semoga sahaja

Sekarang,aku mahu ceritakan tentang aku yang nanti yang dulu aku tak pernah fikirkan. Untuk jadi apa yang aku angankan dan apa yang aku impikan, dulu tak pernah ada. Aku ikut saja mahu Dia.
Sekarang,aku yang nanti akan jadi apa yang aku sudah nampak kini dan sejenak menjentik aku untuk melihat apa nanti yang akan jadi.
Pertama, pada emak yang walau aku tahu takkan pernah budinya habis aku balas. Membahagiakan dia yang pada mata ini yang aku sedari kecil tak pernah nampak bahagianya. Yang aku cuma selalu nanpak senyum riang dalam letih lesunya mengerah tulang empat kerat semata sesuap untuk kami dan kami yang nanti. Untuk aku yang nanti.
Kedua, akan siapa yang jadi tempat aku melepaskan lelah sehari. Cuma dalam senyum belai tawa dia, biar dunia aku gelita.
Ketiga, akan siapa yang aku tinggalkan setelah tiada. Yang mungkin nanti membawa nama dan darah antara dua jiwa. Kemampuan dalam menyiapkan mereka apabila nanti mereka aku tinggalkan untuk melayari diri hidup sendiri. Cukupkah di dada mereka apa yang aku akan tinggalkan.
Dan seterusnya beberapa cerita dunia sini dan sana.
Entah, dulu aku yang cuma ikut saja mahu Dia, kini gentar akan apa mahu Dia.
Semoga sahaja akan apa mahu Dia seperti apa mahu aku.

semalam

Rasa
macam baru semalam
apa yang baru sahaja semalam.

Dulu yang semalam
apa yang ada
sudah hilang.

Terasa macam semalam
Aku lihat senyum manis kamu
Aku dengar tawa riang kamu
Aku hidu wangi kamu.

Rasa macam baru semalam
aku kenal siapa yang aku sebenarnya sudah hilang.

Hak aku !

Kau tahu,apa yang aku marahkan sangat tentang itu? Sebab puncanya kau beritahu dulu, dan kau biar aku terfikir tentang isi sebenar berlaku.

Sedangkan kau tahu. Sedangkan kau patut beritahu aku.

Atau.

Sedangkan kau sepatutnya tak beritahu aku. Sedangkan kau tak perlu cerita apa apa dari dulu.

Dan bila aku mahu hak aku untuk tahu isi dari punca yang kau cerita dahulu, kenapa kau menidakkan aku?

Hak aku,sebab puncanya melibatkan aku.

refleks

Bayangkan
Kamu di depan cermin
Melihat aku sebagai refleksnya.

Dalam melaksana gerak kamu
Ada yang kadang aku kaku
Tak mampu laku
Apa yang kamu laku.

Tak mampu jadi
Seperti yang kamu mahu.