luahan hati si tolol

setelah lama berfikir,aku rasa dekat sini jugak aku nak luah perasaan. ahhh,hidup kadang-kadang memang lebih banyak perit dari gembira. tapi semua tu mengajar erti kedewasaan. kalau nak hidup gembira selalu apa guna hidup bukan? secara rasminya,dia sudah tiada. dah luput dalam kamus kehidupan yang baru nak menjengah ke alam dewasa. hidup! entah kenapa aku rasa aku dah buat pilihan yang salah untuk terus hidup dan menjadi seorang pendidik. kadang kala hati ini memberontak. kata orang tua ini jiwa remaja. aku tak salahkan mereka,mungkin masa muda mereka banyak dipenuhi dengan ayat-ayat skema.
kawan baik! mungkin dekat dunia ni aku hanya ada seorang kawan baik. dulu aku anggap mereka kawan baik. tapi bila aku fikir balik. seorang kawan yang baik akan menolong aku dikala aku susah atau senang, dan begitu juga aku. kawan-kawan aku sekarang lebih banyak masa senang. kalau susah nanti tak taulah! diorang lagi banyak memperbodohkan diri ini, mungkin kerana aku lebih banyak diam dari bicara. tapi aku tak kisah,memang itu cara aku. bercakap bila perlu. aku tak pandai buat lawak dan berkonversasi secara ramah dengan orang. kawan ramai-ramai pun bukan semua nak tolong aku masa susah.
-termenung lagi sambil menghisap sebatang cigar