masa aku.

Jaga diri.

Cuma jaga diri
Bukan setiap masa
Aku akan ada.

Dan untuk itu
Maaf.

Untuk masa aku
Yang lebih memerlukan aku.

Untuk masa aku
Yang masih belum puas dengan aku.

Untuk masa aku
Yang untuk aku.

selepas tiada

Perkenalan
Yang membuat aku kenal
Seorang perempuan
Tentang hidupnya
Tentang dirinya
Tentang hatinya
Yang setiap satunya
Dalam penuh masa.

Aku jaga.

Dalam penuh masa
Yang setiap satunya
Tentang hatinya
Tentang dirinya
Tentang hidupnya
Seorang perempuan
Yang aku kenal
Bermula dari senyuman.

Dan ini cuma cerita
Selepas semuanya tiada.

sendiri

Kadang
aku give up dengan diri sendiri.
Kadang
aku give pujuk diri sendiri.
Kadang
aku give up jaga hati sendiri.
Kadang
aku give up untuk give up
Untuk sendiri.

Sebab nanti aku tetap berdiri
Menjaga sendiri.
Sendiri,
Yang kau cipta sendiri.