senja lain

ini cerita
tentang hari yang menghukum
membunuh setiap cubaan bangkit
dari mimpi yang banjir berdarah

yang hitam
menolak hingga tersungkur
jatuh sakit yang aku senyapkan
hingga terkoyak kesan luka

buta
hari ini
aku di senja lain

kesenyapan

semua ceritera yang tak pernah habis
sakit pedih yang masih belum mahu pulih

aku sendiri
mengira peratus kesenyapan
tanpa kau
tanpa apa apa
cuma ligat bising kipas
yang aku renung
menggagalkan hari sunyi aku
dari terus berselubung
dalam ratapan sendiri
seorang lelaki gila

disuap indah mimpi


betullah,
seorang pemimpi itu,
kadang tak patut bangun,
memandang realiti,
yang semakin membusuk,
bernanah,
semakin membunuh.

ceritera asing hidup,
yang sering disuap indah mimpi,
buat aku senyum lagi,
membayangkan cerita aku,
sama seperti dalam mimpi,
bila aku bangun lagi.

tapi,
entah sampai bila,
aku kurang tahu tentang ceritanya,
yang akan ditulis diolah sebegitu rupa,
seperti mana indahnya cerita,
dalam mimpi aku di siang hari.

kertas tanpa pena

aku punya satu kertas kosong,
tapi tak punya sebatang pena,
untuk aku ceritakan,
tentang rasa rasa,
tentang cerita cerita,
yang sedang sesak masuk,
ke dalam kepala.
jadi bagaimana?

aku tarikan sang pena,
pada otak gila,
aku adun memaniskan kata kata,
seperti manisnya madu digomol gula,
dan sebanyak mungkin bahasa cinta,
supaya nanti kau baca,
dengan hati berbunga.

tapi aku terlupa,
dan terus tiada kata,
yang boleh aku ujarkan,
untuk membuatkan kau tidur malam,
bermimpikan seorang lelaki gila.

Keretapi Tanah Melayu

Azam aku tahun 2013,
Aku nak travel satu Malaysia,
Naik Keretapi Tanah Melayu,
Bila duit aku dah cukuplah.

tulisan orang gila


kalau aku punya waktu
ingin aku katakan satu satu
kemahuan aku
tapi waktu
tak akan pernah jadi batu
disepak hantu hantu
jadi aku biarkan dan duduk membisu
hingga aku jadi letih
untuk kata apa yang tak terkata
hingga aku jadi malas mahu berbicara
tentang hal hal yang tak sempurna jalan ceritanya
cerita cerita yang tak akan habis dimainkan mereka
terus aku dikatakan gila
punya lidah tapi tidak petah berkata
sebab aku lebih rela menulis
membiarkan mereka yang punya masa
membaca apa yang tak seharusnya mereka baca
tulisan tulisan aku
tulisan orang gila

berlari mengejar yang berlari

berlari mengejar yang berlari
dan berlari mengejar dengan mata tertutup
aku kurang pasti
sama ada itu satu kesabaran
atau hanya egois kau sebagai seorang lelaki
apabila aku lihat
kau masih degil berlari
walau kadang aku lihat kau terjatuh
tapi kau bangkit lagi
menyapu darah luka
dan berlari mengejar kembali

tiba hari ini
fikirkan tentang hari esok
dan apabila esok tiba
fikirkan tentang hari lusa
dan seterusnya
hidup harus dengan perancangan
dan tujuan
fikirkan masa hadapan
agar nanti bila kau berlari berpimpinan tangan
hingga hari kau terjatuh
dia akan menghulur tangan
mengajak kau berlari bersama kembali
bukan kau jatuh seorang diri
dan dia berlari
tanpa menoleh melihat ke arah kau lagi

satu satu

hujan lebat
guruh
kilat
katak menyanyi nyanyi
banjir
kanak kanak main air
peniaga termenung
ibu tak boleh sidai baju
ayah nak balik tak nampak jalan
pokok hilang kena sambar petir
plug rumah kena cabut
takut nanti kena sambar
satu tambah satu
satu cinta satu
satu gabung satu
kita jadi 11
bulan sebelas
november
hujan tak henti henti
terima kasih

sebab berharap

kau pernah rasa perasaan tak ada perasaan
apa itu?
entah,aku sendiri tak tahu
mungkin sebab sendiri dah tak mahu rasa
sebab dah muak
sebab dah lali
sebab dah benci
dan sebab dah tak mahu bersebab lagi
aku jadi letih
bila berharap
dengan harapan harapan aku
aku sudah malas nak fikir
nak cerita
nak berkata
nak canang mulut satu dunia
sebab tu semua harapan
dan aku dah letih berharap
dengan harapan harapan aku
aku dah malas nak berharap
biarkan aku
terbaring meniarap

hembus kecewa



asap asap kecewa yang aku hembuskan
aku sedutkan kembali
aku hembus lagi
seringkali aku begini
jalan yang tiada akhirnya
dan bila aku mula berlari
cuba untuk mencari cahaya mentari
yang bisa menerangkan sisi gelap hidup aku
aku tersesat lagi
cahaya yang aku cari
masih belum mahu menampar pipi
membangkitkan aku dari mimpi
yang sudah terlalu lama
menjauhkan aku dari realiti
yang selalu menyakitkan hati

makin hilang

mereka semakin hilang rentak
semakin hilang cara
semakin hilang pertimbangan
semakin hilang identiti
bila herba ubatan jadi makanan ruji
mata gelap dikaburi syurga duniawi

sang politikus,tuan kolar biru,si kolar putih,
mencuci minda suci
supaya menolak segala ideologi gila
menuduh membabi buta
dan mereka semakin lupa
bila yang dikejar cuma kertas warna
warna biru,warna hijau,warna merah,
warna kuning,warna ungu warna warna warna
yang beri mereka kesenangan dunia

mereka jadi lupa
mereka jadi gila
dan seorang hamba bertanya
"mana perginya pegangan
mana perginya percaya
mana perginya
Allah dan Rasul-Nya?"
aku juga sering terlupa
maaf.

masih belum lelaki

aku hela
nafas nafas yang pernah buat aku hampir mati
tercungap cungap aku menagih udara
yang sakitnya cuma aku yang rasa
entah kenapa
cerita cerita dulu seakan tak mahu lekang
masih berputar di kepala
terasa bagai cerita semalam
cerita cerita yang tak pernah aku cuba luputkan

maaf
mungkin aku masih belum seorang lelaki
yang faham erti sakit hati
bila setiap perbuatan aku
bagaikan tiada erti
bagaikan tiada makna dalam hati
semuanya aku lakukan sesuka hati
sedang kau menangis membisukan diri

kecewa yang aku tinggalkan
buat aku rasa menyesal atas perbuatan sendiri
mungkin nanti
bila aku sudah tiada lagi
hati itu akan hilang rasa benci
mata itu akan berhenti mengalir
mengeluarkan air mata suci

aku sudah tenang

hati aku kadang gelisah
bagai ombak yang mencium pantai
sekali datangnya
disambut dengan tangan terbuka
syahdu
perlahan aku pejamkan mata
membayangkan kamu
ingin aku datang
dan berbaring di sebelahmu
melepaskan dendam rindu
yang bersarang dan berdebu
tapi itu dulu

kini aku tenang
melihat pokok kelapa yang melambai
sambil muka aku sibuk disapa
sang angin yang singgah lalu
nyaman
mungkin semua pedih aku
akan aku tinggalkan di sini
pantai yang banyak simpan rahsia kita
biar aku tanam
hingga kau reput
ditelan zaman

di saat ini

di saat saat inilah
aku rasa ada ruang kosong
tak terisi dengan perasaan
aku tertekan
hidup dalam kondisi
yang aku sendiri benci
membabikan diri sendiri
aku ambil tali
buat simpulan mati
menandakan aku sedang menyendiri

di saat saat inilah
aku rasa dunia berjalan perlahan
mengesot dia bergerak
jarum jam pula seperti ketawa
melihat kerut di dahiku
malam semakin sunyi
seakan berbohong padaku
tentang hingar irama dan lagu
sedang sang bulan
membontotku
kerana dia
sedang merogol sang bintang

benda tu,dah tak ada

kenapa kita suka
benda yang pernah kita benci
bila benda tu dah tak ada lagi?
kenapa kita suka
benda yang pernah buat kita sakit hati
bila benda tu dah pergi?
kenapa?

aku benci perasaan celaka ini

belum puas

dalam sejuk hujan
yang turun melibas badan ini
aku teringatkan kamu
maaf
mungkin rajuk hati ini belum puas
mengoyak sisa sisa pedih
yang lama aku simpan di dalam
belum puas rasanya
roda roda di kepala
berputar kembali
memapar siri sisa luka aku
dan mata kejam mereka
pantas memandang
menjadi santapan mulut
tengah malam ini

rasanya
aku terlalu rindukan kamu
sehingga aku tertulis kembali
skrip yang telah lama aku bakar
ikut kata orang
sejarah mengajar
dan aku terlupa
ketika
daun daun sedih
dan jerami pedih
pantas gersang
disetubuhi api

kisah ideologi

kau pernah tahu
kisah radit dan jani
yang mana mereka susah bersama
melalui hidup dengan cara mereka sendiri
hingga dipaksa minum air kencing
untuk ubat ibu yang sarat dengan bayi
tapi pengakhirannya
radit mengalah
demi kesenangan jani
radit berundur
membiarkan jani hidup bahagia
supaya hidupnya lebih sempurna

dan aku
tak mahu seperti itu
jadi lelaki tewas
dengan dunia yang semakin hari semakin kejam
kerna berpegang pada ideologi sendiri
untuk kita
untuk kau
untuk ideologi aku
aku mahu jadi yang kuat
supaya bila nanti
tidak aku angkat bendera putih
tanda menyerah takdir

carut aku

bodoh aku
anjing aku
babi aku
sial aku
celaka aku
pukimak aku
haram jadah aku
barua aku
lahanat aku
butuh aku

carut aku,
maaf.

cinta tidak ada?

kau kata cinta tidak ada
kau kata kita mana bisa bercinta
kerana cinta tidak ada
kau berkata begitu
sebab kau percayakanNya
aku tanya aku
kau kata
kau cintakan Dia
dan kekasihNya
jadi
mengapa kau kata cinta tidak ada
sedang kau sendiri mencintaiNya?

antologi sedih

sendirian
aku menghembus asap
nostalgia antologi kesedihan
yang setebal penumbuk kau
didarabkan dengan tiga
telalu banyak rasa mungkin

aku malu mengaku
hatiku dulu macam tisu
yang kini sudah basah
menjadi terlalu berat untuk terkoyak
atau terbang dibawa angin kejam
namun terkadang
hati basah itu ada tempatnya
yang sudah kering
lalu kau koyak
aku jadi sakit

aku tarik lagi
cuba aku hembus asap
nostalgia antologi gembira

dan bila


dan bila tangan aku
sekali lagi kau tepis
aku kaku
diam membisu
mahu tahu niat aku
hanya mahu membantu
tapi amarahmu
masih begitu
jadi aku ke tepi
dan memerhatikan kau cuba berjalan
sebelum cuba berdiri

dan bila kau jatuh lagi
aku begegas ke sisi
mahu memberi motivasi
sebelum tangan aku
yang cuba menyapu luka kau itu
kau tepis aku lagi
masih dengan marahmu

dan bila aku dah tak peduli lagi
tentang jatuh bangun kau itu
jangan kau cari lagi
aku mungkin tiada di sisi
tapi aku pasti kembali
saat kau bercerita tentang sesal
yang macam sial
sedang aku cuci lukamu
dengan tangan ini
tapi parut itu
kau sembuhkan sendiri

interaksi

interaksi
sedang seorang diri
mengelamun
aku pejamkan mata
aku gigit papan kekunci
jari pantas menari
aku dalam ilusi
menulis apa sahaja
yang berenang melalui telinga
bisikan bisikan lembut syaitan
aku khayal dan kembali tersedar
dicium pari kayangan
aku terbang
melayang
walau keseorangan
kerna
keramaian di bawah
masih belum tamat
biarkan mereka
aku mahu hilang
dihapus malam

your voice

i keep falling for your voice,
     
                 girl,help me.

damn,i'm high.

identiti

jangan bohong
kita semua pernah hilang identiti
identiti kata kau
yang kau pegang sangat dulu
sekarang
mana pergi identiti kau

kita semua pernah hilang identiti
aku juga pernah hilang identiti
sekejap
aku rasa aku belum punya identiti
aku tak tahu siapa diri aku
kadang aku sesat dalam mencari

yang mereka
banyak pegangnya
banyak faktanya
kerana
mereka mengikut sahaja
aku?
aku tak mahu jadi kerbau
ditarik di hidung
mengikut apa saja mahu
puak puak kapitalis
kolar biru
kadang aku rasa diri tipikal
tak
aku tak mahu begitu
menjadi manusia tipikal

jadi aku masih berlari
berjalan
merangkak mungkin
sedang masih mencari
identiti sendiri
identiti yang buat aku puas hati

tersorot

tersorot lampu depan kelam
terpadam
aku dalam kegelapan
seperti si buta
yang tak mampu melihat apa apa
tapi
tetap berjalan
kerna sampai bila
aku harus menunggu
jika aku hanya berbaring di situ
aku petik
tak muncul
lampu depan masih terpadam
tersorot lagi
sampai bila?

syaitan

seringkali aku alpa
seringkali aku lupa
seringkali aku membuat dosa
sering kali itu jugalah
aku menyalahkan syaitan di telinga
cuma menyalahkan
tak pernah aku cuba menepis hasutan mereka
terus terpedaya
dengan alam fana

aku manusia biasa
tak lari dari khilafnya
cuma seekor patung
yang bertali
kerap kali ditarik
aku putus lagi
mana aku mahu pergi
berbaring
menunggu hari mati
walhal
dosa lagi tinggi
dari pahala nak bawa ke mati

aku tak mahu masuk neraka
dibakar dijilat api
aku mahu dilayan sang bidadari
mahu dituangkan air anggur
yang aku tak pernah cuba itu
mahu rasa
air sungai yang bersih dan wangi itu
aku mahu seks sampai pagi
sebab tiada istilah letih
bagi aku dan bidadari
yang pasti banyak mengelilingi

tersampuk
angan angan banyak
tapi hari hari
dosa jugaklah yang aku buat
pahala?
boleh dibilang dengan jari
maaf
aku manusia biasa
aku akan berubah
memanjat tali yang dibiar menjuntai
oleh illahi

terima kasih mak

dulu kalau masa kanak kanak aku dapat makan udang,sotong,ketam yang harganya menjulingkan mata mak aku,mesti aku dah tegap atau obesiti. nak buat macam mana,masa kecik dulu,ikan sardin jelah yang aku hadap. ikan sardin kau tahu. bukan yang dalam tin tu,ikan yang kalau sekali tangkap pakai jala boleh cecah seribu. memanglah murah,kau mana pernah nampak. kau makan ikan merah,kerapu,ikan pari yang harganya sekali lagi menjulingkan mata bapak aku.langsung tak jadi beli. tak apalah,tapi aku makan apa yang ada,mungkin ada makanan yang aku makan melembabkan otak aku,tapi mak selalu nak beli vitamin, katanya tambahan. tapi setakat nak makan appeton tadika dulu bolehlah sehari dapat dua. ini yang dibeli sekali sepuluh aku telan,biasalah sendiri punya. mana tak overdose otak aku. mungkin sebab tu ada suis putus. vitamin dulu bukan macam vitamin sekarang. dulu vitamin orang kunyah atau kemam,paling paling pun gigit supaya dapat makan banyak banyak. vitamin sekarang dah macam macam versi,sampai mak pun pening kepala nak pilih. end of story,aku jugak yang tak dapat makan vitamin. vitamin sekarang cucuk dekat muka boleh,selalu nampak orang cucuk dekat dahi. "nanti sikit jam kelut-kelut talak mali mehhh" meleka kata. badan ni,ntah sampai bila nak berisi. yang makan kadang kadang macam tak ingat dunia,yang naik isi dekat perutnya jugak. membuncit aku sampai tua. eh,taknak aku. jaga perut walau dah jadi laki orang,penampilan kena jaga. walau lebih tulang dari isi. ape pun,terima kasih dekat mak. walau makan ikan sardin dengan ikan kembung tiap hari,aku masih berdiri. berdiri sebagai diri aku sendiri,berdiri dengan kaki,tanpa tongkat yang menemani. terima kasih mak,sebab menyuap makan perut ini. terima kasih mak sebab membesarkan budak ini.

perjuanganku

perjuanganku
masih berlum tamat
aku masih belum mahu undur
walau tajam bilah pedang
semakin berkarat
aku bunuh kau
dengan kata kata
biar hapus semua
biar mati semua

perjuanganku
masih belum selesai
aku masih belum puas
menghunus anak mata tajam
himpunan kata kata ibunda
walau hanya itu yang aku ada
aku akan tetap cuba
membunuh mereka semua
biar hapus semua
biar mati semua

balutan luka

jatuh
sakit dan terduduk
aku paham pedih kau itu
luka tercalar
kesan parut itu
aku faham
tapi parut aku
yang makin lama
makin dalam
siapa yang nampak
aku balut dengan rasa kesal
aku balut dengan rasa sesal
aku hirup oksigen kesedihan
kemudian aku hembus
juga karbon dioksida kepedihan
sampai terkadang aku
lupa untuk bernafas
kerna walau macam mana pun
aku yang sakit
pedih
aku yang rasa
luka
aku yang balut sendiri

aku masih nampak kamu

aku nampak hina di mata mereka
kapitalis
puak tipikal
semua pandang aku pejam sebelah mata
celaka
apa salahnya aku
memuja benda ciptaanNya
aku suka
ikut suka akulah
celaka
tapi
mungkin salah aku juga
cuba benda yang mereka tak cuba
tapi jangan hukum aku
jangan nilai aku tanpa mata
pandang aku
walau merah mata aku
aku masih nampak kamu
celaka

mat jiwang

aku kutip cebis cebis bintang
serupa tahi
aku tanam butir butir bintang
serupa tanam babi

aku
bukan
mat jiwang

entahlah emak

entahlah emak
sudah berapa banyak senyum
yang aku dah tanam dekat muka ini
sakit
nak tanam senyum memang sakit
rasa fuck gila
tapi
disebabkan aku nak tunjuk senyum
aku tahankan saja.
pedih gila
tapi mak
ini aku ceritakan sahaja
sebab senyum itu
untuk mereka
bukan untuk engkau
sebab untuk engkau
aku senyum ikhlas
aku senyum macam orang gila

sakitlah babi

tunduk
tertonggeng tonggeng
keluarkan semua isi
muntah
habis semua keluar isi
isi dalam perut
isi dalam hati
urat kepala
dah macam dawai besi
macam kena cucuk picagari
pedih
sakitlah babi

dosa

terduduk
melutut
bersujud
menadah tangan aku berdoa
mengharap ampun daripadaNya
bilamana aku sedar
aku terlalu lama bergelumang dalam lumpur dosa

titik

terlalu banyak pena yang menari
mungkin aku harus pergi
titik.

pekat petang

hujan lebat tiba
dengan tangis hiba
haiwan di tanah tandus sana

teriak sorak
manusia di padang
yang airnya cuma oasis

oasis
cuma bayang bayang
yang dikejar
hanya nampak di mata
tapi hilang bila cuba digenggamnya

hujan lebat tiba
dengan hitam pekat petang
menyusur seluruh tanah tandus itu
meneguk lah mereka
dahagakan air yang sudah lama tak kunjung tiba

hai hensem

"hai hensem"
getar jiwa si anak pemuda
disapa gadis genyit wataknya manja
melirik hati mata ke mata
bagai khayal menelan dadah kuda
terbang sebentar si anak muda
semula ditarik bidadari syurga
bukan mimpi
ya
ia bukan mimpi
aku di alam nyata
di sapa gadis manja
hingga aku nampak silau mata
sila muntah
tapi ini yang aku rasa
sehingga ada yang kata aku gila
memuja bahasa
karangan ibunda

pendakap gigi besar

aku pakai pendakap gigi besar di muka
agar mereka nampak aku tersenyum lebar
tersenyum kerana dia
tersenyum kerana mereka
walau dalam hati
pedih dibalut kain luka
aku masih tersenyum gembira
berputar
berpusar
ceritanya sama sahaja
sering biasa aku yang luka
dan kembali membaiki
pendakap gigi besar di muka

apa bendanya tadi?

sakit
aku rasa sakit
pedih dan arghhh
sakit
aku hentak hentak kaki
aku rasa degup jantung laju
aku rasa sakit
pedih
aku belum mahu mati
mati
belum
aku masih hidup lagi
jantungku masih berdegup lagi
dan kau masih di sisi
aku rasa sakit tadi
apa bendanya tadi?

kataNya "kun faya kun"

yang terfana
dan yang terpesona
aku memandang tulisan tulisan itu
penuh isi dalam makna
dalam
terlalu dalam
terasa gayat berada di atas
sungguh
rasa berbisa
cuma dari kata kata
yang boleh membunuh manusia
gila
ini kerja kita
kerja tangan kita
tuhan yang tentukan
buat
tawakal
kalau jadi
jadilah
kataNya
"kun faya kun"

abang abang


abang abang sekarang
tak boleh kena pegang
nanti kena tumbuk
singgah sekali penerajang
dia takkan risau
kalau kena serang
anak anak buah
ramai dekat belakang
silap haribulan
kena kejar dengan parang
masuk jumpa misai garang
kes duduk diam
abang abang sekarang
semua mereka pegang
tak ada yang berani tentang
takut masuk lubang
sebab takutkan abang

matematik

kalut
dalam benak yang mencucuk
aku takut
akan kesan jangka masa panjang
otak aku
bukan mainan nombor
kerana banyaknya ruang inci
terisi dengan A B C
nak dikiranya
kadang terasa basi
berkarat otak ini
aku menyendiri
memerhati
tangan tangan pantas mereka
menekan mesin nombor peribadi
biarkan mereka
aku memang sang kura kura
tetapi mereka bukan arnab
mereka adalah rusa

-matematik

forever

punch me,
i bleed
kick me
i shriek,
choke me,
i won't breath,
kill me,
i will sleep.

forever.

separuh celik atau separuh pejam?

antara kebenaran yang mencelikkan
atau khayalan yang memejamkan
aku keliru
memilih mana yang mampu mengajar
yang mana lebih mampu membuka mata
dan memberi makna tentang erti hidup sebenar

kadang aku takut berdepan yang nyata
risau sakit ditumbuk rusuk
lebam ditumbuk mata

kerna selalunya aku ingin berbaring
memejamkan mata mengkhayalkan sesuatu
yang selalunya tak akan tiba

bijak

bukan kau seorang sahaja
dalam bilik ini
yang bijak
pasti ada yang lebih bijak
atau sama bijak
melainkan
kau memang bijak
dalam semua perkara
hingga gila dilambung kata kata
dihambur peminat setia

gila bahasa

sedang Zurina
isterinya Pyan Habib pernah berkata
"orang sastera gila bahasa"
-kelakar
hingga akhirnya dia sedar
sang mereka juga
seorang manusia biasa

tentang anak itu

kerna sang penulis
menulis perihal ayahnya
di taiping tahun 1992
tempat dan tahun lahirnya anak itu
tentang kebertanggungjawaban seorang ayah
terhadap seorang anak
dan anak itu
bukan aku

seorang lelaki

seorang lelaki
muka orang nusantara
dengan berlubang telinga
dengan karat rambutnya
seorang anak muda
yang sering memandang ke sana
dunia puak kapitalis
yang sering dipuja puja
sehingga disarung apa sahaja
kadang terlucut kain kainnya
menampakkan belahan dada
merembeskan peluh si anak jantan
mengerling gebunya peha

si anak muda
yang memegang
apa yang dilihatnya

tempat siapa

kan di sini
tempat rahsia kita
tempat kita bermimpi
tempat kita berjanji
tempat yang kita rasakan paling tinggi
hingga kita rasa
kita boleh capai bintang
di langit yang tinggi

entah
mungkin cuma tempat aku
ya
kadang jadi tempat aku
tempat aku bermimpi
bermimpi tentang mimpi aku
bermimpi tentang mimpi kita
tempat yang aku rasakan paling tinggi
hingga aku mampu capai langit yang tinggi
memetik bintang untuk pemilik rusuk kiri
yang kini seakan hilang
mahu berlalu pergi

tempat yang tinggi
untuk para pemimpi

nasib

aku baling dadu
aku lambung syiling
bila persoalan
membuat aku makin keliru
dan pabila nafas
semakin tercungap cungap
kerna letih
menanti keputusan itu
kerna kata mereka
untung nasib timbul
untung sabut tenggelam
jadi aku terdiam
seorang

aku baling dadu
aku lambung syiling
hidup atas nasib
seperti berjudi
berjudi untuk nasib sendiri

sepi

sepi
nampak cukup mudah
nampak seperti kecil
terlalu pendek hurufnya
namun
sifat membunuh kata kecil itu
sangat besar
seperti aku sekarang
yang sepi
tanpa kamu
termenung
melihat garis bulan
yang juga sepi
tanpa sang bintang

aku tak pernah suka
suasana sunyi dan kelam
suasana sepi
yang buat aku rasa lemah
buat aku rasa takut
buat aku hilang semua keyakinan diri

tapi
sepi juga banyak mengajar aku
bahawa
mereka jugalah peneman aku nanti
bila aku berbaring
menunggu hari
untuk dibangkitkan kembali

rajuk sementara

hati yang tenggelam
bila dibunuh kata kata
yang aku rasa sangat pedih dan berbisa
bukan aku sengaja
cuma rajuk hati
sudah separuh mati

kerna sudah sering terasa
aku terbiasa
tapi bila kau yang aku suka
mencaci tanpa menjaga
aku jadi separuh gila

diam aku
rajuk aku
cuma sementara
aku masih belum biasa
mahu bertepuk tampar
bergelak ketawa
risau
jika aku bakal terkena lagi
jadi aku mahu menjauh diri
biar yang lama dahulu
datang sendiri

gula gula

yang dahulu cerita dahulu
satu tajuk yang aku tuliskan dalam kamus hidup aku
tajuk yang banyak mencelikkan mata ini
yang banyak mendewasakan kanak kanak ini
yang banyak menyedarkan betapa dunia ibarat gula gula
hanya manis sementara
bila habis
rindunya aku yang rasa

apa yang dulu aku pandang
apa yang dulu aku pegang
apa yang dulu aku pernah hilang
semuanya bagai sudah terukir
terlalu susah untuk aku hilangkan
jika aku mampu sekalipun
mungkin aku perlu kikiskan lagi
seperti luka yang perlu dilukakan lagi
mungkin hanya untuk kamu
mungkin aku mampu

koyak

sepuluh
ku pecah satu
dua datang
terkulai layu
semua ku cerai
menjadi satu
menunggu

yang satu datang
bila yang tiga aku pegang
duduk dan diam
ku picit walau kelam
membakar
dan terus terbaring
melihat sang bunga terbakar dan mekar

sudah

bosan
termangu
mungkin kerna aku sudah letih menunggu
atau berlari
bermandikan peluh
yang tidak walau satu titis pun dia nampak
laju
turun membasahi dagu
menceritakan letih aku

koyak mata ini
kerna kamu
yang memaksa kerja urat sarafku
sakit
aku rasa pedih
mujur ada dia
yang sedia menunggu

dan bila nanti
yang ditunggu sudah layu
aku harap kau sedar
yang tulisan ini
adalah yang terakhir untukmu

maaf dikata

rasanya
sudah terlalu jauh aku berundur
mendiamkan diri
berdiri
dan cuma memerhati

melihatkan kau yang ceria
di samping si dia yang mesra
buat aku rasa sesuatu
rasa yang tak mampu aku bicarakan
mungkin cuma cemburu
tapi untuk apa
hati itu bukan milik aku lagi

ya
hati itu
yang pernah aku hempaskan ke tanah
membiarkan kau sendiri mengutipnya
maaf
aku tak sengaja
aku terlupa aku sedang memegangnya
aku minta maaf

hitam semalam

sebab kadang aku beku
keras dalam memikirkan sesuatu
terus kelam dalam mencari cahaya
hilang
pekat malam bagai hantu
yang selalu ada tapi kau tak tahu
punca?
mereka kata cari sendiri
sedang aku hilang punca
merana dalam jiwa
yang rasa ditumbuk tumbuk
perlahan dan halus
namun pedih gila aku yang rasa

aku cuba pergi
hilangkan diri dalam kusut aku sendiri
pergi mencari jiwa yang aku tinggalkan
dalam gelap malam kelmarin
yang hitam
yang aku cuma nampak kelam

sendiri

aku perlukan pantai kosong
aku ingin sendiri
aku perlu sendiri
aku mahu sendiri
tersurut dalam laut gelap
dibawa ombak hanyut pergi

kejam dunia

perasaan aku biarkan hanyut
hingga akhirnya mungkin terdampar di tepi pantai
di pulau yang tiada penghuninya
keseorangan merenung angkasa luas
tanpa ada bintang yang menemani sang bulan

sakit
aku lihat pantai itu dipukul ombak
kejam zahirnya
namun sudah adat dunia
kerna dunia itu memang kejam
sekejam hati hati yang diam membatu

hujan yang membasahkan pantai itu
tiada bezanya dengan ombak yang memukul mereka
sering sahaja bercanda bermanja
dalam kasar aku lihat romantiknya
dan sekali lagi
pantai itu sunyi
hanya merelakan diri dipukul kekasih hati

dunia kedua

ketakutan itu tiba tiba hadir
dalam kekalutan hidup 
dalam dunia yang aku rasa kucar kacir
mungkin cuma dunia aku

entah
kadangkala
aku sendiri tak mampu rungkaikan kusut hati
tak mampu aku ungkapkan dalam kata
cuma tulisan membuka rasa
yang masih kabur dibaca mereka

kematian itu bukan sesuatu yang aku takutkan
cuma kerisauan tentang bekal diri
layakkah aku mencium tanah wangi yang kekal abadi
berbaring tersenyum dilayan si bidadari
yang selalu aku impikan bila tiba masanya nanti

dan aku harap bila tiba masanya
kau yang masih di sini tidak bersedih hati
doakan aku tidur dengan senang hati
doakan kita bertemu lagi
kerana satu hari nanti
kita semua akan pergi

larian yang memenatkan

bila yang mengejar berhenti berlari
merembeskan peluh
lalu dia mengutip cebisan bintang
yang jatuh di depan mata

dan bila kau yang di hadapan sana
juga berhenti mengejar
menunggu si dia di belakang
yang jauh tidak kelihatan

semuanya sia sia
bila kau sudah berputus asa
seperti dia yang di belakang sana

namun
untung nasibnya lebih baik
kerana cebisan bintang itu bersinar terang
sedang kau di hadapan sana
duduk termangu tanpa cahaya
cuma kegelapan menemani



kawan dari sebelah sana

kawan
datangnya kau dari sebelah sana
tanah bersih yang belum pernah ku jejak
ingin ku cium tanah bertuah itu
tempat di mana pepohon masih tumbuh melangit

kau yang dari sebelah sana
yang pertamanya kawan aku dari sana
membuat aku rasa rapat
membuat aku rasa dekat
walau kita berbeza pegangan
namun kau menghiburkan

terima kasih kerana sudi berkawan
aku akan jadikan kau kenangan
kerana setiap benda yang kita buat
aku akan sentiasa ingat
buktinya cerita dahulu
cerita yang membuat aku terkenangkan kita
terkenangkan tempat yang membuat kita rapat
kota batu itu
yang menjadikan kau sahabat aku

DM

semuanya ada sebab

tak semuanya kembang
ada yang melayu
dipujanya mereka yang kembang
yang tak cantik dibiar layu

semuanya ada sebab
dan sebab itu kadang kita sendiri tidak tahu
kerna kita manusia buta
yang cuma boneka hiasan dunia
cuma tunggu hari siang benar
di mana kita tiada rasa malu
kerna semuanya terkelu
menanti akan kisahnya hidup
yang akan diceritakan kembali

semuanya ada sebab
aku tak mahu mempersoalkan
kerna jawapannya pasti ada
walau bukan hari ini
tapi semuanya nanti
hadir di depan mata yang ternganga luas melihat
bersama mulut yang terkatup bisu

semuanya ada sebab
aku cuma berserah
harapkan yang terbaik
mendoakan kita mampu

Shauki


          Nama aku shauki. Aku dilahirkan dalam sebuah tempat yang gelap tanpa ibu dan bapa saat aku membuka mata. Apa yang aku pasti,tempat tinggal aku sangat gelap dan dipenuhi lumut serta semak samun yang menyakitkan mata. Setiap hari,pasti akan ada seekor gergasi yang menguis nguis lumut itu,mungkin makanan dia,agakku.
          Aku dilahirkan cacat. tanpa kaki untuk bergerak bebas. Dari dalam tempat tinggal aku, kadang aku dapat lihat sinar matahari yang cuma terbit sekali sekala. Tapi selalunya hanya gelap yang menemani hari hari aku. Kira aku,sudah sepuluh hari aku lahir ke dunia ini. Setiap hari aku rasakan aku makin membesar,tapi aku lahir dengan satu masalah iaitu perut aku. Mereka membusung dan bernanah. Saban hari makin besar sehingga aku sendiri jijik untuk melihatnya.
          Hari ini,aku dapat dengar suara gergasi itu yang menjerit marah. Beliau masuk ke tempat tinggal aku dan cuba memperkosa aku. Raksaksa gay mungkin!
          Aku yang lahir dengan sifat yang tidak sempurna hanya mampu bertahan dan berdoa. Aku tidak mampu melarikan diri. Raksaksa itu semakin ganas merobek perut dan mataku. Aku dapat rasakan yang hayatku akan tamat sebentar lagi. Perutku terburai ditikam raksaksa itu dengan kejamnya. Nanah dari perut aku meleleh dengan laju,aku dapat lihat darah aku keluar dan melekat di mulut raksaksa itu.
         Sebelum aku menghembuskan nafas terakhir,aku dapat dengar raksaksa itu menjerit "setan punya jerawat,dalam hidung aku jugak kau nak bertapak!"

hampir-hampir lagi

          aku sentiasa menginginkan itu. satu malam yang dingin dengan angin yang sibuk meyapa kamu di luar balkoni sana. sedang aku sibuk di dalam memasakkan sesuatu yang aku mahu kamu anggap "special". maaf,aku bukan lelaki yang romantis dan tahu memasak,jadi cuma maggi jadi santapan untuk kita malam itu. tapi maggi yang aku masak itu aku masak dengan sepenuh hati. mak kata, kalau masak dengan sepenuh hati baru sedap,tapi kalau dah namanya maggi,masak macam mana pun sama je rasanya.
          malam itu kau nampak seksi,dengan hanya berbaju kemeja aku yang kau pakai tanpa seluar,aku jadi tak senang duduk. boleh jadi gila agaknya aku malam itu kalau aku terus tenung dada kau disebabkan kemeja yang tak berbutang di bahagian dada kau itu. kau memang sengaja buat setan dalam kepala aku ini terus menghasut. malam itu,masing masing jual mahal. konon tak tergoda dengan satu sama lain sedang nafsu bergelora dengan nafas yang berhembus macam kuda.
          selesai menjamah makanan,kita menonton televisyen bersama. tak ada cerita menarik untuk aku tonton disebabkan kau di sebelah sibuk menggoda aku dengan rangkulan dan pelukan menghangatkan tubuh aku. sedang aku baru hendak membalas semua tindak balas fizikal kau tu,telefon berdering. potong stim betul. menyumpah aku dalam hati.
          terlepas "pencuci mulut" aku malam itu disebabkan panggilan telefon yang memaksa aku untuk keluar. semuanya sebab urusan kerja. aku harap kau berbaring di atas katil sana,dengan masih berkemeja tanpa seluar bila aku pulang pagi esok. oh tilam,aku cemburu dengan kau.

yang menyakitkan

hari ini aku sakit
sakit yang mana mimpi pun tak bisa membahagiakan
dan katakan aku tidur kembali
aku sudah tidak mahu bermimpi
aku tak mahu apa apa
sebab semua benda menyakitkan
hidup yang tak pernah senang
tidur yang tak pernah tenang

sepertinya semalam cuma harapan
dan hari ini cuma kesakitan
esok hanya angan angan

yang tumbuhnya aku
dari semak samun yang tak pernah dimahukan mereka
ibarat lalang yang sentiasa menyakitkan mata
berdiri di tempat yang tak dipunyai sesiapa
sebelum esok diracun
memberikan mereka sebuah kawasan bermakna

marah aku,diamkan.
merajuk aku,biarkan.
sakit aku,ketawakan.
jangan pernah kasihan,
aku tak suka belas ihsan

apa itu hari raya

hari raya? aku tak tahu sejak bila perkataan tu jadi benda yang dah tak ada makna dalam kamus hidup aku. rasanya hari raya tu macam hari hari biasa untuk aku. tiga tahun lepas pun aku sambut dengan tidur sepanjang hari. dah takde senyum yang boleh aku ukirkan bila tiba hari raya ni. yang aku tahu,pergi solat hari raya,balik makan apa yang ada dan lepas tu tidur,takpun pergi merayap dengan kawan kawan. entahlah,kadang kadang ada jugak rasa nak lepak dengan saudara mara,tapi macam angan angan. aku tak pernah sambut raya dekat kampung,selalunya dekat rumah sendiri je. memang tiap tiap tahun mak sibuk,tapi bukan untuk raya. sibuk cari duit untuk anak anak. buat kerja tu,buat kerja ni,pagi raya pun masih sibuk lagi. sebab tu aku dah tak rasa suasana hari raya. bila jalan jalan dekat kampung,aku rasa seronok tengok rumah yang meriah dengan saudara mara. rumah aku jarang ada yang datang,kalau ada pun saudara atau kawan kawan mak aku. pernah sekali ada budak datang rumah aku,hati aku rasa sebak sebab ada jugak orang sudi datang. tapi diorang berdiri dekat bawah jerit "kitorang tak nak makan,kitorang nak duit raya je". haha aku rasa nak menangis masa tu. rasa macam kena game dengan budak budak tu. tapi nak kata apa,nama pun budak budak. tahun ni,lagi lah tak rasa apa apa. baju raya pun rasanya takde tahun ni. hidup ni,kalau takde duit jangan berani nak bermimpi. aku tulis ni bukan nak mintak simpati,aku tulis apa yang aku rasa dekat dalam ni. nak cerita tak tahu dekat siapa,kalau ada pun aku tak tahu macam mana nak mula. nanti orang kata aku nak mintak simpati. jadi aku tulis dekat sini. aku nak balik perasaan gembira bila nak sambut raya. entah bila nak ada balik. tunggu je lah.

diri yang terbakar

hati yang terbakar
kini padam
selepas terbakarnya kamu
semua salah aku
membiarkan debu debunya terbang
membinasakan kamu

terlalu panas
rasa yang tak mampu aku kawal
sakit yang tak mampu aku ceritakan
sedang aku jugalah yang membakar
dan sekarang
aku jugalah yang terbakar


gila sang gila

kabus malam itu sangat tebal
aku jadi takut
takutkan benda yang aku tak nampak
khayalan,halusinasi
yang membuat hati aku
bagai berlari lari
macam ombak yang sibuk memukul sang pantai
menghilangkan tulisan tulisan di atas pasir
yang manusia tulis sebagai satu ingatan

seluruh tubuh menggeletar
peluh memercik membelah dahi
aku rasa kepala lutut aku sudah hilang
longgar
macam ikatan janji kita dulu
janji yang aku ikat dengan urat
yang aku ragut dahulu
urat yang paling dekat dengan hati aku
rapuh
tidak cukup kuat
yang akhirnya
jatuh rebah dan tersembam
mencium bumi tempat lahirnya kita
tempat akhirnya kita

tanamkan aku dalam lumpur busuk itu
kerana walau tanah yang aku pijak
mulut aku tercungap cungap
meminta sebalang udara bersih
seperti ikan yang habitatnya bukan di hutan
seperti aku yang keluar dari kepompong aku
mencari kau yang tinggalnya di atas bukit sana
tanpa ada lurah jalan yang mampu aku pegang
untuk membantu berlari aku ke atas
meski aku punya sayap
tapi masih belum cukup kuat
untuk mengipas memukul sang angin
menerbangkan diri dan bebas melihat ke bawah
melihat kau yang termenung bermimpi ke atas
sambil aku sibuk ketawa terbahak bahak
tapi sepertinya aku sedang tidur
dan bermimpi tentang darjat aku yang lebih tinggi
dari kau yang aku benci

aku beri dua

aku beri dua
kau pilih satu
kalau mahu yang itu
ambil.
kalau mahu yang ini
ambil.
kedua dua?
jangan!
sebab dalam pilihan itu
kau hanya bisa pilih satu sahaja

walau dalam memilih
rasa sakit sering membunuh
rasa bersalah selalu mengutuk
tapi pilihan itu cuma satu
kalau pilihan itu menyakitkan aku
tidak mengapa
aku terima.
cuma jangan dia
kerna nanti
aku yang akan bercinta
dengan emosi yang orang panggil gila

jadi cerita akhirnya
aku yang sakit
hati kaca ini yang akan pecah.
sekali lagi,
tidak mengapa
aku bisa kutip semula
serpihan serpihan kaca itu
dan pada waktu itu
aku harap kau diam
kerana kata kata kau
akan buat aku termenung
dan lambat dalam mengutip kembali
sisa sisa hati

hilang

aku renung dalam dalam
mata berkaca itu
seperti sedang bercerita
tentang seribu masalah
urat urat di kepala
yang sepertinya berfikir
tentang sesuatu yang menyesakkan kepala

yang ada akan pergi
yang pergi tetap pergi
apa yang tinggal harus berdiri
agar di sana tidak bersedih hati

kehilangan?
tak semua menginginkan
tapi
bila masih ada
kita lupa
kita alpa
untuk meraikan apa yang ada
dan hanya menyesal
bila rasa kosong
datang menyelinap dalam hati

sebentar lagi


buat hati tenang
hari ini aku sedih
terdengar cerita tangan
yang tak pernah mengeluh letih
membaca cerita kaki
yang tak pernah mengadu lenguh

kau terlalu kuat
kagum
aku kagum dalam sedih
kenapa aku masih belum mampu membantu
persoalan yang masih belum mampu aku rungkai
aku tak mahu jadi beban
aku mahu jadi yang mengurangkan
kerana rasa sakit melihatkan kau
yang sering sahaja letih
tanpa ada tempat untuk kau mengadu cerita
tanpa bahu untuk kau lentokkan kepala
sabar
aku akan ke situ
aku akan jadi orang
yang akan bahagiakan kau
menyuluh sinar mata kau waktu pagi
mengisi senyum kau senja petang
menidurkan kau kala malam
tunggu,
aku pasti akan di situ.

renung kelam

aku renung semalam
semalam semalam itu
yang aku nafikan hadir mereka
sebab ada mereka seperti tidak ada
suram,tanpa cahaya aku
gelap,tanpa mentari aku
yang dulu
selalu tersenyumkan aku
selalu ketawa kerna aku
kini hilang
semua jadi kelam

aku susun suka semalam
aku gigit rindu semalam
aku buang sakit semalam
cuma semalam
kerana hari ini
semua datang kembali
dan aku
sakit lagi

selepas hidup mimpi

gantung aku
dan pergi berlalu
ingin pergi hilang
mahu pergi mati

ini
perasaan suram ini
aku tak pernah mahukan mereka
biarkan hilang
angan angan siang
mimpi mimpi malam

lupakan semua
terima seadanya
aku termimpikan mimpi
mimpi yang tak pernah aku mahu begini

palsu aku

ahhhh
terjaga
dan aku tak bisa tidur
fizikal
aku selesa
dalam hati
rasa seperti disiat siat
calar
luka
ditabur garam
diletak asid
dibakar
pedih
sungguh
aku rasa pedih
entah
terlalu perit rasa
hanya di dalam
tapi mulut aku masih ukirkan senyuman
palsu
semuanya palsu

sesak


hati ini
kadang sesak
sesak dengan pelbagai rasa
sering sesak dengan rasa benci
benci yang tiba tiba datang menjengah

aku rimas
hidup dalam satu atmosfera yang sama
lemas
tercungap cungap meminta nafas
seperti mahu mati
tapi aku masih di sini
menyendiri dengan rasa benci

aku kafankan diri sendiri
balutkan rasa itu jauh ke dalam hati
cuba hembuskan karbon dioksida kebencian
cuba hirup oksigen ketenangan
aku cuba
mungkin belum sampai masanya

kalaulah

kalaulah
bisa aku kisahkan cerita dahulu
tentang cerita dan rasa aku
pasti sudah aku katakan semua

kalaulah
bisa aku contengkan gambar dahulu
gambar yang tak pernah aku lupa
pasti sudah aku lukiskan semua

kalaulah
bisa aku tuliskan rasa dahulu
rasa yang sering bermain dalam hati
pasti sudah aku carutkan semua

kalaulah
katakanlah kalau tidak wujud
pasti tak akan ada benda yang aku sesalkan

semua dan semuanya


semakin lama
dah terlalu lama
terpendam dalam jiwa
bila meletus
terbakar semua
habis semua
terkena akibatnya

kadang aku sendiri letih
kadang aku juga ada yang aku benci
kadang ada juga yang ingin aku luahkan
kadang ada juga yang ingin aku carutkan
kadang aku terlalu fikirkan perasaan orang
dan aku duduk terdiam

entah
aku terima semua
letih mencari motivasi
ada sahaja yang tidak puas hati
benci
kau pergi mati

bunga semalam

semalam tentang cerita semalam
kalau boleh aku tuliskan
kalau bisa aku ceritakan
kalau mahu aku dengarkan
supaya aku tidak terlupa tentang semalam
yang terasa begitu indah
berikan aku satu kata yang lebih baik dari bahagia
aku ingin katakannya
kerana semalam terasa begitu berbunga
aku rakamkan semalam dalam pita hati
memainkannya sepanjang malam
bermimpikan dalam tidur panjang
terasa bahagia dalam tidur yang seperti terjaga
terima kasih dalam dua patah kata
gembiranya aku merasa

HH

mimpi dalam mimpi

aku pandang langit
aku nampak kamu
aku mimpi tentang kita
aku mimpi tentang mimpi kita
sebab hanya mimpi
yang membuatkan aku tersenyum
bukan aku takut berdepan realiti
tapi aku tahu
bahawa cuma kesakitan yang akan aku alami
dan bila aku sudah sakit
aku akan ambil masa yang lama
sangat lama untuk sembuh
dan waktu itu
masa akan terus berjalan
dalam keadaan yang sangat laju
masa itu berjalan
atau boleh aku katakan berlari
kerana aku rasakan mereka itu terlalu laju
berlari sambil aku sibuk memerhati
dan berfikir tentang banyak benda
benda benda yang aku terlepas dalam jangka waktu itu
aku tak mahu membiarkan masa itu berjalan pergi
sedangkan aku boleh gunakan masa itu
untuk bersama kamu

bunuh sahaja


aku di sini
dalam kamar gelap aku
berfikir tentang aku
tentang kamu
tentang semuanya
semuanya yang aku rasa fucked up
aku pilih ini
biar hati aku yang sakit
sudah berapa kali begini
entah
aku tak pernah kira
aku tak mahu berkira
kalau aku lepaskan
kalau aku carutkan
kamu yang luka
dan aku yang akan jadi gila
memujuk kamu
yang sibuk tersedu
sedang aku
sibuk memakan hati aku
sebab mahu selamatkan hati kamu
yang tak pernah tahu tentang hati aku
bunuh aku begini
bunuh aku dengan sikap kamu

mana satu


terkadang aku ingin berbaring
tidur
bermimpi
yang sepertinya lebih manis
dari realiti yang membunuh hati
bukan takut untuk berdepan
cuma kadangkala aku letih
membiarkan hati ini sakit
ditikam bertubi tubi
oleh mereka yang tak punya hati

benar
katakan apa sahaja
kamu tak tahu aku
aku tak tahu kamu
jadi mengapa masih sibuk
mengambil tahu tentang perihal aku
biarkan aku
dibuai mimpi mimpi indah
yang menjanjikan satu senyuman
yang memberikan aku satu kepuasan

benarkan aku berbaring
bermimpi sepanjang hari
dari bangkit berdepan realiti
yang membuat aku ingin bermimpi kembali

tersudut dalam gelap

terus
biar
lupa
tinggalkan aku dalam kegelapan
sebab aku sentiasa di sini
mungkin sebab ini
aku terlalu takut untuk keluar
mencari cahaya mentari
yang selalu membutakan mataku
mencairkan diri ini
yang terlalu lemah
untuk berdiri sendiri

aku harap aku mampu berlari
dari hati yang selalu karam ini
dalam lautan perasaan yang aku cipta sendiri
lemas
terkapai kapai di tengah tanpa sesiapa
aku hanya mampu memandang daratan
sebab aku tak bisa berenang
tanpa bantuan kamu
kamu yang aku harapkan untuk membantu aku
yang sepertinya
pergi meninggalkan aku
tanpa menoleh ke belakang

mungkin aku harus terima semua ini
bahawa hidup terkadang tak adil
tak adil untuk seorang lelaki gila
yang selalu bermain perasaan
tanpa kata kata
yang mampu aku ucapkan
untuk membetulkan apa yang salah
menyalahkan apa yang tidak benar

aku terdiam di sini
di sudut gelap ini
bersama rasa sepi

kau ubat orang gila

kawan
terima kasih kerana menemani
kau ada saat aku tak bisa keseorangan
peneman aku di kala aku bingung dengan hidup aku
saat aku tersesat memilih jalan
kau datang menghulur tangan
memberi aku ketawa girang
seperti ubat yang beri aku kelegaan
saat aku kesakitan

aku selesa begini
dapat cerita apa yang aku rasa
sebab terkadang
aku seperti tak mampu membiarkan
rasa gila aku bersarang di kepala

bodoh
gila
katakan semua
sebab kita memang begini
luahkan apa yang kita rasa
kerana itu sebenarnya
buat kita lebih faham
diri kita sendiri

sepuluh kata rasa terbang
hilang malam kau peneman
buat teman yang disayang
terima kasih aku ucapkan

GK

yes you are

she give me hopes
a light
it seems so bright
it hurts my eyes
make me blind
but
in a happy way
because the light
hurts me physically
not emotionally
the feeling
that romance feeling
brings me a joy
a smile
that i don't have to fake
like i always did
for them
because this smile
is for you
just for you

HH

p/s sorry,broken english!

masih mahu


keliru
aku sendiri tak tahu
bingung
tiba tiba jadi benci
melihat wajah kamu
sumpah
ini akuan hati aku
aku benci lihat kamu
aku sendiri tak faham hati aku
hati seorang manusia
orang gila
yang selalu bermain dengan perasaan
aku hamburkan melalui tulisan
kerna aku tak mampu berkata
aku tak mahu kau terasa
kerna aku masih mahukan kamu
sebagai cebisan memori aku
seorang kawan

kasihan rasa bodoh


kecewa
kadang aku rasa mereka
dalam diam
kadang aku diamkan
wajah sugul
aku tak mampu kata apa apa
pergi
aku juga tak mahu begini
entah
aku terasa
tak perlu sampai begitu
tak kelakar
tak lawak
tak perlu rasanya begini
aku rasa bodoh

dan sekarang
apa yang aku rasa dulu
risau
kasihan
sebenarnya tak bermakna
mereka anggap gurauan
tak kelakar
sumpah tak kelakar
aku cuma terasa
diam
aku tak mahu berbicara tentangnya

tidak matang

ada masanya
aku harapkan kami terus begitu
tidak membesar
dan tidak berubah
terus dengan sikap tidak matang
dan keanak anakan kami
asalkan kami gembira
menikmati setiap detik bersama
dengan perkara perkara gila yang kami lakukan

bodoh?
biar kami begitu
janji kami gembira
kerana setiap masa itu
akan kami kenang
bila kami sudah dewasa
kerana
setiap manusia pasti berubah
melewati masa
dan perkara perkara itulah
yang akan membuatkan kami
ingat antara satu sama lain

pandang belakang kamu


kamu yang di hadapan
lupakah kamu tentang aku yang di belakang
yang sentiasa ada untuk kamu
saat kamu terjatuh
bila kamu sedang mengejar si dia yang di hadapan

tidak mahukan kamu berhenti
berpaling untuk aku
untuk aku yang sedia ada
yang selalu ada
di belakang kamu

mengejar kamu
aku tak pernah letih
kerna kamu
seperti oksigen aku
memberikan aku nafas
saat aku meronta kesesakan

tapi
aku juga manusia
yang ada batas sabar
jadi
maafkan aku
aku terpaksa berhenti
mengejar kamu
mungkin aku akan tunggu
mereka yang di belakang

terlalu mengejar di hadapan
aku di belakang kamu tinggalkan

mimpi ngeri


mereka kata
hidup tak selalunya indah
begitu juga mimpi
tak selamanya mimpi kau berbunga
kadang aku juga terjaga
dari mimpi yang membuatkan aku lenjun
berpeluh macam orang baru lepas mandi

tapi tak salah
aku menginginkan benda yang mustahil
biar orang cakap aku macam mat jenin
yang sibuk berangan
tapi dari mana datang cita cita
kalau bukan dari angan angan

dan kau
cita cita aku
yang selalu aku angankan
yang selalu aku inginkan
walau orang kata
kau mungkin jadi mimpi ngeri aku
aku tetap mahu
bermimpi
biar aku terjaga dalam peluh dingin
janji aku puas
kerana termimpikan kau

tersedar

maaf
kadang kadang aku terlalu sibuk
tentang perihal orang lain
tentang perihal kamu
tentang perihal dia
sibuk nak atur hidup orang
sedang hidup sendiri seperti terabai

sekarang baru aku sedar
masing masing sudah besar
sudah mampu memilih jalan sendiri
maaf
aku terlepas pandang
aku terlalu sibukkan tentang hal kamu
terlalu mahukan yang sempurna buat kamu
dari mata aku
bukan dari mata kamu

sekali lagi
maaf
aku sedar kini
setiap keputusan yang kau buat
bersebab
dan tak semua perlu tahu tentang sebab itu
termasuk aku

aku faham
aku cuma harapkan yang terbaik
untuk kamu
kawan

walk down memory lane #2

dulu,aku ingat lagi. masa hidup kami susah. aku lihat ayah pergi kerja. aku nampak ayah dan kawan kawan. nampak kawan kawan ayah naik motor dan kereta. aku lihat,satu basikal buruk. milik ayah. aku jadi sedih,kenapa kami tak diberi kemewahan seperti orang lain. aku masih kecil,untuk berfikir tentang baik buruk kehidupan. tapi,mula dari saat itu,aku simpan harapan. simpan cita cita nak bahagiakan keluarga aku sendiri. terutama emak. dah banyak aku susahkan dia sedari kecil lagi.dia seorang wanita tabah,berdikari. emak pernah cerita,masa duduk kl dulu, mak pergi jual kuih. naik bas dengan perut yang sarat mengandung,dengan kakak aku yang masih kecil,pergi menjual. aku cuma ingin membalas jasanya. dia yang telah banyak beri aku semangat. sekarang,dia masih bekerja. dan aku masih belajar. nanti,cuma nanti. akan aku balas jasa kalian. aku janji. maaf kalau aku tak pernah menjadi anak yang baik.

walk down memory lane #1

dear you,i'm still breathing. never forget what we had.i remember all the things we did,the way you talk,the way your sweet smell. i miss you till now. it happened. it's all my fault. i'm sorry for what i did to you. broke your heart. all the promises i made,but never try to achieve it. with you. i'm a happy man now. i have found someone that fill the hole in my heart. your placed. i'm sorry to have to tell you this,but.my mind,they never let you out from here. i miss you. i really do. all our memories,i keep here in my mind. just a memories. because i have histories to make with my one. thanks for all your kindness to me before. i feel so grateful. bye :)

perlu kalau mahu


aku ingin teruskan hidup
aku harus teruskan hidup
untuk aku merasai
nikmat hidup yang sebelum ini
aku tak berkesempatan untuk merasainya

memang
mereka kata hidup sementara
cuma lakonan di pentas yang dipanggil dunia
tetapi sekurangnya
beri aku kesempatan
merasai nikmat hidup di dunia

aku harus kuat
walau bersendirian
aku harus berdiri
terus berjalan dan berlari
untuk aku kejar yang manis untuk aku
di hadapan sana
supaya aku boleh gembira
menikmati sisa sisa
hidup aku di dunia

wanita pembunuh hati


kau yang dulu aku kenal
selepas lama aku simpan
aku ingin ucapkan
sebelum aku sendiri tercekik
disebabkan kau yang tak bawa apa apa makna

ia tak sepatutnya sakit begini
mungkin bagi kau
tapi bagi aku
luka kecil dulu semakin terkoyak
meninggalkan kesan dalam

aku harap
laut akan lemaskan kau
ombak kuat membunuh kau
dan kau mati
terapung

aku akan adakan tahlil
dan parti
sempena kepergian kau
wanita pembunuh hati

paranoia aku!

aku senang
melihat kamu bahagia
kamu
aku maksudkan kamu
kamu semua

aku?
masih di sini
membilang jari
mengira detik waktu
sementara masih bersama

entah
aku terkesan
dengan sikap sikap dingin
yang ditunjukkan
kadang hati kata jangan
dan aku terus melayan
letih
bukan bosan

ini hanya rasa gila aku
tolong hiraukan

sebab cuaca panas!

petang itu
sungguh panas
sepertinya cuaca
terus cuba
membakar hati aku
yang sudah sedia terbakar

aku
terlalu banyak berfikir
tentang kamu
tentang dia
tentang mereka
hingga
ada satu rasa
yang buat aku benci
yang buat aku kecewa

sedih
benar
aku sedih
kecewa
dengan sikap kau itu

biar
aku dah biasa
aku pasti okay
aku akan okay
nanti

hutan hijau aku!

aku
dalam hutan hijau aku
terbaring
mendengar kicauan burung
mencium bau rumput
melihat mekar bunga
indah
seperti aku ingin hidup di sana
merasai perasaan begini
sepanjang hari
berbaring!

mimpi fantasi

hari ini
aku terjaga
selepas 10 hari aku hidup
di dalam dunia mimpi
dibawa sang mawar terbang
melihat fantasi fantasi
yang aku cipta sendiri

sakit kepala
aku bangun dalam jaga
yang mencucuk saraf saraf otak
untuk mengingat apa yang berlaku
apa yang pernah aku kata
tapi
semuanya telah aku lupa
tak ada yang mampu aku ingat
untuk aku jadikan
memori indah ketika bermimpi


lelaki separa gila

aku
lelaki separa gila
yang kau gila gilakan

patut ke?
mungkin tidak
sebab
tak patut seorang gadis comel
tergila gilakan seorang lelaki separa gila

kenapa?
tak sepadankah mereka

bukan
cuma zahirnya dunia
mereka tidak pernah anggap
seorang lelaki separa gila
atau gila sepenuhnya
sebagai seorang manusia

jadi
aku tak mahu kau terbeban
bila kau bersama dengan
lelaki separa gila seperti aku

hati untuk disewa !

kau punya hati?
tolong simpankan sedikit ruang untuk aku
aku sudah letih
aku mahu tempat berteduh
sebab itu aku bertanyakan tentang hatimu
adakah ia kosong?
atau
sudah adakah orang yang menumpangnya?

kenapa aku bertanya?

kerna
aku tak bisa
menghalau diri mereka
aku tak mahu ganggu
kesenangan mereka
yang sedang enak berehat
di ruang hati kamu

biarkan mereka
tertidur
dan berehat
dengan muka senyum
disebabkan mereka
berada di hati yang berbunga

Hopeless

Call me hopeless,but not romantic.
Because,that is me. Lelaki yang tak punya harapan. Aku tak ada kata kata manis nak memujuk rayu perempuan jelita, nak cairkan hati wanita yang kerasa macam ais di Antartika sana. Aku sungguh tak tahu. Tak punya idea bernas nak aku ucapkan kepada gadis gadis jelita di luar sana. Aku hanya ada diri aku. Hanya mampu memandang dan membiarkan perasaan hati ini membuak buak. Berdegup kencang. Berlari. Berkhayal. Saat aku dan gadis manis bertentang mata. Memandang satu sama lain. Tanpa keluar satu patah kata. Untuk memulakan bicara. Hanya mampu memandang,dengan perasaan keliru yang bercampur baur. Hanya mampu memandang.Kerana jarak kami jauh.

terakhir

aku harap
kamu yang terakhir
kerna
aku sudah letih
hati ini sudah tidak mahu
dipijak
oleh wanita wanita celaka
yang tak punya hati perut

kau
aku harap kau yang terakhir
kerna
aku sudah letih
mata ini sudah malas memandang
dan hati ini
sudah letih memberikan harapan
kepada seseorang
yang tak pernah menghargainya

aku harap
kamu yang terakhir
kerna
hati ini sudah letih
bertukar ganti
dengan tangan tangan
sang wanita
yang memandang aku dengan keji

merajuk?

jangan tanyakan seseorang kepergian aku
biarkan aku hilang
aku mahu pergi dari mata mata
yang memandang aku dengan keji

tak mahu diketahui ke mana kepergianku
aku ingin hilangkan diri
dari rasa sedih dan pedih
saat kau bisu
tanpa mengucapkan sepatah kata kepadaku
sedih
hiba
aku rasa hilang
dunia aku kosong
pergi
sunyi
mahu hilangkan diri

cerita cinta agung?

nyaman
tenang
melihat titis titis hujan
yang jatuh membasahkan tanah
yang seperti terlalu dahagakan kasih
dari sang hujan

petang itu
sang hujan menenangkan aku
dengan cerita cinta
tentang dia dan tanah

aku terpaku
terpesona rasanya
dengan cerita cinta mereka
seperti mahu aku catitkan
dan menjadikan ia
novel cinta agung
bacaan para pemimpi
para pemimpi yang tidak akan pernah berhenti
dari bermimpi tentang
cerita cinta agung
ciptaan mereka sendiri

entah!

kecewa
masa seperti membunuh sabar aku
mengapi apikan kemarahan aku
membuat aku mengetap bibir
tanda marah
yang meluap luap

nak dikata
tak pernah didengar
dah letih
sebab itu lebih suka disimpan
sampai aku hilang sabar
dan tercakap yang tak sepatutnya
kemudian
rasa sesal
rasa menyesal
bodoh
bangang

menyalahkan diri sendiri
aku yang tak berguna
mulut yang selalu terlepas kata

entah
aku tak tahu salah siapa

kau faham?


koyak rabak
aku carik satu satu
aku buang yang tak perlu
aku simpan mana yang mahu

ambil sebatang
keluarkan isi perut
carik lagi
sebatikan dua hati

aku ramas perlahan
aku gunting merapatkan
aku adun secukup warna
supaya bau tidak hilang

ambil
letak dalam lubang berlubang
bakar sikit sikit
tarik perlahan perlahan
terus terbang
khayal

kurang normal

aku seorang manusia
hati sensitif
rabak
senang koyak
jiwa kacau
serabut
jarang tenang
cuba
pernah cuba
bukan tak pernah
tapi
setiap kali cuba
aku terlupa
dan aku
terus melayan perasaan
dan membiarkan hati aku
terus remuk
luka rabak
pecah koyak

bunuh aku dengan kata

tiba tiba
kau yang katakan itu
kau yang katakan begitu

luar nampak okay
dalam aku rasa luka parah
cuba menahan
dan tidak membiarkan rasa itu menguasai

kali ini
hati aku jadi mangsa lagi
tiada siapa yang tahu
tiada siapa yang peduli

sedih
aku tak tunjuk
terasa
aku tak mahu kata

kalian

jangan pernah tanyakan sakitku
kalian tidak akan tahu
cuma jika kalian mendengar berita pemergianku
tolong jangan tangiskan ia
tolong tersenyum gembira
buat seperti biasa

kerna aku pernah jadi sahabat kalian semua
dan senyuman aku lebih banyak dari senyuman
yang akan kalian sedekahkan padaku
tersenyumlah
ceriakan hari hari kamu
jangan pernah kisah
aku tak peduli

tapi jangan penah lupa
yang aku pernah jadi sahabat kalian
tolong jangan lupakan itu semua

hanya ini aku pinta

sehari untuk kamu


pagi itu
aku rindukan kamu
terbayangkan wajah kamu
yang dibasahi cahaya mentari pagi

tengah hari itu
sepertinya aku inginkan kamu
menemani dan duduk di sebelahku
sambil menghabiskan sisa sisa waktu

petang itu
aku masih sibuk memikirkan kamu
merenung mata kamu dalam dalam
membisik kata kata rindu ke telingamu

malam itu
sepertinya aku inginkan kamu
berbaring di sebelahku
merenung bintang bintang bersamaku

ahhhhh
angan angan kalau difikir
memang terlalu indah
membuatkan seorang pemimpi macam aku
rasa tak mahu bangun berdepan realiti

menagih si bunga


diri ini menggeletar
menahan diri dari sesuatu
yang dah jadi sebahagian dari diri aku
rasa sudah tidak mampu
menahan rasa yang membelenggu

tuhan
berikan aku kesempatan
mengucapkan salam rindu
kepada dia
berikan aku sedikit masa
untuk terus bernafas
aku masih belum mahu pergi

menyesal
saat menyeksakan begini aku rasa bodoh
kenapa aku cuba benda itu
yang pengakhirannya membuat aku terseksa
dah terlambat
dah tak berguna

aku seperti telah mati setiap hari
bila aku menunggu kamu
yang tak pernah hadir
untuk diriku

tak tahu rasa hatimu


maafkan aku
kadang kadang
aku rasakan aku gila bayang
sering memikirkan tentang kamu
yang tak pernah terfikirkan aku

seperti cebisan kerang yang terpisah
saat diri dihempas ke pantai
terpisah jiwa raga
saat aku cuba melupakan kamu

aku seperti tidak tahu isi hati kamu
terlalu takut untuk meneka rasa hatimu
terlalu gentar untuk mengetahui akal fikirmu
yang mungkin langsung tidak memikirkan diriku

entahlah
aku akan cuba hiraukan
cuba rasa detik waktu sekarang
di saat kau melayan aku
hingga kau muak dan letih
lalu pergi meninggalkan aku

jika ini yang terakhir


aku coretkan
rasa rasa aku
saat aku risaukan
ini yang terakhir
kerna risau tak terungkap
apa yang perlu diucap
tak berkesempatan berkata
sebelum aku terus pergi

maafkan
jika aku pergi dahulu
tak pernah pinta
tak pernah meminta
tanpa niat

terlalu indah rasa itu
tak mampu untuk aku lukiskan bagaimana
tak tahu untuk aku tuliskan kenapa
cuma tahu merasa

seminggu berlalu
tanpa sepatah kata
cuba biasakan diri
kerna aku takut
kau tak terbiasa
bila aku terus pergi

cuma lupakan semua
memori duka
mahupun gembira
dan hidupkan diri yang baru

pasti suatu hari
ada yang memimpin kau
dan saat itu
aku harap kau tinggalkan memori ini
mulakan yang baru
lupakan aku
kecuali kata ini

"terima kasih untuk semua rasa yang kau beri ini"

dan seorang lagi


dan kau
seorang lagi
orang yang buat aku gembira di sini
dengan lawak lawak kau
yang sentiasa buat aku tersenyum

nak olah diri kau
entah
ajarkan aku semua perkataan di dunia
mungkin tak ada kata
yang mampu untuk aku berikan kepada kau
terlalu baik rasa aku

kau
yang paling awal aku jumpa
orang pertama yang aku tegur
orang pertama yang menegur aku di sini
membuat aku rasa hidup
dan bermakna berada di sini

terima kasih kawan
aku harap dengan jarak masa yang lama di sini
kita terus rapat
dan kumpulkan memori gila kita di sini

mungkin perubahan kau juga
yang aku nanti
yang aku harap
semoga kau jumpa yang sesuai
dan yang terbaik untuk kau

terima kasih kawan

Y

terima kasih !

terima kasih
untuk hari ini
mungkin membosankan untuk kau
tapi
bagai seribu makna bagi aku
seperti terlalu berharga

masa
terlalu laju
pantas
cemburu mungkin
aku sendiri tak tahu

hanya bualan kosong
cuma patah kata bodoh yang keluar dari aku
maaf
otak kurang berfungsi
sebab hati
seperti berlari tanpa henti

terima kasih kerana di situ
terima kasih kerana tersenyum untuk aku
mungkin aku perasan
tapi tak mengapa
selagi aku mampu melihat senyuman itu
aku dah bahagia
walau bukan untuk aku

terima kasih
HH

bukan tak mahu


rasa takut
rasa bimbang
rasa gusar
letak semua rasa negatif
macam tu lah perasaan aku
saat ini

maaf
cuma mampu memandang
tak mampu berkata
bukan
bukan tak mampu
cuma tak terucap
kerna
aku lihat hati itu sedang berbunga
mekar dan wangi
mungkin hanya separuh
separuh lagi
aku tak tahu

mungkin ya
mungkin tidak

aku tak mahu jadi racun
membunuh semua rasa bahagia kau
maaf
jika suatu hari terbongkar
aku cuma mampu ucap maaf
sebab aku tak pernah bilang pada kau
benda yang aku dah tahu
perkara yang sebenar

cuma mampu harapkan yang terbaik
sebab aku
hanya mampu berharap
hanya mampu melihat
dan hanya mampu berdoa

memori kawan lama

tak tahu
semuanya tiba tiba
aku dengar lagu
teringat bait bait lirik yang kita nyanyi sama sama dulu
rasa macam sekejap
tapi semuanya sudah lama
kau ingat lagi kawan?

masa kecil kecil
kita dengan dunia kita
dengan peraturan kita
dengan kenakalan kita
aku belum lupa
semuanya seperti masih segar

terlalu rindukan kau
dah terlalu lama tak berjumpa
dan entah bila dapat berjumpa

terputus hubungan macam tu saja
sebab kita masih kecil
dan dunia belum maju
nak bertukar nombor telefon tak ada
nak beli telefon jauh sekali

kalau satu hari kita berjumpa
mungkin kita dah tak kenal
sebab rupa dah berbeza
cuma aku mahu kau tahu
aku masih tak lupa kenangan kita

biarkan aku simpan
surat surat kenangan
lipatan cerita cerita gila kita
dalam otak sempit ini
yang masih ada ruang
untuk orang yang aku sayang

maaf,masih belum ada

bukan tak mahu
cuma tak tak tahu
sebab belum ada yang boleh aku kisahkan
tunggu nanti
pasti ada
tulisan yang aku coretkan untuk kau teman

yang pasti
aku sayangkan kau
rasa macam terlalu rapat
walau dengan sikap gila kau
yang boleh buat saraf saraf otak aku putus
yang buat nafas aku sesak
tapi itu yang buat suis gembira aku terjaga

terima kasih
cuma ucapan itu
sebab aku tak pandai bermain perasaan
dalam menunjukkan dan meluahkan
lebih suka simpan
dan memendam perasaan
kerana bagi aku
tak semua perlu ditunjukkan
atau diluahkan
harap kau tahu

sekarang
kejar apa yang kau mahu
puaskan hati
kerana dia seperti penenang jiwa
membuat kau macam bukan engkau
manis betul
macam orang gila
yang tak pernah senyum ke telinga
pedulikan semua
asalkan kau bahagia
kejar selagi mahu
jangan berhenti kalau betul dia yang satu

GK

surat yang mungkin tak dibaca!


malam sunyi sepi
aku masih berdiri
berfikir tentang hidup mati

rasa takut selalu hadir
jika malaikat maut datang menjemput
bukan diri aku
tapi menjemput mereka yang aku sayang
terlalu takut membayangkan hidup tanpa mereka
entah bagaimana nanti hidup aku
tanpa mereka yang selalu memberi aku makna
dan dorongan meneruskan hidup

takut
terlalu takut
sangat takut
teramat takut

jika boleh ditukarkan tempat
jika bisa ditukarkan masa
aku sanggup
tapi cuma harapan
yang tak mungkin terjadi

berikan aku kesempatan
membalas jasa mereka
sebelum mereka menutup mata
berdoa agar mereka dipanjangkan usia

bosan


dah petang
matahari dah nak tenggelam
nak tinggalkan aku
aku tunggu sang bulan malam ini
belajar

perut  lapar
hari ini berpuasa
mencari redha
memohon pertolongan
maaf
cuma bila susah
menyesal

dan hari ini
pagi tadi
aku dah buat kerja bodoh
saja saja tuliskan mesej
nak menggertak niatnya
dan dia ambil serius
aku tak mampu ketawa
lapar

tengok handphone
dah lebih sepuluh kali
masih tak ada
tak perasan atau memang sengaja
atau merajuk
sayang

termenung
menunggu
masa
berbuka
membeli
makanan
makan
solat
belajar
tidur

jiwa orang gila

hati
jiwa lelaki
memang begini
entah
mungkin orang gila macam aku je yang rasa begini

rasa apa?
entah
aku sendiri tak tahu

cemburu?
entah
marah?
entah
kecewa?
entah

sebab itu orang kata aku gila
sebab aku tak tahu apa yang aku rasa

kau yang terlepas


sudah
biarkan
lepaskan
memori memori indah
tak
mungkin memori memori pahit
ikut rasa kau
rasa kau
bukan rasa aku

mungkin dulu
pernah kita kongsi
kira setiap detik bersama
rasa gembira bersama
tapi
dulu
semua dulu

sudah
biarkan
lepaskan
jangan ingatkan aku
pasal ceritera kita dulu

aku dah letih
memikirkan
menunggu
mengharap
tapi kau yang tak pernah hadir

sekarang
semua sudah lepas
aku sudah lupakan
aku sudah maafkan
biarkan aku
kau hidup kau
aku hidup aku

tangan lebih berani!


tak semua
aku boleh bicarakan dengan mulut
kerana tangan lebih berani berfikir
jari jari menggigit papan kekunci
aku menulis untuk engkau

bukan benci
tak
aku tak pernah simpan dalam hati
cuma kadang hati ini luka
tak
tak dalam
hanya luaran
aku faham
kau sendiri tak sengaja

aku sendiri begitu
selalu terlukakan perasaan orang
orang yang aku sayang
itu termasuk kau
maaf
aku tak berniat
sebab otak ini
kadang tak berfungsi

cuma
terlalu banyak yang aku fikir
sakit otak
aku jadi letih
jadi malas
untuk berkata
hal yang biasa diperkata

aku minta maaf
kali ini
terlalu beremosi
kenapa
aku sendiri tak tahu
lupakan
mulakan semula

hidup macam roda
sebab tu otak aku macam roda
selalu berpusing
 orang gila

sekali lagi
maaf :)

tak pernah ada

terjun bawah mati
terbang tinggi tak mampu
mengapa begini
pilihan yang tak pernah menyenangkan

selalu tak bercerita
sampai bila bila tak terungkap kata kata
tapi bila terucap
takut diri dihina
takut aku dibahan
tak mahu rasa dipinggir

dah begini
baru sibuk fikir yang terjadi
terlalu lama menyimpan
bila berkata
semua keluar
sampai tak fikir dari sisi lain
dari sisi mereka
langsung tak peduli


dan hilang terbang pergi


sepuluh terbang rasa rasa
pergi hilang mencari makna
hidup tak selalunya indah
mati bukan senang
sibuk fikir yang betul
yang salah dilupakan

kalau boleh
aku hanya ingin yang biasa
tak mahu yang lebih
sebab nanti lain yang dirasa

kerap merasa
kerap terasa
cuma rasa rasa bodoh

bukan
aku tak mahu tewas
aku tak mahu jadi yang tewas
tapi bangkit bukan piliihan mudah
sebab aku
memang begini
selalu di bawah

rasa tidak mahu


rasa kehilangan itu
kadang terlalu pahit
terlalu payah untuk dimamah
apatah lagi ditelan
tapi bila semua itu berlaku
kita terpaksa juga
mamah
telan
rasa rasa sedih dan pedih itu

kalau diberi pilihan
aku sendiri tidak mahu
takut
terlalu bimbang
risau
bagaimana aku ingin bangun semula

memang belum lagi terjadi
tapi aku takut kepada kemungkinan itu
kemungkinan di mana kehilangan itu berlaku
terlalu takut
terlalu tidak mahu
tapi pasti akan berlaku

hanya mampu doakan kesejahteraan
dan diberi umur yang panjang
mak,ayah

bukan benci


benci
aku tak tahu kenapa mereka hadir
dulu sangat suka
sekarang sangat benci
sungguh
aku pun tak mahu perasaan begini
aku juga sudah benci kepada rasa benci
maaf
tapi memang ini yang aku rasa
jangan tanya kenapa
kerana aku sendiri tak tahu sebabnya
mungkin nanti
kita cuba baiki diri
kosongkan kembali
kemudian cari yang baru
beri aku masa
nanti aku cari balik rasa itu
rasa yang pernah buat kita rapat
cuma nanti
beri aku sedikit masa

batu nisan

semalam
seakan terlalu banyak rasa aku
seperti terlalu ingin memberitahu
semacam ingin meluahkan segalanya

kau yang pergi
mengelukan lidah ini dari terus cuba untuk berkata
membuatkan rasa rasa aku terus mati
tanpa nisan
sebagai penanda

memang
terlalu banyak benda yang aku lepaskan
terlalu banyak kata yang tak aku luahkan
kerana aku masih takut
untuk meluahkan kata yang buat diri aku binasa

sebab pagi ini


pagi ini
seperti sejuk
seperti sunyi
seperti tenang
seperti sayu
seperti ceria
seperti faham perasaan aku

sebab pagi ini
aku rindukan kau

HH

cuma kau alasan aku

mungkin hati ini pernah luka
pernah hancur dipijak mereka mereka yang celaka
lalu meninggalkan kesan kesan luka yang aku sendiri tidak mampu ubat

kehadiran kau
yang datang lalu membasuh luka luka itu
yang pernah diletak garam semasa aku masih terluka
membalut rasa rasa pedih
dan mencairkan darah darah beku

ya benar,
memang kehadiran kau
memberikan aku satu tujuan untuk terus bernafas
memberikan aku satu sebab untuk terus melangkah

sekarang
aku punya alasan untuk terus hidup
dan sekarang
kau adalah alasan aku
untuk terus hidup



kau sakit? maaf

sakit?
kau sakit?
sebab aku?
maaf,aku tak berniat

ya
sebab aku
kau sakit sebab aku
maaf,aku tak berniat

sekali lagi
maaf,aku tak berniat
cuma lepaskan
jangan bimbang
aku sudah biasa
aku cuma tak mahu kau terluka
tak mengapa
biarkan
biar aku tanggung derita aku sendiri

hanya untuk kau

aku hanya mahu tuliskan
kata kata bodoh yang aku rasa ini
hanya untuk kau seorang sahaja
untuk kau sahaja yang membaca
supaya kau tersenyum
atau ketawa
dalam setiap patah kata bodoh yang aku tulis

hanya untuk kau membaca
biarpun mereka ketawa
mengatakan aku orang gila
yang terlalu mendambakan diri kau
biarkan mereka
aku tak pernah rasa sakit

hanya untuk kau membaca
yang mungkin kadang berbaur dengan rasa berbunga
membuatkan mereka loya
muntah
sakit perut
aku tak peduli
ini hanya untuk kau

berikan satu kata
"berhenti!"
dan aku akan berhenti

mimpi bersama?

tadi
kita sama sama bermimpi
tentang apa yang akan kita lakukan
seperti sudah berjanji
seperti kau memahami setiap rasa hati ini
kau buat aku tersenyum sendiri

pedulikan mereka
kita ada hidup kita
kita ada cara kita
aku mahukan semua itu
aku mahu semua rasa itu
aku mahu apa yang kita cita tercapai
bersama aku
bersama kau di sisi

aku berharap

aku benci kau bayang bayang

bayang bayang
mana kau pergi?
dulu kau selalu teman aku
walau hanya pada waktu malam
tapi kenapa bukan sekarang
mana kau menghilang

aku rindukan kau bayang bayang
aku rindukan saat kita berjalan berdua
aku rindukan saat kita minum kopi bersama

mungkin sebab aku selalu tinggalkan kau sendiri
tapi aku tak bermaksud nak tinggalkan kau
kau yang tak datang masa aku ajak kau berdating dekat taman bunga itu
sebab kau kata mahu tempat sunyi
mahu tempat gelap
tapi kau yang tak datang

celaka kau bayang bayang
aku benci kau

aku hanya mahu bahagia

aku hanya mahu berbaring
dalam sebuah kamar kecil
ditemani cahaya malap lampu
dengan sedikit dendangan lagu
jeritan jeritan kasar penyanyi
dan petikan petikan gitar solo

aku hanya mahu berbaring atas tilam usang aku
bersama bantal yang sekian lama setia denganku
yang memberi keselesaan ketika aku tidur
dan juga selimut yang membalut tubuh aku
saat aku menggigil kesejukan

berikan aku sekeping kertas putih
bersama sebatang pen
aku mahu coretkan seribu rasa aku
kerana aku sudah letih membiarkan mereka duduk
dalam otak sempit aku ni

biar aku renung kisah silam aku sendiri
bersama cerita cerita duka
bersama hati yang sering dipijak manusia celaka
aku mahu buang rasa benci dan cemburu aku
kerana aku ingin hidup bahagia

adil kadang memang tak ada

terlalu sibuk dengan satu patah kata
sedang yang lain masih termangu duduk berfikir
kenapa yang itu?
kenapa yang ini?
persoalan yang masih tiada jawapan

aku berfikir
kenapa bukan aku sahaja
kenapa mesti mereka
kami tak banyak beza
namun kesalahann aku seperti terlalu besar bagi mereka
sedangkan kebaikan yang aku cuba tunjukkan
mereka perlu lihat menggunakan kanta

sudah
hidup memang begini
kadang tak adil
tapi kalau terlalu berfikir tentang keadilan
sampai bila bila tak ada yang mahu mengalah

teruskan berlari kawan !

teruskan berlari
kejar apa yang kau mahu
gembirakan hati kau sendiri
kejar dan terus berlari
jika benar hanya dia yang dapat mengisi
dan membangkitkan kembali
hati kosong kau yang sudah lama menjerit sepi !

PAS

kerana malam ini hujan


malam ini
angin kuat memukul tubuh
hujan lebat membasahkan bumi
diselangi bunyi bunyi guruh yang membingitkan telinga
membuatkan tubuh kecil itu ketakutan

ku lihat dia menggigil kesejukan
hanya berselimutkan kotak kotak kosong
sambil cuba mengelakkan diri dari tempias sang hujan yang turun tanpa belas

kasihan
melihat keadaan tubuh kecil itu
yang terus cuba menghangatkan diri dalam rangkulan sendiri
semoga malam kau tidak terus begini
selamat tidur tubuh kecil

si gila memikat sang bulan


sang pujangga itu
sibuk memikat si bulan
sibuk mendendangkan lagu lagu rindu kepada sang bulan
sibuk membacakan puisi puisi cinta kepada sang bulan
sibuk menghamburkan kata kata janji kepada sang bulan

aku lihat sang bulan diam membisu
mulutnya bagai tertutup rapat
terdiam tanpa sepatah kata
mungkin tergamam
atau tak suka dengan apa yang berlaku

tetapi si pujangga masih begitu
masih dengan perbuatannya
sedaya upaya mahu memikat sang bulan itu
seperti orang gila
ya,seperti orang gila yang bercakap seorang diri

dan aku di sini masih memerhati
mentertawakan sikap bodoh sang pujangga itu
masakan bulan bisa bicara
bagi membalas atau tersenyum atas setiap kata bicara sang pujangga

biarkan dia
memang sudah gila
orang angau
terus tertawa

cubaan yang memuntahkan


setiap hari
hampir setiap hari aku berfikir
berfikir tentang ayat ayat indah
ayat yang dapat menggambarkan kamu
supaya dapat aku tulis
sajak sajak cinta buat kamu

maaf
aku cuma seorang penyajak bodoh
yang sibuk memikirkan tentang diri kamu
yang sibuk menyusun ayat ayat cinta
yang hanya membuatkan mereka geli tekak

tapi aku peduli apa
janji
tulisan ini hanya untuk engkau
supaya kau dapat tahu rasa hati aku
sebab dalam setiap ruang hati ini ada kamu
dalam setiap perkara yang aku fikir ada kamu
semua ada kamu

sudah muak
sudah biasa dengar
maaf
aku memang tak pandai cairkan kamu
aku tak ada ayat ayat bergula
yang boleh cairkan hati kamu yang keras macam ais di antartika sana
aku hanya ada diri aku
dan kata kata bodoh ini

resah! kau membunuh


resah
kau bagai membunuh aku hari ini
hati ini berdegup laju tatkala namanya disebut
entah kenapa
aku sendiri tidak tahu kenapa

seperti ada sesuatu yang bakal mengunjungi
yang akan memakan hati ini
meninggalkan menjadi sisa sisa sepi
dan membuat perasaan ini terus mati

kutip kembali?
entah
tak pasti kalau aku dapat cantumkan semula
kalau boleh sekalipun
pasti ada kesan kesan calar
calar calar yang memberi aku seribu satu rasa
seribu satu memori
memori yang membuat aku lebih sakit

tapi kalau sakit itu yang memberi aku kegembiraan
biar aku simpan dalam dalam
biar hati ini mati
sekurang kurangnya
aku dapat rasa kegembiraan itu
walau hanya seketika

meraba

aku juga
masih berpusing
masih tercari cari lorong itu
lorong kecil yang aku sendiri tidak pasti di mana
cuma seorang manusia

ibarat sang buta
yang berjalan mencari arah pada waktu malam
kerana
meskipun pada hari siang yang panas
keadaannya tetap sama
masih gelap
perlu terus meraba benda sekeliling
hanya untuk berpaut
supaya tidak terjatuh

mungkin dia
yang hadir untuk memegang
meraut erat tangan ini
dan memimpin si buta ini
ke arah yang ingin ditujui
atau
memimpin si buta ini
berpatah balik kembali ke arah hati hati sunyi

semua sekali


dan aku rasa mahu pergi
berjalan
mungkin berlari
aku sudah letih
hati aku remuk
hancur
pecah
sakit
beri aku seribu kata yang membawa makna kecewa
akan aku coretkan supaya semua tahu bagaimana aku rasa

aku tak tahu kenapa aku yang kena terima semua ini
kenapa aku kena terima semua rasa fucked up ini
maaf
tapi kali ini
aku sudah letih
benar benar letih
aku mahu tidur
dan aku tak menginginkan hari esok
biarkan aku
malam ini
biar aku bermimpi
biar aku menemani rasa rasa sakit aku
fizikal,mental,emosi
rasa macam semua dah mati

terperangkap

melihat ke depan
gelap
berpusing ke kanan
gelap
berpusing ke kiri
gelap
berpusing ke belakang
gelap
terperangkap

kali ini
aku terjatuh lagi
lebih dalam lubangnya
jatuh dan terus terduduk
dan kali ini juga
aku tak mampu berdiri
tak mampu mengangkat kaki
tak mampu juga untuk bersuara
suara ini tersekat sekat untuk memanggil meminta tolong

mungkin pengakhirannya begini
perlu ke aku terima
atau bangkit melawan
aku sudah tidak kuasa
mencuba benda yang sia sia

cuba

bila rasa itu yang kau fikir
bila rasa pelik itu yang kau fikir
bila rasa yang kau sendiri tidak pasti itu kau fikir
memang berkecamuk kotak pemikiran kau

tarik satu satu
biar rasa macam cari gula dalam pasir sekalipun
janji rasa rasa itu hilang
bila rasa macam bangang tu hilang
mungkin kau boleh senyum sorang sorang

biar orang kata gila
janji aku yang rasa bahagia
mereka tak tahu apa apa
aku yang rasa
aku yang gembira


seorang pemimpi

pemimpi
kadang aku rasa diri aku begitu
seorang pemimpi yang tewas
walaupun dalam mimpi aku sendiri
sering tewas dengan bayang bayang hitam aku sendiri
atau aku hanya bermimpi yang aku seorang pemimpi

aku tak mahu begini
aku mahu berdiri
berdiri dengan rasa rasa pelik aku sendiri
berdiri dengan sikap sikap bodoh aku sendiri
berdiri dengan kata kata bangang aku sendiri
atau hanya berdiri
sambil memerhati dengan apa yang dah dikurnia oleh illahi

tapi entah
kadang kadang aku rasa aku sudah lenguh berdiri
aku mahu duduk
sambil memerhati
tidak
aku mahu baring
sambil memerhati
bukan
aku mahu baring
sambil memejamkan mata
dan terus bermimpi

kau yang bernama sahabat

terima kasih
hanya dua patah kata pendek itu yang dapat aku beri sahabat
dah terlalu banyak yang kalian buat untuk aku
dan aku tak tahu bagaimana untuk membalas semua itu
yang pasti
aku tidak selesa dengan hanya mengucapkan dua patah kata itu

mungkin kadang ada selisih faham
mungkin kadang ada terasa di hati
tapi aku tak pernah simpan lama lama
aku tak pernah biar rasa itu masuk terus ke hati
cuma sebentar
kerana aku pasti
aku tak mampu untuk jauh dari kalian

sekali lagi
hanya terima kasih
dua kata yang nampak biasa
tapi datang dari hati

manusia pelik

aku rasa kita bagai nombor 10
engkau 1 dan aku 0
tanpa engkau
aku tidak punya apa apa
mungkin cuma angka
maaf atas kepelikan rasa aku

tapi memang engkau
kau yang aku rasa sempurnakan hari aku
seperti matahari yang meminjamkan cahayanya kepada sang bulan
supaya dia dapat bersinar pada waktu malam
beri aku sang bintang
aku masih begitu
masih seorang peminjam

cuma terima kasih
aku harap kau bukan awan
yang pergi bila dihembus sang angin
apabila mereka mahu bermain
aku harap engkau sang matahari
yang setia menemani
walau aku hanya tiba pada waktu dingin malam hari

kau cakap apa?

bercakap
dan bercakap
bercakap lagi
dan bercakap
bercakap lagi
dan bercakap lagi

dah muak dengar
nak keluar segala isi perut aku
aku sendiri tak tahu apa yang mereka bualkan
yang pasti
setiap kata mereka buat aku mual
rasa nak muntah
aku rasa nak cabut anak tekak
buang tepi jalan
pijak sampai hancur

berikan aku sekeping kertas
aku nak tulis
"tolong diam"
dan tampalkan di dahi
sebab mulut ni
terlalu malas untuk bicara

nafas pelik

sesak
aku rasa macam dalam bas yang penuh dengan manusia
manusia manusia hamis
bau bau badan mereka buat aku tak selesa
kau tak pernah pakai deodorant ke apa?
atau baju kau yang dah lama tak berbasuh?
tolong
aku nak pitam
aku lemas
aku letih menahan diri aku dari bernafas

sekejap
aku masih di kamar
seorang diri
entah kenapa tiba tiba situasi itu menjelma
aku tak tahu aku sedang menahan diri dari bau apa
yang pasti
aku lemas
sesak
dan tercungap cungap

bukan sang peter pan

maaf
tapi kau
si pari pari kecil
yang menerawang dalam setiap inci otak aku
yang mencucuk racun kau dalam setiap saraf otak ini
tolong jangan berhenti
walaupun kadang rasa sakit
aku masih mahu rasa
aku tak pernah rasa kisah dengan derita
apabila setiap tusukan kau bagai membunuh
malah aku rasa bahagia
mungkin aku ingin rasa bahagia itu
walaupun sehingga otak ini terhenti
atau otak ini penuh dengan setiap racun kau itu
teruskan terbang
cari setiap sudut sudut
yang mungkin kau belum terokai
dan kotorkan ia dengan racun kau itu
terima kasih

karut

kumpul ranting ranting patah itu
kumpul setinggi diri sendiri
ambil sebatang mancis
lihat mereka terbakar
hidu asap itu
dan aku mati

tersudut

nampak itu?
mana?
itu!
mana?

ya
lembaga itu di satu ruang sudut legam
terduduk mencangkung merenung lantai


nampak itu?
mana?
itu!
mana?

ya 
tengah sibuk menangis
tengah sibuk mengesat air mata

biarkan dia
mungkin dia perlu masa sendiri
merenungi hidup dia sendiri

mari pergi
tinggalkan dia sendiri

gantung

ke atas?
bukan
ke bawah?
tidak
di tengah tengah?
mungkin

dan aku masih di sini
mencari hala tuju yang patut aku tujui
nampak cahaya di atas
entah
mungkin cahaya yang akan membutakan mata aku
nampak gelap di bawah
entah
aku terlalu takut untuk terjatuh

biarkan aku disini
hingga aku letih dan terjatuh ke bawah
atau sehingga
ada orang yang menarik aku ke atas

aku sudah malas membuat pilihan

mimpi lagi?

terlalu banyak
banyak kali
berkali kali

kenapa rasa itu kadang hadir kadang hilang
bukan aku
engkau
cuma kenapa?
bukan bagaimana

aku faham
mungkin terlalu pantas
tapi aku tak mahu seperti kura kura berlari
memang akan menang
tapi terlalu perit untuk menunggu
terasa jauh jalan itu

bukan
bukan bosan
bukan putus harapan
cuma tulisan
aku sahaja coretkan
jangan ambil kisah
aku memang begini

tak ada kena mengena

penulisan si perut

sekarang
tengok dekat taskbar komputer
jam pukul 1334
dan perut aku masih lagi meronta meronta mintak disuapkan
kepala bana lah
motor kawan yang selalu aku pinjam pulak takde
dan aku terpaksa buat tak dengar
buat tak dengar dekat perut yang menangis ni
kau duduk diam diamlah perut bodoh

bosan
bosan
bosan
ya,duduk sorang sorang dalam ruang sempit bodoh ni buat aku rasa bosan
kadang aku rasa nak keluar
menapak kaki ke tempat tempat yang aku sendiri belum pasti
mungkin bersama kau di sisi
dengan sebuah buku sajak sajak bodoh di poket belakang
wallet yang koyak rabak
handphone murah
aku nak keluar
cari sedikit kegembiraan
atau sekurangnya tengok orang gila tersenyum cakap sorang sorang

ahhhh,entah
berfikir sahaja
kerana aku masih di sini
menulis tentang rasa rasa bodoh dalam hati
mungkin cuma hanya bermimpi

rasa bosan

sebelas

suram
sangat suram
aku hanyak nampak kelam
rasa takut diselubungi malam

ahhh,entah kenapa malam ini sangat suram
terlalu suram hingga aku rasa sesuatu
rasa yang sangat dalam
yang aku sendiri tak dapat nak gambar

jam detik 11 malam
dan biar malam ini aku sendiri
biar aku rasa perasaan itu
rasa perasaan suram itu