kau cakap apa?

bercakap
dan bercakap
bercakap lagi
dan bercakap
bercakap lagi
dan bercakap lagi

dah muak dengar
nak keluar segala isi perut aku
aku sendiri tak tahu apa yang mereka bualkan
yang pasti
setiap kata mereka buat aku mual
rasa nak muntah
aku rasa nak cabut anak tekak
buang tepi jalan
pijak sampai hancur

berikan aku sekeping kertas
aku nak tulis
"tolong diam"
dan tampalkan di dahi
sebab mulut ni
terlalu malas untuk bicara

nafas pelik

sesak
aku rasa macam dalam bas yang penuh dengan manusia
manusia manusia hamis
bau bau badan mereka buat aku tak selesa
kau tak pernah pakai deodorant ke apa?
atau baju kau yang dah lama tak berbasuh?
tolong
aku nak pitam
aku lemas
aku letih menahan diri aku dari bernafas

sekejap
aku masih di kamar
seorang diri
entah kenapa tiba tiba situasi itu menjelma
aku tak tahu aku sedang menahan diri dari bau apa
yang pasti
aku lemas
sesak
dan tercungap cungap

bukan sang peter pan

maaf
tapi kau
si pari pari kecil
yang menerawang dalam setiap inci otak aku
yang mencucuk racun kau dalam setiap saraf otak ini
tolong jangan berhenti
walaupun kadang rasa sakit
aku masih mahu rasa
aku tak pernah rasa kisah dengan derita
apabila setiap tusukan kau bagai membunuh
malah aku rasa bahagia
mungkin aku ingin rasa bahagia itu
walaupun sehingga otak ini terhenti
atau otak ini penuh dengan setiap racun kau itu
teruskan terbang
cari setiap sudut sudut
yang mungkin kau belum terokai
dan kotorkan ia dengan racun kau itu
terima kasih

karut

kumpul ranting ranting patah itu
kumpul setinggi diri sendiri
ambil sebatang mancis
lihat mereka terbakar
hidu asap itu
dan aku mati

tersudut

nampak itu?
mana?
itu!
mana?

ya
lembaga itu di satu ruang sudut legam
terduduk mencangkung merenung lantai


nampak itu?
mana?
itu!
mana?

ya 
tengah sibuk menangis
tengah sibuk mengesat air mata

biarkan dia
mungkin dia perlu masa sendiri
merenungi hidup dia sendiri

mari pergi
tinggalkan dia sendiri

gantung

ke atas?
bukan
ke bawah?
tidak
di tengah tengah?
mungkin

dan aku masih di sini
mencari hala tuju yang patut aku tujui
nampak cahaya di atas
entah
mungkin cahaya yang akan membutakan mata aku
nampak gelap di bawah
entah
aku terlalu takut untuk terjatuh

biarkan aku disini
hingga aku letih dan terjatuh ke bawah
atau sehingga
ada orang yang menarik aku ke atas

aku sudah malas membuat pilihan

mimpi lagi?

terlalu banyak
banyak kali
berkali kali

kenapa rasa itu kadang hadir kadang hilang
bukan aku
engkau
cuma kenapa?
bukan bagaimana

aku faham
mungkin terlalu pantas
tapi aku tak mahu seperti kura kura berlari
memang akan menang
tapi terlalu perit untuk menunggu
terasa jauh jalan itu

bukan
bukan bosan
bukan putus harapan
cuma tulisan
aku sahaja coretkan
jangan ambil kisah
aku memang begini

tak ada kena mengena

penulisan si perut

sekarang
tengok dekat taskbar komputer
jam pukul 1334
dan perut aku masih lagi meronta meronta mintak disuapkan
kepala bana lah
motor kawan yang selalu aku pinjam pulak takde
dan aku terpaksa buat tak dengar
buat tak dengar dekat perut yang menangis ni
kau duduk diam diamlah perut bodoh

bosan
bosan
bosan
ya,duduk sorang sorang dalam ruang sempit bodoh ni buat aku rasa bosan
kadang aku rasa nak keluar
menapak kaki ke tempat tempat yang aku sendiri belum pasti
mungkin bersama kau di sisi
dengan sebuah buku sajak sajak bodoh di poket belakang
wallet yang koyak rabak
handphone murah
aku nak keluar
cari sedikit kegembiraan
atau sekurangnya tengok orang gila tersenyum cakap sorang sorang

ahhhh,entah
berfikir sahaja
kerana aku masih di sini
menulis tentang rasa rasa bodoh dalam hati
mungkin cuma hanya bermimpi

rasa bosan

sebelas

suram
sangat suram
aku hanyak nampak kelam
rasa takut diselubungi malam

ahhh,entah kenapa malam ini sangat suram
terlalu suram hingga aku rasa sesuatu
rasa yang sangat dalam
yang aku sendiri tak dapat nak gambar

jam detik 11 malam
dan biar malam ini aku sendiri
biar aku rasa perasaan itu
rasa perasaan suram itu




kata mereka

mereka yang kata
"berdiri di atas kaki sendiri"

sudah
aku sudah cuba
acap kali aku cuba
cuba hidup berdikari tanpa bantuan mereka
dan seringkali juga aku rasa putus asa untuk berusaha
kerana pelbagai masalah yang datang bagai menggila

seribu satu perkara buat aku buntu
sebab seringkali sahaja aku fikir tentang benda yang tidak perlu
benda bodoh yang sepatutnya dah lama aku selesaikan dulu
tapi disebabkan kebodohan ini
aku makan hati
aku ratah hati
aku telan hati

aku makan hati aku sendiri
aku ratah hati aku sendiri
aku telan hati aku sendiri
sehingga aku rasa tidak punya hati
dan aku terus mati




walau hanya

ketawa kau
bagi aku satu senyuman
senyuman yang buat aku rasa hilang
buat aku rasa terbang
buat aku terbang dalam fantasi sendiri
fantasi yang hanya kau seorang faham
fantasi yang hanya kau di dalam
dan apa yang aku ada ini aku harap bukan mimpi
bukan mimpi mimpi mereka yang sudah tewas
bukan mimpi mimpi mereka yang telah putus harapan

tetapi jika benar ini semua hanya mimpi dusta
biarkan aku terus lena
biarkan aku terus bermimpi
tolong jangan bangunkan aku dari lena

ini rasa aku!

rasa!
aku tak salahkan mereka itu
bila hidup,memang banyak yang akan kita rasa
dan rasa rasa itu hadir bila kita terlalu berfikir
terlalu berfikir tentang segala macam rasa

itu rasa kau
dan aku ada rasa aku
mungkin tak banyak bezanya
tapi masih ada sedikit kekeliruan

aku faham hati kau
aku juga rasa apa yang kau lalu
memang tak patut terburu-terburu
dan memang sengaja aku perlahankan langkah itu
kerana takut nanti bila pecah,kita sendiri yang luka berdarah

kerna itu
aku hanya mahu bertatih
menyelusuri lorong-lorong yang suatu hari mungkin jadi memori kita
yang apabila dipandang,kita akan tersenyum bersama

buat masa sekarang
membuat kau ketawa dalam setiap patah kata yang aku bicara
sudah cukup bahagia.

jangan bimbang
kerana aku sendiri masih menunggu masa
membiarkan rasa berbunga itu hadir sendiri.
untuk mengungkapkan apa yang tak terkata

HH

kekalutan

kekalutan itu
mereka datang sendiri
mengisi setiap ruang kosong setiap kali kau sendiri

kekalutan itu
kadang kau sendiri yang cari
dan akhirnya ia memakan diri kau sendiri

tapi itu tak bermakna kau harus berputus asa
bangkit dan huraikan simpulan simpulan itu
supaya kau dapat hidup dalam ketenangan
dan senyum sepanjang hari walaupun dengan cacian para pembenci


kau sendiri pilih

cinta itu buat kau buta
buat pandangan kau kabur dan terus tidak nampak apa-apa
tetapi sahabat itu kadang jadi penenang jiwa
walaupun sekali sekala buat kau luka tanpa sengaja

dan mereka mereka itu pilih sahabat dari wanita
yang mereka sendiri tidak pasti samada mereka cinta

terus terang,bukan mudah,
tapi ia mampu meleraikan simpulan kekusutan itu
dan akhirnya kita yang akan gembira
seterusnya melukis kembali jalur hidup yang semakin lari dari arahnya.

hidup tak adil?

masalah
mereka memang selalu hadir
kadang bunuh perasaan yang sedang berbunga
mencarik setiap rasa yang membuat kau bahagia

tapi dalam setiap masalah
pasti ada penyelesaiannya
jika diikut hati yang parah
jika dimakan nafsu amarah
mungkin keputusan bodoh yang engkau buat

jadi
tadahkan tangan dan basuh muka
berdoa pada-Nya
tunduk pada-Nya
kerana dari mana ia hadir
di situ juga ia akan pergi

*there is always a problem,no matter where you live.

hiba

malam ini
rasa sedih datang menjenguk
datang mereka itu secara tiba-tiba
aku rasa separuh gila
fikir benda benda bodoh yang tak sepatutnya

cuba ambil rasa yang selalunya aku tunggu
dan sekarang bila aku cuba
rasa itu lari dan terus pergi

jangan pernah cuba kalau tidak mahu masuk
aku tak pernah minta
tapi kau yang menghulur

kadang aku terfikir
mungkin kau hanya menghulur dengan niat lain
dan aku yang terlebih rasa

maaf,diri ini bodoh
terlalu banyak bermain kata kata
terlalu kisah mengambil tahu perihal perasaan
terlalu mahu rasa perasaaan itu.

*maaf kerana kalian terpaksa membaca rasa sedih manusia bodoh ini

sepatah

membaca satu patah kata
yang membuat aku tersenyum sendirian
hanya satu patah kata
orang nampak bodoh
aku nampak makna

aku senyum sendiri
sambil memikirkan tentang salah atau tidak tekaan hati
mungkin aku hanya suka sendiri
atau kau memang memberi erti

tak apa
aku tetap senyum sendiri
mengkhayalkan diri dalam fantasi
di mana kau berada di sisi.

pandang tanpa bicara

aku melihat mereka itu
aku teliti setiap pergerakan mereka
aku dengari setiap perbualan mereka
saling cuba memuaskan hati pasangan masing-masing
hingga mereka terlupa tentang apa makna sebenar mereka bersama

memang tidak salah begitu
memang tidak berdosa begitu
tapi apa yang mereka rasa apabila kepuasan sendiri diabaikan?

mungkin itu mereka panggil cinta
ya,cinta itu yang dikatakan buta
cinta itu yang kadang membuat manusia jadi alpa

dan aku di sini
masih terus memerhati
tersenyum melihat kebahagiaan kawan sendiri

semoga kamu kekal selamanya kawan :)

teori tanpa otak

teori bapa evolusi

melihat kepada teori Charles Darwin yang mengatakan bahawa manusia itu berevolusi dari seekor monyet sangat kelakar.
jika dilihat dari segi islamnya,teori itu memang salah sama sekali
tetapi mereka itu dari bangsa dan agama yang lain
jadi aku kupaskan dari otak terbuka.

jika teori itu benar,maka seorang manusia itu harus bijak memandangkan dia berevolusi
tetapi adakah manusia itu benar-benar bijak?
melihatkan kepada situasi sekarang,aku tergelak sendirian
mana ada monyet sanggup membuang bayinya sendiri!
mana ada monyet yang sanggup melakukan hubungan sejenis!
mana ada monyet yang sanggup membunuh kaumnya sendiri!

kerana manusia itu dangkal akal fikirannya,
membuang bayi sendiri!
melakukan hubungan sejenis!
membunuh kaumnya sendiri!

aku jadi bingung,
entah siapa yang bijak.
entah apa yang diperolehi dari evolusi itu

teori yang datang dari manusia yang tiada kotak pemikiran.
hanya sebuah pandangan.

rabak kornea

merenung lagi
renung dan terus merenung
hingga rabak ratu kornea
hingga jatuh encik pupil
hingga tersepit sang retina
masih merenung
hingga sang mata bercumbu sesama mereka .



kertas putih kosong

sekeping kertas putih,kosong,bodoh,yang aku buka
mencoretkan rasa rasa hati yang aku sendiri tidak faham bahasa penulisannya
aku gagahkan jua menulis
hanya untuk sekali lagi dilihat dan dikata bodoh
masih lagi merenung si kertas bodoh
dan akhirnya aku hanyut meneliti garis-garis halus yang sedia terlukis di situ
terfikir-fikir tentang siapa yang melukisnya
sampai akhirnya,aku terlena bermimpikan sang kertas
yang pengakhirannya ke sebuah tong sampah.
terima kasih menemani aku sebentar,
tapi kau sudah renyuk,dan aku tidak suka menulis.

di bawah pengaruh.

aku berpatah balik,
mencari di mana silapnya garis-garis yang aku lukis dahulu,
mungkin aku yang terlebih merasa,
dan membiarkan otak sempit ini berbicara.
aku cuba carikkan sehelai benang,
meneliti di mana hujung pangkalnya,
yang kadang aku sendiri lupa,
di mana letaknya ia.
mungkin hanya madah madah kosong yang engkau rasa,
tapi bagi aku,kata kata bodoh itu yang lahir dari jiwa.
cebisan cebisan rasa. perlu ke aku kumpulkan semula?
demi mencari sekeping hati buta yang tak bermakna.

untuk kau sahabat

jalur-jalur itu aku tenung,
dan membuat aku terfikir tentang jalan-jalan hidup yang semakin tidak pasti,
arah jalan yang sudah ada di depan mata,

tapi masih mahu mencuba jalan yang tidak nampak penghujungnya,
masih belum terlambat untuk berpatah balik,

dan memegang tangan itu yang sudah sedia menghulur untuk memimpin.
tangan yang susah lama dihulur hanya untuk engkau,
meski tangan itu penuh dengan lumpur,
aku yakin,kau akan nampak keikhlasan dia,
dari mata berkaca yang sudah lama memerhati,
dari mulut kecil yang sudah lama menjerit memanggil engkau,
kau harus kembali,hanya untuk sesuatu yang boleh buat kau pasti .  

mendamba sang bulan.

bulan itu,
yang selalu aku tunggu kehadirannya.
bulan itu,
yang selalu aku tunggu kala malam menjelma.
namun bulan itu hilang lagi,
membiarkan sang pujangga terpinga-pinga,
membuat sang serigala meraung hiba,
membuat malam hilang serinya.
bulan itu muncul kembali,
hanya untuk seketika,
hanya untuk melontarkan senyum manisnya,
hanya untuk membuat sang gila mencipta bahasa.
bulan itu hilang lagi,mungkin bersembunyi di belakang awan.

tak apa,aku akan tunggu kau ,
sampai kau keluar kembali
supaya dapat aku meluahkan segala isi hati yang datang dari otak sempit ini.

ketagihan! :)

aku terpandang dia,sungguh! manis senyumnya.
aku hanya mampu terpesona dan membiarkan hati remuk ini bermonolog.
membuat otak sempit ini mengangankan benda yang entah jadi entahkan tidak.
tapi hati ini milik aku,jadi biarkan aku
biarkan aku terus hanyut dalam senyum-senyum indah kau itu.
biar aku ketagih kan benda yang jarang aku jumpa.
bila aku nampak senyum itu,aku jadi suka.
bila aku rindu aku renung gambar-gambar yang penuh dengan senyum kau itu
dan membiarkan aku terus khayal dalam fantasi yang aku cipta sendiri.