gila sang gila

kabus malam itu sangat tebal
aku jadi takut
takutkan benda yang aku tak nampak
khayalan,halusinasi
yang membuat hati aku
bagai berlari lari
macam ombak yang sibuk memukul sang pantai
menghilangkan tulisan tulisan di atas pasir
yang manusia tulis sebagai satu ingatan

seluruh tubuh menggeletar
peluh memercik membelah dahi
aku rasa kepala lutut aku sudah hilang
longgar
macam ikatan janji kita dulu
janji yang aku ikat dengan urat
yang aku ragut dahulu
urat yang paling dekat dengan hati aku
rapuh
tidak cukup kuat
yang akhirnya
jatuh rebah dan tersembam
mencium bumi tempat lahirnya kita
tempat akhirnya kita

tanamkan aku dalam lumpur busuk itu
kerana walau tanah yang aku pijak
mulut aku tercungap cungap
meminta sebalang udara bersih
seperti ikan yang habitatnya bukan di hutan
seperti aku yang keluar dari kepompong aku
mencari kau yang tinggalnya di atas bukit sana
tanpa ada lurah jalan yang mampu aku pegang
untuk membantu berlari aku ke atas
meski aku punya sayap
tapi masih belum cukup kuat
untuk mengipas memukul sang angin
menerbangkan diri dan bebas melihat ke bawah
melihat kau yang termenung bermimpi ke atas
sambil aku sibuk ketawa terbahak bahak
tapi sepertinya aku sedang tidur
dan bermimpi tentang darjat aku yang lebih tinggi
dari kau yang aku benci

aku beri dua

aku beri dua
kau pilih satu
kalau mahu yang itu
ambil.
kalau mahu yang ini
ambil.
kedua dua?
jangan!
sebab dalam pilihan itu
kau hanya bisa pilih satu sahaja

walau dalam memilih
rasa sakit sering membunuh
rasa bersalah selalu mengutuk
tapi pilihan itu cuma satu
kalau pilihan itu menyakitkan aku
tidak mengapa
aku terima.
cuma jangan dia
kerna nanti
aku yang akan bercinta
dengan emosi yang orang panggil gila

jadi cerita akhirnya
aku yang sakit
hati kaca ini yang akan pecah.
sekali lagi,
tidak mengapa
aku bisa kutip semula
serpihan serpihan kaca itu
dan pada waktu itu
aku harap kau diam
kerana kata kata kau
akan buat aku termenung
dan lambat dalam mengutip kembali
sisa sisa hati

hilang

aku renung dalam dalam
mata berkaca itu
seperti sedang bercerita
tentang seribu masalah
urat urat di kepala
yang sepertinya berfikir
tentang sesuatu yang menyesakkan kepala

yang ada akan pergi
yang pergi tetap pergi
apa yang tinggal harus berdiri
agar di sana tidak bersedih hati

kehilangan?
tak semua menginginkan
tapi
bila masih ada
kita lupa
kita alpa
untuk meraikan apa yang ada
dan hanya menyesal
bila rasa kosong
datang menyelinap dalam hati

sebentar lagi


buat hati tenang
hari ini aku sedih
terdengar cerita tangan
yang tak pernah mengeluh letih
membaca cerita kaki
yang tak pernah mengadu lenguh

kau terlalu kuat
kagum
aku kagum dalam sedih
kenapa aku masih belum mampu membantu
persoalan yang masih belum mampu aku rungkai
aku tak mahu jadi beban
aku mahu jadi yang mengurangkan
kerana rasa sakit melihatkan kau
yang sering sahaja letih
tanpa ada tempat untuk kau mengadu cerita
tanpa bahu untuk kau lentokkan kepala
sabar
aku akan ke situ
aku akan jadi orang
yang akan bahagiakan kau
menyuluh sinar mata kau waktu pagi
mengisi senyum kau senja petang
menidurkan kau kala malam
tunggu,
aku pasti akan di situ.

renung kelam

aku renung semalam
semalam semalam itu
yang aku nafikan hadir mereka
sebab ada mereka seperti tidak ada
suram,tanpa cahaya aku
gelap,tanpa mentari aku
yang dulu
selalu tersenyumkan aku
selalu ketawa kerna aku
kini hilang
semua jadi kelam

aku susun suka semalam
aku gigit rindu semalam
aku buang sakit semalam
cuma semalam
kerana hari ini
semua datang kembali
dan aku
sakit lagi

selepas hidup mimpi

gantung aku
dan pergi berlalu
ingin pergi hilang
mahu pergi mati

ini
perasaan suram ini
aku tak pernah mahukan mereka
biarkan hilang
angan angan siang
mimpi mimpi malam

lupakan semua
terima seadanya
aku termimpikan mimpi
mimpi yang tak pernah aku mahu begini

palsu aku

ahhhh
terjaga
dan aku tak bisa tidur
fizikal
aku selesa
dalam hati
rasa seperti disiat siat
calar
luka
ditabur garam
diletak asid
dibakar
pedih
sungguh
aku rasa pedih
entah
terlalu perit rasa
hanya di dalam
tapi mulut aku masih ukirkan senyuman
palsu
semuanya palsu

sesak


hati ini
kadang sesak
sesak dengan pelbagai rasa
sering sesak dengan rasa benci
benci yang tiba tiba datang menjengah

aku rimas
hidup dalam satu atmosfera yang sama
lemas
tercungap cungap meminta nafas
seperti mahu mati
tapi aku masih di sini
menyendiri dengan rasa benci

aku kafankan diri sendiri
balutkan rasa itu jauh ke dalam hati
cuba hembuskan karbon dioksida kebencian
cuba hirup oksigen ketenangan
aku cuba
mungkin belum sampai masanya

kalaulah

kalaulah
bisa aku kisahkan cerita dahulu
tentang cerita dan rasa aku
pasti sudah aku katakan semua

kalaulah
bisa aku contengkan gambar dahulu
gambar yang tak pernah aku lupa
pasti sudah aku lukiskan semua

kalaulah
bisa aku tuliskan rasa dahulu
rasa yang sering bermain dalam hati
pasti sudah aku carutkan semua

kalaulah
katakanlah kalau tidak wujud
pasti tak akan ada benda yang aku sesalkan

semua dan semuanya


semakin lama
dah terlalu lama
terpendam dalam jiwa
bila meletus
terbakar semua
habis semua
terkena akibatnya

kadang aku sendiri letih
kadang aku juga ada yang aku benci
kadang ada juga yang ingin aku luahkan
kadang ada juga yang ingin aku carutkan
kadang aku terlalu fikirkan perasaan orang
dan aku duduk terdiam

entah
aku terima semua
letih mencari motivasi
ada sahaja yang tidak puas hati
benci
kau pergi mati

bunga semalam

semalam tentang cerita semalam
kalau boleh aku tuliskan
kalau bisa aku ceritakan
kalau mahu aku dengarkan
supaya aku tidak terlupa tentang semalam
yang terasa begitu indah
berikan aku satu kata yang lebih baik dari bahagia
aku ingin katakannya
kerana semalam terasa begitu berbunga
aku rakamkan semalam dalam pita hati
memainkannya sepanjang malam
bermimpikan dalam tidur panjang
terasa bahagia dalam tidur yang seperti terjaga
terima kasih dalam dua patah kata
gembiranya aku merasa

HH

mimpi dalam mimpi

aku pandang langit
aku nampak kamu
aku mimpi tentang kita
aku mimpi tentang mimpi kita
sebab hanya mimpi
yang membuatkan aku tersenyum
bukan aku takut berdepan realiti
tapi aku tahu
bahawa cuma kesakitan yang akan aku alami
dan bila aku sudah sakit
aku akan ambil masa yang lama
sangat lama untuk sembuh
dan waktu itu
masa akan terus berjalan
dalam keadaan yang sangat laju
masa itu berjalan
atau boleh aku katakan berlari
kerana aku rasakan mereka itu terlalu laju
berlari sambil aku sibuk memerhati
dan berfikir tentang banyak benda
benda benda yang aku terlepas dalam jangka waktu itu
aku tak mahu membiarkan masa itu berjalan pergi
sedangkan aku boleh gunakan masa itu
untuk bersama kamu

bunuh sahaja


aku di sini
dalam kamar gelap aku
berfikir tentang aku
tentang kamu
tentang semuanya
semuanya yang aku rasa fucked up
aku pilih ini
biar hati aku yang sakit
sudah berapa kali begini
entah
aku tak pernah kira
aku tak mahu berkira
kalau aku lepaskan
kalau aku carutkan
kamu yang luka
dan aku yang akan jadi gila
memujuk kamu
yang sibuk tersedu
sedang aku
sibuk memakan hati aku
sebab mahu selamatkan hati kamu
yang tak pernah tahu tentang hati aku
bunuh aku begini
bunuh aku dengan sikap kamu

mana satu


terkadang aku ingin berbaring
tidur
bermimpi
yang sepertinya lebih manis
dari realiti yang membunuh hati
bukan takut untuk berdepan
cuma kadangkala aku letih
membiarkan hati ini sakit
ditikam bertubi tubi
oleh mereka yang tak punya hati

benar
katakan apa sahaja
kamu tak tahu aku
aku tak tahu kamu
jadi mengapa masih sibuk
mengambil tahu tentang perihal aku
biarkan aku
dibuai mimpi mimpi indah
yang menjanjikan satu senyuman
yang memberikan aku satu kepuasan

benarkan aku berbaring
bermimpi sepanjang hari
dari bangkit berdepan realiti
yang membuat aku ingin bermimpi kembali

tersudut dalam gelap

terus
biar
lupa
tinggalkan aku dalam kegelapan
sebab aku sentiasa di sini
mungkin sebab ini
aku terlalu takut untuk keluar
mencari cahaya mentari
yang selalu membutakan mataku
mencairkan diri ini
yang terlalu lemah
untuk berdiri sendiri

aku harap aku mampu berlari
dari hati yang selalu karam ini
dalam lautan perasaan yang aku cipta sendiri
lemas
terkapai kapai di tengah tanpa sesiapa
aku hanya mampu memandang daratan
sebab aku tak bisa berenang
tanpa bantuan kamu
kamu yang aku harapkan untuk membantu aku
yang sepertinya
pergi meninggalkan aku
tanpa menoleh ke belakang

mungkin aku harus terima semua ini
bahawa hidup terkadang tak adil
tak adil untuk seorang lelaki gila
yang selalu bermain perasaan
tanpa kata kata
yang mampu aku ucapkan
untuk membetulkan apa yang salah
menyalahkan apa yang tidak benar

aku terdiam di sini
di sudut gelap ini
bersama rasa sepi

kau ubat orang gila

kawan
terima kasih kerana menemani
kau ada saat aku tak bisa keseorangan
peneman aku di kala aku bingung dengan hidup aku
saat aku tersesat memilih jalan
kau datang menghulur tangan
memberi aku ketawa girang
seperti ubat yang beri aku kelegaan
saat aku kesakitan

aku selesa begini
dapat cerita apa yang aku rasa
sebab terkadang
aku seperti tak mampu membiarkan
rasa gila aku bersarang di kepala

bodoh
gila
katakan semua
sebab kita memang begini
luahkan apa yang kita rasa
kerana itu sebenarnya
buat kita lebih faham
diri kita sendiri

sepuluh kata rasa terbang
hilang malam kau peneman
buat teman yang disayang
terima kasih aku ucapkan

GK