dua cerita yang sama


aku sudah tidak mampu bilang
sudah berapa kali
hati tisu ini terkoyak
dan terbakar

aku sudah tidak mampu bilang
sudah berapa kali
hati tisu ini aku kepal
supaya zahirnya nampak kebal

hari ini
aku kumpul tisu baharu
supaya tak akan pernah nampak kurang
dan buat ganti hilangnya yang dahulu
yang sudah tidak mahu jadi satu

kawan
terima kasih
buat tangan yang mengusap
terima kasih
buat kata yang menyabarkan
terima kasih
untuk telinga yang mendengar

aku tak bisa bercerita
tentang semua rasa aku
bila yang aku mahu
hanya melepaskan air mata
yang dah lama aku seka
supaya segala derita
dapat aku lupa

kekacauan

dalam pedih,
aku jatuh,
kepada yang satu lagi.

kali ini,
dalam,
baru tadi aku ingin pergi,
baru sekarang aku ingin pulang.
tapi
kali ini dalam,
benar-benar dalam,
dalam kekacauan
dunia aku sendiri.
aku seperti belum mahu berjaga,
dari bermimpi,
sebab aku jatuh lagi.

hipokrit

manusi-manusia hipokrit!
aku cukup tak suka dan aku menyampah dengan mereka. tambah-tambah bila orang yang hipokrit tu aku dah anggap macam kawan. depan punya cerita bukan main baik,senyum bukan main manis. kalau ada air tambah dengan senyum diorang boleh bagi kencing manis. potong kaki baq hang! aku tak suka orang hipokrit ni sebab bila belakang kita bukan main banyak pisau depa bawak keluaq. siap boleh pilih mana satu nak tikam belakang kita. apa masalah hampa sebenaqnya? kalau tak suka toksah duk kawan dengan aku,aku pun boleh jadi gembira. aku cuma nak orang sekeliling aku adalah orang yang betul-betul nak kawan dengan aku. bukan orang yang depan tabur gula belakang tabur semut.

entry ini dah lari dari apa yang aku mula-mula nak tulis dalam blog ni. dan persetankan semua tu,aku punya blog jadi aku punya suka lah kan? haha

ahhhh,sakit hati bila aku pikir-pikir balik benda ni. tapi nak cari kawan yang tak mengata belakang kita bukan senang. cuma janganlah kalau kat belakang tu kau tikam sampai berdarah. setakat cucuk-cucuk manja tu biasalah kan? akhir sekali,kepada mereka yang suka mekap tebal-tebal depan kawan-kawan tu,hentikanlah. tak payah sibukkan diri korang nak bersolek,tak payah kawan terus kan senang?

salam.

ruang kecil

ligat,
aku lihat sayap kipas,
berpusing pantas
menyapu angin menghentam tubuh.

saat ini
waktu dinihari,
tika urat di kepala timbul,
aku nyaman,
membiar diri di hadapan kipas,
mengelak panas yang membakar.

dunia seindah itu,
saat panas
aku sulam dengan bayu,
paling tidakpun
aku kipas guna pelepah layu,
tapi nanti
bila dah sendiri,
saat tubuh mengadu sempit,
tika hidung mengadu lemas,
apa yang boleh aku bikin.

harap nanti,
bila bilik kecil itu sudah jadi milik aku,
ianya sejuk
dan nampak luas,
walau ruang itu buat aku kaku.

putus


lepaskan
dari terus kau cincang
dan kau buang dalam longkang
semua jerit pekik dia
yang meraung meminta ihsan
dari kau yang tak pernah mempedulikan

kenapa kau masih terus siksa
hati dia yang sudah lama terluka
yang sentiasa diam tanpa bicara
demi menjaga simpul tali
yang kau sendiri ikat mati

aku sendiri sakit
melihat simpul mati itu
yang kini dipegang dia sendiri
sedang kau biar longgar
dengan kuku tajam
yang saban hari menghaluskan
tetapi tidak mahu memutuskan.