diriku

entahlah
aku akan cuba hiraukan
cuba rasa detik waktu sekarang
di saat kau melayan aku
hingga kau muak dan letih
lalu pergi meninggalkan aku

jika ini yang terakhir


aku coretkan
rasa rasa aku
saat aku risaukan
ini yang terakhir
kerna risau tak terungkap
apa yang perlu diucap
tak berkesempatan berkata
sebelum aku terus pergi

maafkan
jika aku pergi dahulu
tak pernah pinta
tak pernah meminta
tanpa niat

terlalu indah rasa itu
tak mampu untuk aku lukiskan bagaimana
tak tahu untuk aku tuliskan kenapa
cuma tahu merasa

seminggu berlalu
tanpa sepatah kata
cuba biasakan diri
kerna aku takut
kau tak terbiasa
bila aku terus pergi

cuma lupakan semua
memori duka
mahupun gembira
dan hidupkan diri yang baru

pasti suatu hari
ada yang memimpin kau
dan saat itu
aku harap kau tinggalkan memori ini
mulakan yang baru
lupakan aku
kecuali kata ini

"terima kasih untuk semua rasa yang kau beri ini"

dan seorang lagi


dan kau
seorang lagi
orang yang buat aku gembira di sini
dengan lawak lawak kau
yang sentiasa buat aku tersenyum

nak olah diri kau
entah
ajarkan aku semua perkataan di dunia
mungkin tak ada kata
yang mampu untuk aku berikan kepada kau
terlalu baik rasa aku

kau
yang paling awal aku jumpa
orang pertama yang aku tegur
orang pertama yang menegur aku di sini
membuat aku rasa hidup
dan bermakna berada di sini

terima kasih kawan
aku harap dengan jarak masa yang lama di sini
kita terus rapat
dan kumpulkan memori gila kita di sini

mungkin perubahan kau juga
yang aku nanti
yang aku harap
semoga kau jumpa yang sesuai
dan yang terbaik untuk kau

terima kasih kawan

Y

terima kasih !

terima kasih
untuk hari ini
mungkin membosankan untuk kau
tapi
bagai seribu makna bagi aku
seperti terlalu berharga

masa
terlalu laju
pantas
cemburu mungkin
aku sendiri tak tahu

hanya bualan kosong
cuma patah kata bodoh yang keluar dari aku
maaf
otak kurang berfungsi
sebab hati
seperti berlari tanpa henti

terima kasih kerana di situ
terima kasih kerana tersenyum untuk aku
mungkin aku perasan
tapi tak mengapa
selagi aku mampu melihat senyuman itu
aku dah bahagia
walau bukan untuk aku

terima kasih
HH

bukan tak mahu


rasa takut
rasa bimbang
rasa gusar
letak semua rasa negatif
macam tu lah perasaan aku
saat ini

maaf
cuma mampu memandang
tak mampu berkata
bukan
bukan tak mampu
cuma tak terucap
kerna
aku lihat hati itu sedang berbunga
mekar dan wangi
mungkin hanya separuh
separuh lagi
aku tak tahu

mungkin ya
mungkin tidak

aku tak mahu jadi racun
membunuh semua rasa bahagia kau
maaf
jika suatu hari terbongkar
aku cuma mampu ucap maaf
sebab aku tak pernah bilang pada kau
benda yang aku dah tahu
perkara yang sebenar

cuma mampu harapkan yang terbaik
sebab aku
hanya mampu berharap
hanya mampu melihat
dan hanya mampu berdoa

memori kawan lama

tak tahu
semuanya tiba tiba
aku dengar lagu
teringat bait bait lirik yang kita nyanyi sama sama dulu
rasa macam sekejap
tapi semuanya sudah lama
kau ingat lagi kawan?

masa kecil kecil
kita dengan dunia kita
dengan peraturan kita
dengan kenakalan kita
aku belum lupa
semuanya seperti masih segar

terlalu rindukan kau
dah terlalu lama tak berjumpa
dan entah bila dapat berjumpa

terputus hubungan macam tu saja
sebab kita masih kecil
dan dunia belum maju
nak bertukar nombor telefon tak ada
nak beli telefon jauh sekali

kalau satu hari kita berjumpa
mungkin kita dah tak kenal
sebab rupa dah berbeza
cuma aku mahu kau tahu
aku masih tak lupa kenangan kita

biarkan aku simpan
surat surat kenangan
lipatan cerita cerita gila kita
dalam otak sempit ini
yang masih ada ruang
untuk orang yang aku sayang

maaf,masih belum ada

bukan tak mahu
cuma tak tak tahu
sebab belum ada yang boleh aku kisahkan
tunggu nanti
pasti ada
tulisan yang aku coretkan untuk kau teman

yang pasti
aku sayangkan kau
rasa macam terlalu rapat
walau dengan sikap gila kau
yang boleh buat saraf saraf otak aku putus
yang buat nafas aku sesak
tapi itu yang buat suis gembira aku terjaga

terima kasih
cuma ucapan itu
sebab aku tak pandai bermain perasaan
dalam menunjukkan dan meluahkan
lebih suka simpan
dan memendam perasaan
kerana bagi aku
tak semua perlu ditunjukkan
atau diluahkan
harap kau tahu

sekarang
kejar apa yang kau mahu
puaskan hati
kerana dia seperti penenang jiwa
membuat kau macam bukan engkau
manis betul
macam orang gila
yang tak pernah senyum ke telinga
pedulikan semua
asalkan kau bahagia
kejar selagi mahu
jangan berhenti kalau betul dia yang satu

GK

surat yang mungkin tak dibaca!


malam sunyi sepi
aku masih berdiri
berfikir tentang hidup mati

rasa takut selalu hadir
jika malaikat maut datang menjemput
bukan diri aku
tapi menjemput mereka yang aku sayang
terlalu takut membayangkan hidup tanpa mereka
entah bagaimana nanti hidup aku
tanpa mereka yang selalu memberi aku makna
dan dorongan meneruskan hidup

takut
terlalu takut
sangat takut
teramat takut

jika boleh ditukarkan tempat
jika bisa ditukarkan masa
aku sanggup
tapi cuma harapan
yang tak mungkin terjadi

berikan aku kesempatan
membalas jasa mereka
sebelum mereka menutup mata
berdoa agar mereka dipanjangkan usia

bosan


dah petang
matahari dah nak tenggelam
nak tinggalkan aku
aku tunggu sang bulan malam ini
belajar

perut  lapar
hari ini berpuasa
mencari redha
memohon pertolongan
maaf
cuma bila susah
menyesal

dan hari ini
pagi tadi
aku dah buat kerja bodoh
saja saja tuliskan mesej
nak menggertak niatnya
dan dia ambil serius
aku tak mampu ketawa
lapar

tengok handphone
dah lebih sepuluh kali
masih tak ada
tak perasan atau memang sengaja
atau merajuk
sayang

termenung
menunggu
masa
berbuka
membeli
makanan
makan
solat
belajar
tidur

jiwa orang gila

hati
jiwa lelaki
memang begini
entah
mungkin orang gila macam aku je yang rasa begini

rasa apa?
entah
aku sendiri tak tahu

cemburu?
entah
marah?
entah
kecewa?
entah

sebab itu orang kata aku gila
sebab aku tak tahu apa yang aku rasa

kau yang terlepas


sudah
biarkan
lepaskan
memori memori indah
tak
mungkin memori memori pahit
ikut rasa kau
rasa kau
bukan rasa aku

mungkin dulu
pernah kita kongsi
kira setiap detik bersama
rasa gembira bersama
tapi
dulu
semua dulu

sudah
biarkan
lepaskan
jangan ingatkan aku
pasal ceritera kita dulu

aku dah letih
memikirkan
menunggu
mengharap
tapi kau yang tak pernah hadir

sekarang
semua sudah lepas
aku sudah lupakan
aku sudah maafkan
biarkan aku
kau hidup kau
aku hidup aku

tangan lebih berani!


tak semua
aku boleh bicarakan dengan mulut
kerana tangan lebih berani berfikir
jari jari menggigit papan kekunci
aku menulis untuk engkau

bukan benci
tak
aku tak pernah simpan dalam hati
cuma kadang hati ini luka
tak
tak dalam
hanya luaran
aku faham
kau sendiri tak sengaja

aku sendiri begitu
selalu terlukakan perasaan orang
orang yang aku sayang
itu termasuk kau
maaf
aku tak berniat
sebab otak ini
kadang tak berfungsi

cuma
terlalu banyak yang aku fikir
sakit otak
aku jadi letih
jadi malas
untuk berkata
hal yang biasa diperkata

aku minta maaf
kali ini
terlalu beremosi
kenapa
aku sendiri tak tahu
lupakan
mulakan semula

hidup macam roda
sebab tu otak aku macam roda
selalu berpusing
 orang gila

sekali lagi
maaf :)

tak pernah ada

terjun bawah mati
terbang tinggi tak mampu
mengapa begini
pilihan yang tak pernah menyenangkan

selalu tak bercerita
sampai bila bila tak terungkap kata kata
tapi bila terucap
takut diri dihina
takut aku dibahan
tak mahu rasa dipinggir

dah begini
baru sibuk fikir yang terjadi
terlalu lama menyimpan
bila berkata
semua keluar
sampai tak fikir dari sisi lain
dari sisi mereka
langsung tak peduli


dan hilang terbang pergi


sepuluh terbang rasa rasa
pergi hilang mencari makna
hidup tak selalunya indah
mati bukan senang
sibuk fikir yang betul
yang salah dilupakan

kalau boleh
aku hanya ingin yang biasa
tak mahu yang lebih
sebab nanti lain yang dirasa

kerap merasa
kerap terasa
cuma rasa rasa bodoh

bukan
aku tak mahu tewas
aku tak mahu jadi yang tewas
tapi bangkit bukan piliihan mudah
sebab aku
memang begini
selalu di bawah

rasa tidak mahu


rasa kehilangan itu
kadang terlalu pahit
terlalu payah untuk dimamah
apatah lagi ditelan
tapi bila semua itu berlaku
kita terpaksa juga
mamah
telan
rasa rasa sedih dan pedih itu

kalau diberi pilihan
aku sendiri tidak mahu
takut
terlalu bimbang
risau
bagaimana aku ingin bangun semula

memang belum lagi terjadi
tapi aku takut kepada kemungkinan itu
kemungkinan di mana kehilangan itu berlaku
terlalu takut
terlalu tidak mahu
tapi pasti akan berlaku

hanya mampu doakan kesejahteraan
dan diberi umur yang panjang
mak,ayah

bukan benci


benci
aku tak tahu kenapa mereka hadir
dulu sangat suka
sekarang sangat benci
sungguh
aku pun tak mahu perasaan begini
aku juga sudah benci kepada rasa benci
maaf
tapi memang ini yang aku rasa
jangan tanya kenapa
kerana aku sendiri tak tahu sebabnya
mungkin nanti
kita cuba baiki diri
kosongkan kembali
kemudian cari yang baru
beri aku masa
nanti aku cari balik rasa itu
rasa yang pernah buat kita rapat
cuma nanti
beri aku sedikit masa

batu nisan

semalam
seakan terlalu banyak rasa aku
seperti terlalu ingin memberitahu
semacam ingin meluahkan segalanya

kau yang pergi
mengelukan lidah ini dari terus cuba untuk berkata
membuatkan rasa rasa aku terus mati
tanpa nisan
sebagai penanda

memang
terlalu banyak benda yang aku lepaskan
terlalu banyak kata yang tak aku luahkan
kerana aku masih takut
untuk meluahkan kata yang buat diri aku binasa

sebab pagi ini


pagi ini
seperti sejuk
seperti sunyi
seperti tenang
seperti sayu
seperti ceria
seperti faham perasaan aku

sebab pagi ini
aku rindukan kau

HH

cuma kau alasan aku

mungkin hati ini pernah luka
pernah hancur dipijak mereka mereka yang celaka
lalu meninggalkan kesan kesan luka yang aku sendiri tidak mampu ubat

kehadiran kau
yang datang lalu membasuh luka luka itu
yang pernah diletak garam semasa aku masih terluka
membalut rasa rasa pedih
dan mencairkan darah darah beku

ya benar,
memang kehadiran kau
memberikan aku satu tujuan untuk terus bernafas
memberikan aku satu sebab untuk terus melangkah

sekarang
aku punya alasan untuk terus hidup
dan sekarang
kau adalah alasan aku
untuk terus hidup



kau sakit? maaf

sakit?
kau sakit?
sebab aku?
maaf,aku tak berniat

ya
sebab aku
kau sakit sebab aku
maaf,aku tak berniat

sekali lagi
maaf,aku tak berniat
cuma lepaskan
jangan bimbang
aku sudah biasa
aku cuma tak mahu kau terluka
tak mengapa
biarkan
biar aku tanggung derita aku sendiri

hanya untuk kau

aku hanya mahu tuliskan
kata kata bodoh yang aku rasa ini
hanya untuk kau seorang sahaja
untuk kau sahaja yang membaca
supaya kau tersenyum
atau ketawa
dalam setiap patah kata bodoh yang aku tulis

hanya untuk kau membaca
biarpun mereka ketawa
mengatakan aku orang gila
yang terlalu mendambakan diri kau
biarkan mereka
aku tak pernah rasa sakit

hanya untuk kau membaca
yang mungkin kadang berbaur dengan rasa berbunga
membuatkan mereka loya
muntah
sakit perut
aku tak peduli
ini hanya untuk kau

berikan satu kata
"berhenti!"
dan aku akan berhenti

mimpi bersama?

tadi
kita sama sama bermimpi
tentang apa yang akan kita lakukan
seperti sudah berjanji
seperti kau memahami setiap rasa hati ini
kau buat aku tersenyum sendiri

pedulikan mereka
kita ada hidup kita
kita ada cara kita
aku mahukan semua itu
aku mahu semua rasa itu
aku mahu apa yang kita cita tercapai
bersama aku
bersama kau di sisi

aku berharap

aku benci kau bayang bayang

bayang bayang
mana kau pergi?
dulu kau selalu teman aku
walau hanya pada waktu malam
tapi kenapa bukan sekarang
mana kau menghilang

aku rindukan kau bayang bayang
aku rindukan saat kita berjalan berdua
aku rindukan saat kita minum kopi bersama

mungkin sebab aku selalu tinggalkan kau sendiri
tapi aku tak bermaksud nak tinggalkan kau
kau yang tak datang masa aku ajak kau berdating dekat taman bunga itu
sebab kau kata mahu tempat sunyi
mahu tempat gelap
tapi kau yang tak datang

celaka kau bayang bayang
aku benci kau

aku hanya mahu bahagia

aku hanya mahu berbaring
dalam sebuah kamar kecil
ditemani cahaya malap lampu
dengan sedikit dendangan lagu
jeritan jeritan kasar penyanyi
dan petikan petikan gitar solo

aku hanya mahu berbaring atas tilam usang aku
bersama bantal yang sekian lama setia denganku
yang memberi keselesaan ketika aku tidur
dan juga selimut yang membalut tubuh aku
saat aku menggigil kesejukan

berikan aku sekeping kertas putih
bersama sebatang pen
aku mahu coretkan seribu rasa aku
kerana aku sudah letih membiarkan mereka duduk
dalam otak sempit aku ni

biar aku renung kisah silam aku sendiri
bersama cerita cerita duka
bersama hati yang sering dipijak manusia celaka
aku mahu buang rasa benci dan cemburu aku
kerana aku ingin hidup bahagia

adil kadang memang tak ada

terlalu sibuk dengan satu patah kata
sedang yang lain masih termangu duduk berfikir
kenapa yang itu?
kenapa yang ini?
persoalan yang masih tiada jawapan

aku berfikir
kenapa bukan aku sahaja
kenapa mesti mereka
kami tak banyak beza
namun kesalahann aku seperti terlalu besar bagi mereka
sedangkan kebaikan yang aku cuba tunjukkan
mereka perlu lihat menggunakan kanta

sudah
hidup memang begini
kadang tak adil
tapi kalau terlalu berfikir tentang keadilan
sampai bila bila tak ada yang mahu mengalah

teruskan berlari kawan !

teruskan berlari
kejar apa yang kau mahu
gembirakan hati kau sendiri
kejar dan terus berlari
jika benar hanya dia yang dapat mengisi
dan membangkitkan kembali
hati kosong kau yang sudah lama menjerit sepi !

PAS

kerana malam ini hujan


malam ini
angin kuat memukul tubuh
hujan lebat membasahkan bumi
diselangi bunyi bunyi guruh yang membingitkan telinga
membuatkan tubuh kecil itu ketakutan

ku lihat dia menggigil kesejukan
hanya berselimutkan kotak kotak kosong
sambil cuba mengelakkan diri dari tempias sang hujan yang turun tanpa belas

kasihan
melihat keadaan tubuh kecil itu
yang terus cuba menghangatkan diri dalam rangkulan sendiri
semoga malam kau tidak terus begini
selamat tidur tubuh kecil

si gila memikat sang bulan


sang pujangga itu
sibuk memikat si bulan
sibuk mendendangkan lagu lagu rindu kepada sang bulan
sibuk membacakan puisi puisi cinta kepada sang bulan
sibuk menghamburkan kata kata janji kepada sang bulan

aku lihat sang bulan diam membisu
mulutnya bagai tertutup rapat
terdiam tanpa sepatah kata
mungkin tergamam
atau tak suka dengan apa yang berlaku

tetapi si pujangga masih begitu
masih dengan perbuatannya
sedaya upaya mahu memikat sang bulan itu
seperti orang gila
ya,seperti orang gila yang bercakap seorang diri

dan aku di sini masih memerhati
mentertawakan sikap bodoh sang pujangga itu
masakan bulan bisa bicara
bagi membalas atau tersenyum atas setiap kata bicara sang pujangga

biarkan dia
memang sudah gila
orang angau
terus tertawa

cubaan yang memuntahkan


setiap hari
hampir setiap hari aku berfikir
berfikir tentang ayat ayat indah
ayat yang dapat menggambarkan kamu
supaya dapat aku tulis
sajak sajak cinta buat kamu

maaf
aku cuma seorang penyajak bodoh
yang sibuk memikirkan tentang diri kamu
yang sibuk menyusun ayat ayat cinta
yang hanya membuatkan mereka geli tekak

tapi aku peduli apa
janji
tulisan ini hanya untuk engkau
supaya kau dapat tahu rasa hati aku
sebab dalam setiap ruang hati ini ada kamu
dalam setiap perkara yang aku fikir ada kamu
semua ada kamu

sudah muak
sudah biasa dengar
maaf
aku memang tak pandai cairkan kamu
aku tak ada ayat ayat bergula
yang boleh cairkan hati kamu yang keras macam ais di antartika sana
aku hanya ada diri aku
dan kata kata bodoh ini

resah! kau membunuh


resah
kau bagai membunuh aku hari ini
hati ini berdegup laju tatkala namanya disebut
entah kenapa
aku sendiri tidak tahu kenapa

seperti ada sesuatu yang bakal mengunjungi
yang akan memakan hati ini
meninggalkan menjadi sisa sisa sepi
dan membuat perasaan ini terus mati

kutip kembali?
entah
tak pasti kalau aku dapat cantumkan semula
kalau boleh sekalipun
pasti ada kesan kesan calar
calar calar yang memberi aku seribu satu rasa
seribu satu memori
memori yang membuat aku lebih sakit

tapi kalau sakit itu yang memberi aku kegembiraan
biar aku simpan dalam dalam
biar hati ini mati
sekurang kurangnya
aku dapat rasa kegembiraan itu
walau hanya seketika

meraba

aku juga
masih berpusing
masih tercari cari lorong itu
lorong kecil yang aku sendiri tidak pasti di mana
cuma seorang manusia

ibarat sang buta
yang berjalan mencari arah pada waktu malam
kerana
meskipun pada hari siang yang panas
keadaannya tetap sama
masih gelap
perlu terus meraba benda sekeliling
hanya untuk berpaut
supaya tidak terjatuh

mungkin dia
yang hadir untuk memegang
meraut erat tangan ini
dan memimpin si buta ini
ke arah yang ingin ditujui
atau
memimpin si buta ini
berpatah balik kembali ke arah hati hati sunyi

semua sekali


dan aku rasa mahu pergi
berjalan
mungkin berlari
aku sudah letih
hati aku remuk
hancur
pecah
sakit
beri aku seribu kata yang membawa makna kecewa
akan aku coretkan supaya semua tahu bagaimana aku rasa

aku tak tahu kenapa aku yang kena terima semua ini
kenapa aku kena terima semua rasa fucked up ini
maaf
tapi kali ini
aku sudah letih
benar benar letih
aku mahu tidur
dan aku tak menginginkan hari esok
biarkan aku
malam ini
biar aku bermimpi
biar aku menemani rasa rasa sakit aku
fizikal,mental,emosi
rasa macam semua dah mati

terperangkap

melihat ke depan
gelap
berpusing ke kanan
gelap
berpusing ke kiri
gelap
berpusing ke belakang
gelap
terperangkap

kali ini
aku terjatuh lagi
lebih dalam lubangnya
jatuh dan terus terduduk
dan kali ini juga
aku tak mampu berdiri
tak mampu mengangkat kaki
tak mampu juga untuk bersuara
suara ini tersekat sekat untuk memanggil meminta tolong

mungkin pengakhirannya begini
perlu ke aku terima
atau bangkit melawan
aku sudah tidak kuasa
mencuba benda yang sia sia

cuba

bila rasa itu yang kau fikir
bila rasa pelik itu yang kau fikir
bila rasa yang kau sendiri tidak pasti itu kau fikir
memang berkecamuk kotak pemikiran kau

tarik satu satu
biar rasa macam cari gula dalam pasir sekalipun
janji rasa rasa itu hilang
bila rasa macam bangang tu hilang
mungkin kau boleh senyum sorang sorang

biar orang kata gila
janji aku yang rasa bahagia
mereka tak tahu apa apa
aku yang rasa
aku yang gembira


seorang pemimpi

pemimpi
kadang aku rasa diri aku begitu
seorang pemimpi yang tewas
walaupun dalam mimpi aku sendiri
sering tewas dengan bayang bayang hitam aku sendiri
atau aku hanya bermimpi yang aku seorang pemimpi

aku tak mahu begini
aku mahu berdiri
berdiri dengan rasa rasa pelik aku sendiri
berdiri dengan sikap sikap bodoh aku sendiri
berdiri dengan kata kata bangang aku sendiri
atau hanya berdiri
sambil memerhati dengan apa yang dah dikurnia oleh illahi

tapi entah
kadang kadang aku rasa aku sudah lenguh berdiri
aku mahu duduk
sambil memerhati
tidak
aku mahu baring
sambil memerhati
bukan
aku mahu baring
sambil memejamkan mata
dan terus bermimpi

kau yang bernama sahabat

terima kasih
hanya dua patah kata pendek itu yang dapat aku beri sahabat
dah terlalu banyak yang kalian buat untuk aku
dan aku tak tahu bagaimana untuk membalas semua itu
yang pasti
aku tidak selesa dengan hanya mengucapkan dua patah kata itu

mungkin kadang ada selisih faham
mungkin kadang ada terasa di hati
tapi aku tak pernah simpan lama lama
aku tak pernah biar rasa itu masuk terus ke hati
cuma sebentar
kerana aku pasti
aku tak mampu untuk jauh dari kalian

sekali lagi
hanya terima kasih
dua kata yang nampak biasa
tapi datang dari hati

manusia pelik

aku rasa kita bagai nombor 10
engkau 1 dan aku 0
tanpa engkau
aku tidak punya apa apa
mungkin cuma angka
maaf atas kepelikan rasa aku

tapi memang engkau
kau yang aku rasa sempurnakan hari aku
seperti matahari yang meminjamkan cahayanya kepada sang bulan
supaya dia dapat bersinar pada waktu malam
beri aku sang bintang
aku masih begitu
masih seorang peminjam

cuma terima kasih
aku harap kau bukan awan
yang pergi bila dihembus sang angin
apabila mereka mahu bermain
aku harap engkau sang matahari
yang setia menemani
walau aku hanya tiba pada waktu dingin malam hari