senja lain

ini cerita
tentang hari yang menghukum
membunuh setiap cubaan bangkit
dari mimpi yang banjir berdarah

yang hitam
menolak hingga tersungkur
jatuh sakit yang aku senyapkan
hingga terkoyak kesan luka

buta
hari ini
aku di senja lain

kesenyapan

semua ceritera yang tak pernah habis
sakit pedih yang masih belum mahu pulih

aku sendiri
mengira peratus kesenyapan
tanpa kau
tanpa apa apa
cuma ligat bising kipas
yang aku renung
menggagalkan hari sunyi aku
dari terus berselubung
dalam ratapan sendiri
seorang lelaki gila