maaf

maaf
aku tak mampu berlari seiring lagi
aku sudah lelah
aku mahu sedikit ruang
untuk aku nikmati
apa yang telah aku sepatutnya perhati.

cuma sedikit masa lagi
teruskan berlari
aku akan berada di belakang ini
berlari sendiri
dan kita mungkin bertemu lagi.

sepi

aku pernah punya suatu hari
saat aku rindukan sepi
sunyi
seakan aku telah mati
dan cuma sepi menemani

masih mampu

bayangkan
jika aku sendiri
tidak mampu melukis masa hadapan sendiri
mana mungkin aku bisa
lukiskan untuk kamu sekali.

yang selama ini
aku berlari dan terjatuh
menambah parut parut cerita
aku baru terfikir
tentang cerita di sebaliknya.

pengalaman pengalaman
dan pahit jerih aku dulu
semuanya menjadikan aku yang sekarang.

seorang lelaki
yang mampu untuk berlari sendiri
selagi aku belum mampu
melukis impian si rusuk kiri.

sedang membesar

mak
aku masih ingat
waktu kau tampar aku
ketika aku kecil
dengan bedak
manja.

ayah
aku masih ingat
waktu kau tampar aku
ketika aku kecil
tangan kasar
yang mengajar.

kawan
aku masih ingat
waktu kita bersama
ketika kita kecil
membesar dan belajar
tentang erti hidup.

tuhan
aku masih ingat
saat aku hampir putus asa
dengan cerita dunia
hingga aku redha
dan faham mainan dunia.

hidup
aku sedang membesar
dan masih sedang belajar
tentang erti dan makna diri aku
di dunia ini.

walau sendiri
aku harus berdiri
dan terus mencari
hingga jasad diselimuti bumi.

Cinta untuk John II

"Waalaikumsalam! Cinta?"
John kaku. Masa di sekeliling seakan terhenti dan kembali berputar terhadap cerita 7 tahun lepas buat dia. Masa yang berputar terhadap cerita tentang Cinta yang dahulunya menjadi teman akrab dia sejak kecil. Masa yang mengingatkan John ketika kali pertama dia menyatakan betapa dia menyayangi Cinta.
“Jemputlah naik” pelawa John.”
Cinta yang datang malam itu dengan berbaju kurung nampak sungguh ayu di mata John. Dia mempersilakan gadis yang pernah dia sayangi itu untuk duduk.  
“John, awak sihat?” tanya Cinta.
“Saya sihat, awak bagaimana? Bagaimana awak boleh ada di sini?” tanya John.
“ Saya sihat, maafkan saya kerana datang secara mengejut. Saya baru berpindah ke rumah lama saya. Ibu bapa saya telah meninggal dunia. Keadaan saya sangat teruk di kota. Saya terpaksa pulang ke kampung.”
“ Oh, jadi sekarang awak tinggal dengan siapa?”
“ Saya tinggal seorang diri di banglo itu. Saya tidak mampu untuk mengemaskan semuanya sendirian.”
“ Oh,sebentar. Saya akan fikirkan jalan. Biar saya ke dapur dahulu mengambil air.”
John bergegas ke dapur. Mujur isterinya pulang ke kampung untuk melawat kedua orang tuanya. Kerja menjadi alasan John memandangkan dia memang menyampah dengan mertuanya. Semuanya mengikis harta dia.
“ Mungkin ini peluang untuk aku kembali mendapatkan Cinta. Aku boleh membantunya dahulu kemudian memenangi hatinya,” angan John.
Dia malas untuk mempedulikan tentang isterinya terlebih dahulu. Yang dia mahukan ialah Cinta. Gadis yang tak akan siapa pun mampu untuk hilangkan dari hati dia.
“ Kalau saya tiada apa-apa malam esok saya datang ke rumah awak untuk membantu kerana saya bekerja pada siang hari. Bagaimana?” tanya John sambil menuangkan air untuk tetamunya itu.
“ Baiklah, saya akan tunggu awak di rumah.”
Mereka larut dalam dunia waktu kecil mereka. Bersembang sambil setiap memori manis dahulu menjadi isi cerita. Petang itu, John merasakan dirinya berada pada masa silam. 4 tahun yang lepas saat cinta mereka sedang mekar.

Lewat malam hari itu baru Cinta pulang bersama senyum yang pernah buat John jatuh cinta dahulu. Gadis itu masih seperti dahulu. Masih seorang gadis sopan yang sentiasa berbaju kurung setiap kali keluar dari rumah. Perwatakan Cinta terlalu menarik buat John, sebab itu dia gilakan gadis itu.

memberi dan menerima

membenci
adalah satu sifat
perasaan
dan tingkah laku
di mana
lahirnya ia
adalah apabila
kau memberikan
sedikit ruang di hati kau
untuk membenci.

ruang yang sudah sedia sempit
kenapa mahu kau sempitkan lagi.
lupakan perasaan benci kau
lupakan perasaan dendam kau
hidup adalah untuk kau menghargai
apa yang membuat kau senang hati.

"to forGive is to forGet."

hujan,terima kasih memahami

hujan
terima kasih memahami.
saat hati aku sedang hiba
ketika aku sedang terluka.
kedinginan
yang kau balutkan
memberikan aku sedikit ketenangan.
saat rintis rintis kamu
membasahkan aku
kelegaan mencengkam.
luluh hati aku malam itu
pergi bersama kamu.
hujan
terima kasih memahami.

asap ke angkasa

aku hembuskan asap-asap khayal itu ke angkasa
aku lihat kemana pergi arahnya
yang terbang ditiup angin
hilang
seperti minda aku yang melayang.

aku hembuskan asap-asap khayal itu ke angkasa
sendirian
aku terbaring
dan tersenyum
terus aku larut dalam fikiran sendiri.

andai sahaja aku boleh tiup pergi
segala rasa sesal dalam diri ini
akan aku hembus ke angkasa
biar semuanya pergi
bersama asap-asap wangi.

Cinta untuk John

"Mungkin Cinta bukan untuk John. Cinta terpaksa ikut kehendak bapa Cinta."

Ayat tu,masih terngiang-ngiang dekat telinga John. Walaupun sudah 4 tahun Cinta pergi tinggalkan John, dia masih tetap menyimpan harapan bahawa satu hari nanti Cinta akan pulang dan menyambung cerita mereka kembali. Tapi, satu yang ditakuti John ialah tentang Ayu. Tanggungjawab dia terhadap Ayu yang dia kahwini tanpa rela selepas mereka ditangkap basah 2 tahun lepas tidak mudah untuk dilepaskan. 

2 tahun lepas,niat John untuk melepak dengan kawan karibnya Leman bertukar menjadi hari yang tidak akan dilupakan John. Ayu yang berada dalam bilik Leman malam itu mencemaskan John. Pelawaan Ayu untuk masuk disambut John dengan sengih kerang. Leman yang dari tadi tidak muncul menimbulkan pertanyaan di kepala dia.

"Leman mana?"
"Dia pergi kedai, mahu beli kondom katanya," balas Ayu sambil tersenyum sipu.
"Ahhhhh,sudah,"bisik John didalam hati.

Dia bukannya biasa berdua-duaan dengan perempuan ni. Cinta yang sudah dia kenali dari tingkatan 1 juga belum pernah John sentuh tangannya. Tapi malam itu, testosterone John semacam membuak-buak. Melihatkan Ayu yang cuma berT-shirt putih dengan potongan kolar V membuatkan John tak senang duduk. 

Malam itu, John nampak Ayu cantik sangat. Seksi. Kain batik yang Ayu sarung nampak ketat di bahagian peha dan pinggulnya. Dan apabila ayu bersimpuh, John dapat lihat dengan mata kepala dia sendiri betapa putihnya betis Ayu. Ayu juga seakan merelakan sahaja John menatap setiap inci tubuh dia malam itu. Entah kenapa, pemergian Leman ke kedai dirasa sangat lama. Pantiesnya yang sudah sedia basah mengundang resah di hati Ayu. Nafsunya membuak-buak. Melihatkan John seperti anak kucing yang tidak bersalah,Ayu menggodanya. Bermula dengan selakan kain batiknya hingga ke pangkal peha, Ayu semakin berani menundukkan dirinya sekaligus memaparkan lurah dadanya kepada John. Dengan sedikit usikan manja yang dilakukan terhadap John,dirinya terus digomoli.

Malam itu, adalah malam yang sangat John kesali. Impian dia untuk menjaga teruna dirinya hingga ke jinjang pelamin terkubur begitu sahaja. Ayu sangat mempersona. Nafsu untuk bersetubuh dengan gadis telah John tamatkan begitu sahaja, walaupun dia sebenarnya mengharapkan dirinya merasai nikmat itu dengan Cantik. 

Kini, John masih di tepi tingkap. Melayan angin sepoi malam itu dengan segulung rokok nipah dan secawan kopi. 

"Assalamualaikum!"
Jeritan salam dari depan rumah mengejutkan John....

masa depan dan ketakutan

masa depan
adalah ketakutan
setiap kali kau cuba bayangkan
kau cuma akan dapat
ketakutan.
tentang apa yang menanti kau
di hadapan.

tapi jika itu ketakutan
bagaimana dengan masa depan?
untuk membiarkan sahaja masa depan aku
yang belum pasti mana arah tujunya
dibiar tanpa aku cuba memikirkan
langkah yang harus aku aku pilih
adakah ketakutan yang harus aku hiraukan?
atau adakah aku harus bimbang dengan masa depan
yang sudah sedia tertulis untuk aku?

alasan

alasannya
aku cuma mencari diri sendiri
dalam dunia,
yang tiada siapa pun perasan
kondisi aku.

dalam aku bergelut
untuk cuba mengolah cerita hidup aku sendiri,
aku meningkat matang.
titian usia yang aku lalui
banyak mengajar aku
tentang pahit maung hidup
tentang parut parut derita
tentang manisnya secebis cerita.

cerita aku
yang masih belum tamat.
cerita
yang buat aku harus mengejar lagi
berlari
untuk berada dalam mimpi
yang aku cuba cipta sendiri.

sembuh nanti

andai mereka mahu terbang
apa lagi yang boleh aku ulang?
bila janji janji yang terikat
terlerai dengan kata
apa lagi yang kau mahu aku bilang?

aku takkan mampu halang
andai mereka mahu terbang
pergi meninggalkan sakit hati
yang nanti perlu aku ubat sendiri.

dan nanti
bila hati aku sudah sembuh sendiri
takkan ada lagi ruang untuk kau di hati.

balutan itu

petang itu
cuma balutan
dan langit merah
yang meneman aku
mencari di mana pergi
damai hati.

damai yang sudah lama hilang
bila hati aku berkali kali ditikam
sakit yang aku rasakan
tak pernah aku ceritakan.

dan petang itu
hanya balutan yang membawa aku hilang
mengejar fantasi yang aku cipta sendiri
menjadi mimpi yang akan aku inginkan lagi
mimpi
mimpi yang tak pernah mati.

faham aku.

luka aku,
walau dalam mana pun kau pernah toreh,
pasti boleh pulih dengan sendirinya,
jangan kau bimbang,
aku bukan pendendam.
kerana bila aku tahu macam mana pedihnya rasa,
bila hati ini kena pijak,
aku tak mahu kau juga rasa,
jadi aku diamkan sahaja rasa sakit aku,
untuk larut begitu sahaja.

aku cuma mahu kau faham,
aku bukan cuba untuk balas dendam,
aku cuma tak mahu rasa sakit aku,
bertambah dalam. 





aku masih berharap

aku masih berharap
sinar mentari semalam
mampu menghangatkan
sekeping hati
yang sudah hampir lari.

aku masih berharap
sinar mentari semalam
mampu mencerahkan
sekeping hati
yang sudah hampir mati.

aku masih harapkan
sinar mentari semalam,
kerana sinar mentari hari ini
sudah tidak hangat dan bercahaya lagi.

mungkar

ini tentang hak.
hak untuk bercakap.
hak untuk menegur.
hak untuk menghalang.
menghalang satu kemungkaran.

satu garis telah aku bina,
garis yang menyedarkan aku,
tentang di mana aku berdiri.
garis yang banyak menghalang aku,
untuk mencegah mungkar,
yang terhidang di depan mata.

aku sedar diri,
tentang siapa aku,
untuk mencegahnya dengan perbuatan,
atau dengan kata-kata,
yang bakal menyebabkan
sekeping hati tercalar.

dan selemah-lemah iman,
adalah menghalang mungkarnya perbuatan,
dengan hati.

lelah mengaku kalah

aku sudah lelah,
membiarkan cerita-cerita bahagia,
berlalu meninggalkan aku,
membiarkan aku terus menunggu.

aku sudah lelah,
menulis cerita-cerita indah,
yang bukan milik aku,
dalam kamus hidup aku.

aku sudah lelah,
melihat cerita-cerita gembira,
menjadi milik mereka,
sedangkan ia milik aku.

aku sudah lelah,
untuk terus membiarkan,
apa yang aku inginkan.
aku sudah lelah,
untuk terus membiarkan,
apa yang hendak aku menangkan.
aku sudah lelah,
untuk terus membiarkan,
apa yang aku impikan.
aku sudah lelah,
untuk terus membiarkan,
semua berlalu memijak aku,
yang selalu mengalah,
dengan muka menunduk ke bawah.


aku sudah lelah,
untuk mengaku kalah.

bulan separa

bulan,
separanya kamu,
menyorokkan separuh diri,
untuk menyendiri.

bulan,
separanya kamu,
menyimpan separuh hati,
untuk mengelak disakiti.

bulan,
munculnya kau,
separa,
kurang bercahaya,
sepi.
membuat hati aku tertanya,
adakah kau juga sedang disakiti?

bulan,
separanya kamu,
memberi ruang kepada diri kamu
yang separuh lagi,
untuk merawati luka hati.

sedang aku,
yang hanya punya satu hati,
yang sering disakiti,
tidak punya peluang
menyorokkan separuh diri,
untuk merawati luka hati.

cerita lama

aku carik halus,
cerita-cerita bahagia,
yang masih aku simpan.

cerita yang membangkitkan
dewi cinta dari tidur,
menembak hati aku berkali-kali,
dengan panah berisi cerita lama.

harapan yang aku tinggalkan,
saat angan-angan yang bisa aku gapai,
ada di depan mata.
namun hati yang diikat,
memaksa aku hanya untuk terpesona,
dengan taman indah di seberang sana,.

hanya mampu melihat,
kerana hati aku diikat cerita lama.

cermin

bercakap dengan cermin,
hanya bila diri yang memahami,
saat cerita-cerita sarat di kepala,
mahu luah membibit kata,
teman ku cari tiada ku jumpa.

mungkin dengan cermin,
yang selalunya memahami,
walau sering bisu,
saat setiap soalan diaju,
yang pasti dia di situ.
yang penting dia di situ.
duduk termelangu,
mendengar dongeng cerita aku.

diri sendiri,
yang terperangkap di dalam cermin,
kerana setiap bangkit dan jatuhnya aku,
dia ada,
mendengar cerita pahit duka aku,
dan sedia menghulur tisu,
mengesat toreh luka dahulu.

cerita yang kau tak faham,
cerita yang mereka tak faham,
cerita yang aku sendiri tak faham.
cerita yang diri kedua aku faham.
si cermin.

senyuman basi

yang berlari-lari aku,
terkejar apa yang sering aku mimpi,
bila realistiknya sesuatu itu,
beri aku cerita ngeri.

dan bila dalam mimpi,
butir kata yang tak mampu aku ucapkan,
kadang dengan sendiri terkeluar,
cerita tentang derita dan luka hati,
yang semakin lama merabak,
menimbulkan luka semalam.

yang dulu berparut,
kini luka kembali.

biarkan aku kadang sendiri,
biar aku berlari,
mencari sisa diri,
yang dulu tak sebegini,
tertinggal dan tertampal senyuman basi.

mungkin jadi begitu

rembang hari itu
saat ruang roma aktif bernafas,
aku di tengah hutan batu,
yang semakin berlumpur,
yang semakin sesak dengan pencemaran,
pencemaran dari semua segi.
korupsi.

di balik bingkai hitam,
aku melihat jemaah manusia,
yang berlari mengejar masa,
demi kerja,
demi harapan,
demi misi,
demi sesuap nasi.

apa agaknya rasa menjadi hamba kepada organisasi yang menjanjikan periuk nasi kita akan terus penuh?
apa agaknya rasa menjadi hamba kepada suatu sistem?
apa agaknya perasaan kamu bila tahu periuk nasi kamu sebenarnya dipenuhkan oleh Dia?

aku mahu tahu,
kerana aku juga mungkin jadi begitu.

fahamilah

ada golongan ibu bapa, yang terlalu bangga dengan anak mereka. ada cuma ibu. dan ada cuma bapa. fahamilah, mereka berbangga dengan kehadiran seorang anak yang membuatkan mereka tersenyum ketika mereka meniti usia. bertongkat. berkerusi roda. terbaring. semuanya masih punya hati besar. bercerita tentang anak yang saban hari semakin berjaya.

kefahaman seorang anak, untuk menghargai kedua ibu bapa atau cuma ibu atau cuma bapa haruslah menebal. kepedihan dan keperitan yang dialami seorang ibu saat melahirkan lagi. merangkak usia membesar dengan belaian, duit titik peluh mereka serta rambut yang saban hari makin putih, seorang anak haruslah sedar bahawa hidup bukan selamanya. ibu bapa yang ada tidak selamanya.

mungkin ada yang kurang bernasib baik, tidak mempunyai ibu atau bapa yang boleh membesarkan mereka menjadi seorang yang berjaya. lantas mereka memberontak. mengatakan ibu bapa mereka tidak mampu medidik mereka menjadi manusia berguna. segala titik peluh seorang ibu atau seorang bapa tidak dihargai seorang anak yang sehingga kini masih hidup. masih sempurna sifatnya. masih mampu melihat warna dunia. apa kau tidak bersyukur?

fahamilah, bila sudah berjaya, ibu bapa itu adalah mereka yang kau patut hargai. segala air mata dan keringat yang mengalir untuk kau yang sudah bergelar seorang kenamaan sepatutnya dihargai. kesempatan menghargai dan menuturti segala kata mereka cuma sementara. sementara mereka masih belum disemadikan di dalam bumi, atau sementara kau masih belum disemadikan di dalam bumi. 

pengakhiran gagak dan merpati

Keesokan harinya, sang gagak datang lagi. Beliau berasa curios tentang keadaan burung merpati di dalam sangkar. Beliau mahu menemubual merpati bagaimana dia boleh menjadi seekor burung belaan. Sesampainya gagak di tepi sangkar merpati, beliau melihat merpati sedang terbaring dengan paruh yang biru.

Ketika sang gagak meratapi kematian sang merpati yang mati menelan nila, beliau terperanjat apabila melihat merpati kembali tegak dengan wajah yang duka.

“ kenapa kau belum mati lagi? Nila tak dapat membunuh kau kah wahai merpati “ Tanya gagak yang takjub dengan kekebalan merpati.
“ nila? Bila masa aku telan nila? “ Tanya merpati kehairanan.
“habis, kenapa paruh kau biru? “
“ oh, aku baru lepas minum Pepsi Blue yang tuan aku beri, perut aku kembung dengan gas. Aku fikirkan, kalau aku minum pepsi tu nanti aku akan high dan dapat lupakan hidup aku yang mengecewakan ini, rupanya tidak. Hanya sakit perut yang aku dapat ” cerita merpati.
“kenapakah wajah kau begitu sekali merpati? Apa yang terjadi? Kau masih teringat kisah semalam?“ Tanya gagak bertalu-talu.
Sang merpati hanya memerhati gagak tanpa menyebut sepatah perkataan pun.
“ tidak mengapalah kalau kau tak mahu menjawab pertanyaan aku. Aku cuma datang untuk bersembang dengan kau, memandangkan kau pun bukan ada kawan kan? Haha “ sempat sang gagak berseloroh dengan merpati.
Merpati hanya tersengih kerang sahaja. Kadang-kadang merpati berasa musykil kenapa sengih dikaitkan dengan kerang. Jika seekor burung tersengih, kenapa kerang yang mendapat nama? Entah, merpati sendiri tak tahu apa sebabnya.

“ apakah kau datang untuk menolong aku sang gagak? “
“tidak, aku cuma ingin tahu cerita tentang dirimu sahaja. Tentang bagaimana kau boleh jadi begini “ tempelak gagak sedikit marah.
“ maaf, aku cuma tertekan dengan hidup aku sekarang. Biarlah aku cerita satu persatu ” sang merpati berkata dengan sayu.

Dahulu, sang merpati merupakan seekor burung yang bebas terbang, tidak terkurung seperti sekarang. Namun, semuanya berubah apabila beliau telah melihat seorang rakyat cina yang ketika itu tengah makan roti canai dekat kedai mamak bersama seorang melayu. 1 Malaysia ke? Merpati berasa lapar dan tidak peduli samada mereka racist atau tidak, yang pasti roti canai banjir dengan kari ayam tu nampak sedap. Tanpa mempedulikan bahaya yang bakal menimpa, merpati meluru dengan laju untuk merampas rati canai bajir itu. Beliau juga berkemungkinan ingin mencicah kari ayam sebelum terbang pergi. Nasib merpati tidak baik. Beliau ditangkap dengan satu eratan tangan yang kemas dari pemilik roti canai tersebut.

“ eh, cantik pulak burung ni. Baik aku bela haha . aku akan berikan kau makanan setiap hari. Jangankan roti canai, mekdi pun aku boleh bagi tau! “ ketawa lelaki melayu yang menangkapnya tadi.
“ oi samad, burung tu bangsa apa? Melayu ke, cina ke india? “ Tanya seorang lelaki kadazan di meja belakang.
“ apa, burung bangsa kadazan takde pulak? “ marah si melayu.
Burung yang melihat sikap racist mereka hanya menggeleng kepala. “ apedaaaa, “ cip cip sang merpati.

“ Ketika tu aku bodoh, aku ingat mekdi sedap. Rupanya ayam dia tak dibasuh dengan bersih kau tahu. Aku dah tak tahan terkurung dalam sangkar ni tahu! aku juga mahu terbang bebas. “ cerita sang merpati.
“ baiklah, aku boleh tolong untuk keluarkan kau!” 
Naik juling mata merpati bila dengar gagak berkata begitu. 

“ tapi kau harus cepat, kita tak akan ada masa yang banyak” arah sang gagak.
“ baiklah!” merpati bercip cip dengan kuat kononnya ikut arahan.
Kalau nak ikut arahan orang atasan pun, perlu ke jerit kuat-kuat. Tambah-tambah kalau perempuan, kan tak manis tu. Lupakan.

Sang gagak dengan sedaya upaya membuka pintu untuk merpati. Dan selepas 14 kali cubaan dan dengan paruh yang dah sumbing sikit, pintu kurungan merpati berjaya dibuka.
“cepat keluar, terbang jauh-jauh.” Arah sang gagak.

Sang merpati melompat keluar dari sangkar dan membuka kepak untuk terbang. Namun dia terjatuh ketika cubaan pertama.

“apa yang kau buat? lekas terbang. Tuan kau dah pakai kain tu nak ambil kau “ tempik sang gagak.
“ aku tak boleh terbang. Aku sudah lupa untuk terbang “ tangis sang merpati.

Hidup di dalam kurungan bertahun-tahun membuatkan merpati lupa tentang manual penerbangan yang diajar oleh emak beliau satu ketika dulu. Sikap tamak beliau nak makan mekdi terkubur begitu sahaja kerana sebenarnya, tuannya hanya memberikan beliau ayam goreng seketul rm2 yang dibeli di pasar malam setiap rabu. patutlah sang merpati tak pernah nampak permainan walaupun beliau selalu mintak dibelikan happy meal. Beliau kemudian dikutip kembali oleh tuannya dan dimasukkan ke dalam sangkar.

The End.

percaya

percaya,
aku masih seorang lelaki,
yang masih memegang janji,
yang selalu mengota janji,
walau ada yang aku langgar lari.

percaya,
aku masih lelaki setia,

yang masih memegang janji,
yang selalu mengota janji,
walau ada yang aku langgar lari.

karma itu hampir terjadi,
satu cerita,
saat hati aku disiat-siat,
dengan pisau berkarat.
satu cerita,
yang buatkan aku menyesal,
sampai sekarang.

jadi,
karma itu tidak terjadi,
sebab aku sentiasa tahu,
yang aku masih ada kamu.

i don't mind being a left hand

" i don't mind being a left hand"

maksud aku bukan yang kita yang sejak kecil di didik dengan cara mengklasifikasikan tangan dengan kelas berikut. tangan kanan untuk makan dan tangan kiri untuk basuh berak. watefak? takkan tangan kiri hanya berfungsi sebagai tangan basuh berak sahaja? dan, aku tidaklah rendah sangat darjat sampai nak cuci dubur orang yang dikelaskan sebagai alat buangan untuk produk yang dinamakan tahi. lupakan.

ini cerita tentang kau menjadi orang kedua penting dalam sesebuah syarikat, produksi, geng kaki pukul, kawan-kawan nerd, geeks dan sebagainya.

pertama, kita ambil konsep berkawan. ini mengikut teori dan falsafah aku. aku yang menulis, jadi biar aku yang ceritakan. sebagai seseorang yang dinaikkan pangkat menjadi "kawan" dari seorang "anonymous", kau adalah orang yang telah diiktiraf atau dihargai oleh seseorang yang mahu mengambil kau sebagai kawan walaupun muka kau hodoh.

kedua, kawan baik adalah seseorang yang diharapkan oleh seorang kawan lain, yang telah menganggap seseorang itu sebagai kawan baik. di sini aku namakan individu A sebagai Samad dan individu B sebagai Said. Samad telah menganggap Said sebagai seorang kawan baik kerana Said telah membantu beliau ketika beliau susah. Said juga telah menggangap Samad sebagai seorang kawan baik. jadi,apabila ada situasi di mana Samad kerosakan motor dekat tepi jalan, orang yang diharapkan beliau mestilah Said memandangkan mereka itu kawan baik. takkanlah Samad nak mintak tolong kekasihnya yang bernama Salmah yang tidak tahu apa-apa pasal motor untuk datang tolong. kemungkinan Samad untuk melihat betis aweknya ketika mahu mencuba untuk menyetatkan(start) moto dia terlepas begitu sahaja. namun bagi Samad, apa salahnya dengan betis Said yang ada bulu tu? entah. Samad mengalami masalah untuk mengenalpasti jantina mana yang memberi ransangan kepada beliau. tidak mengapa, lupakan tentang masalah Samad di situ. kita akan bercerita tentang Said.

baik, keputusan Said samada mahu menolong Samad atau tidak terletak pada dia. tetapi sebagai seorang kawan baik, yang dianggap kononnya sehidup semati, yang mungkin sekali telah dianggap orang kanan di mana mereka adalah orang yang selalu meminjamkan bahu, kadang-kadang baju pun dibuat pinjam. dan apa salahnya kau pinjam ketiak orang kanan kau, mungkin dia pakai deodorant Nivea yang baru. so, back to the point, takkanlah Said tak boleh tolong Samad yang tengah lepak tepi jalan dengan motor rosak? diorang kan kawan baik? siapa tahu?

kesimpulannya, aku cuma ingin memberitahu kepada kalian antara sebab aku tidak mahu terlalu mempunyai ramai kawan baik.
pertama, tak semua kawan baik akan tolong kau masa kau susah.
kedua, tak semua orang yang kau dah anggap kawan baik, untuk dibantu oleh kau kalau diorang susah. kau akan selalu boleh untuk tolong mereka ke? jadi mengapa nak mengada-ngada ada ramai kawan baik kalau kau tahu kau tak mampu untuk tolong mereka semua kalau mereka susah.
ketiga, mungkin sebab nanti kawan-kawan baik aku tak pakai deodorant Nivea. takkanlah nak cium ketiak member yang pakai deodorant Avon? ok jugak. entah.

berkawan bukan sebab untuk kau nikmati kesenangan diorang sahaja. masa susah jugaklah seorang kawan baik itu dianggap penting untuk membantu member-member korang yang tengah susah. nak berkawan kita harus pandai nilai orang, macam mana reaksi diorang bila dapat tahu kawan diorang dalam kesusahan. takkan tak boleh nak tolong? kata brotherhood?

gagak dan merpati

ini cerita, tentang seekor gagak yang tengah melihat seekor burung merpati makan dengan lahapnya di dalam sangkar beliau. sifat curiosity gagak itu telah mendorong dirinya untuk melihat secara lebih dekat apa itu dedak dan dia juga ingin menemuramah merpati yang di dalam sangkar itu.

selepas gagak mendarat secara berbahaya di tepi sangkar beliau, burung merpati terperanjat dan telah tersedak dedak lalu beliau menyedakkan dedak itu tepat ke paruh gagak. tanpa mempedulikan kes yang baru sahaja terjadi, merpati meminta biodata gagak secara old skool. di mana, merpati memberikan gagak sekeping buku nota, yang di dalamnya berconteng dengan warna-warni. sang gagak tidak mempedulikan buku itu kerana beliau telah memilih untuk bercakap walaupun beliau mempunyai gagap kerana selalu menyebut "akkk" "akkkk".

merpati memperkenalkan diri kepada sang gagak dengan cara yang bongkak. "nama aku merpati,sudah dua tahun aku tinggal di dalam sangkar ini. lihatlah badan aku yang gemuk ini," kata sang gagak. sambil itu, beliau sempat menempelak sang gagak dengan bercip cip "hahah, kasihan aku tengok kau cik gagak, kurus betul badan kau. aku setiap hari diberi makan oleh tuan aku. dua kali sehari pulak tu. muahahaha kau punya badan macam dah sepuluh hari tak makan daaaa" (sang merpati banyak terpengaruh filem p.ramlee yang hari-hari tuan dia bukak.)  .

sang gagak terus tertunduk seraya berkata "walaupun aku tidak selalunya punya makanan yang banyak dalam masa sehari, aku masih bebas. bebas terbang untuk melihat dunia yang terbentang luas. bebas untuk berkawan dengan siapa sahaja yang aku jumpa. bebas untuk mengacau anak mak cik kiah yang baru lepas habis belajar tu. dia selalu pakai baju kurung tau (kurungobsesnism)."

merpati terus mengalirkan air mata sebab dia terpengaruh dengan filem p.ramlee yang nangis sampai buta tu. apa, dia ingat kalau menangis sampai buta tu lagi senang nak hidup ke? eh. sambung balik.
sang merpati berasa sedih apabila mendengar sang gagak berkata begitu. beliau membuat rancangan untuk menukar dirinya dengan sang gagak. "mahukah kau gantikan tempat aku di dalam sangkar? nanti kau akan punya makanan setiap hari." rayu sang gagak.

"Ah, tidak mahu aku. aku tak mahu terperangkap di dalam sangkar ini. dunia masih luas, aku masih belum habis terokainya" balas sang gagak.
"lagipun, aku tak akan disukai oleh tuanmu. aku juga tak mahu disukai oleh mereka. aku ada hidup aku. seekor gagak yang hanya selesa berada bersama koloninya. atau secara bersendirian" kata sang gagak lagi.

apabila rancangan beliau untuk meloloskan diri gagal, sang merpati membuat keputusan untuk menamatkan riwayat dirinya sendiri dengan menelean nila. beliau suka warna biru, sebab depan rumah beliau ada bendera biru dengan lambang kandar kot. entah. yang pasti, aku tak tahu samada merpati itu mati atau tidak.

sebab pertama, kalau minum nila boleh mati ke? mampu ke kau nak telan kalau rasa tak sedap? kan?
sebab kedua, mana si merpati tu nak cari nila? dia bukan pernah keluar dari sangkar pun.
sebab ketiga, merpati tu mana ada tangan. takkan dia nak angkat nila tu pakai kepak? oh no, ini bukan cerita Rio. ini cerita tentang merpati yang nak melepaskan diri. Tamat.
nak bersambungkah?

impian dan angan-angan.

impian dan angan-angan,
mereka adalah sesuatu,
yang sedari kecil kau akan punya.
kebanyakannya.

bagi aku,
sejak dari kecil,
aku tak pernah tahu,
apa yang aku angankan,
apa yang aku impikan,
aku tak mengerti kenapa
angan-angan dan
impian,
perlu ada.

melewati fasa remaja,
merangkak ke belia,
aku seperti baru nampak,
hala tuju hidup aku,
yang sejak aku kecil,
aku tak pernah tahu,.
sebab,
aku terlalu mengikut arus hidup,
hingga membuatkan aku sedikit taksub,
dan takut,
untuk memiliki impian dan angan-angan..

cuma sekarang aku sedar,
aku sudah ada impian,
aku sudah ada angan-angan.
angan-angan dan impian aku,
angan-angan dan impian dia.
seorang kawan.

cuma aku harap,
umur aku cukup panjang,
untuk aku realisasikan,
angan-angan dan impian itu.
dan,
untuk realisasikan juga angan-angan kau itu.

Annyoingly Hodoh, Sekejap Dan Nevermind.


Bagi aku,dalam dunia ni ada dua jenis muka sahaja. Yang bermuka-muka tak diambil kira,sebab ni tulisan aku! Satu adalah *mereka-mereka yang mempunyai wajah yang hodoh dan mereka yang mempunyai wajah yang tak hodoh (*nak tau kenapa aku buat mereka-mereka tu kata imbuhan sedangkan benda tu diharamkan? Sebab, aku nak bagi nampak lagi banyak lah! Haha) sekejap.....

Maaf,aku sedang enak nikmati buah jambu potong yang baru aku beli tadi. Eh,kalau pasal makan boleh lagi aku buat dua jenis perut yang ada dalam dunia ni. Tapi ini cerita tentang wajah,tentang muka,yang hanya melibatkan dua jenis sahaja. Nevermind.

Jadi aku cuma nak bercakap tentang bagaimana faktor yang aku berikan di sini,di mana kesan kau tergolong dalam kategori muka mana satu pun dari dua jenis di atas,akan memberi kesan kepada korang. Korang faham? Aku cuba untuk tidak berkhayal lebih sangat ni. Dah rasa macam terbang dekat awan dah. Sekejap...

Brpppp baiklah. Aku sedar diri bahawa aku tergolong dalam kalangan mereka yang annoyingly hodoh  walaupun kau baru pandang sekali sahaja. Sekejap.....

(hujan turun tatkala aku sedang menulis, aku bukan sedang cuba untuk ubatkan hati okay. Tak,aku tak cuba pun! Tolong faham jiwa aku!) Nevermind.

Ok, berbalik kepada cerita kita tadi. Aku ada pengalaman bagaimana rasanya bila tak ada rakan sekelas lelaki yang nak berkawan dengan kau. Masa itu hati kaca beb,dahlah muka annoyingly hodoh kan,so sape nak pujuk. Sebab itu aku dari sekolah menengah aku lagi ramai kawan baik perempuan. Tak,aku tak kena friend zone. Tak! Sebab  ramai antara mereka merupakan awek-awek kepada kawan-kawan aku. So,aku just berkawan.aku tahu polisi berkawan ni. Takkanlah aku nak ambil awek member, itu bukan cara aku berkawan. Dan kalau dah jadi ex pun aku takkan ambil,sebab backstab itu sangat menyakitkan. Uh,yang itu pun aku macam ada cerita nak diluahkan. Sekejap...

Sebenarnya aku tengah masak nasi ni,perut tengah lapar. Tadi aku pergi bungkus lauk,tak makan lagi tahu! So, lupakan pasal cerita backstab tu,lain kali aku cerita . Nevermind.

So,bila dah tak ada kawan-kawan lelaki yang menegur aku dalam kelas,aku jadi terfikir. Tentang apa salah aku. Dan hanya tentang,ya mungkin,tentang wajah aku yang annoyingly hodoh ni. Mungkin sebab itu *mereka-mereka tak mahu berkawan dengan aku. Sekejap...

Maaf sebungkus jambu habis dimakan,gara-gara aku terlupa yang aku sedang menulis apabila jam aku yang rosak tadi membuatkan aku terpandang sebungkus jambu ketika aku merepair beliau. Iaitu jam. Tentang jam yang putus dan kepercayaan pun aku ada  cerita yang aku ingin ceritakan. Nevermind.

Bila diorang tak pujuk dan aku pun tak cuba nak settlekan apa masalah yang ketika itu aku tak terfikir pun, mungkin sebab aku masih bodoh. Ya,bodoh. Dan tentang kebodohan manusia-manusia pun macam ada yang aku ingin ceritakan. Nevermind.

Selepas peristiwa tu yang telah melibatkan cikgu ganti yang ada masa tu menyelesaikan masalah kami, aku pun jadi seorang yang banyak belajar. Banyak sisa-sisa cerita tentang setiap peristiwa yang aku kutip, aku jadikan pengajaran. Aku jadi seorang yang lebih tahu untuk menjaga hati seorang kawan memandangkan aku ini seorang yang annoyingly hodoh. Sekejap......

Aku bukan seorang lelaki yang mudah menangis sekarang. Dulu,mungkin. Ya,sebenarnya ya. Tapi itu dulu. Seorang lelaki yang sepatutnya mengikut tahun boleh mengundi untuk PRU13 tapi disebabkan bulan lahir yang dinanti belum tiba sebab diorang buat PRU13 awal dari bulan yang sepatutnya aku keluar dahulu dulu, takkan lah aku nak menangis lagi. Kan? So,nak cerita pasal politik ke? Sekejap...

Nevermind.

masalah


aku bukan dari kalangan mereka,
yang melarikan diri,
setiap kali masalah timbul mendongak.

aku redah setiap arus hidup,
yang selalu berombak kuat,
menghempas muka,
menampar pipi,
menerusuk masuk ke dalam hidung,
tersedak.

dan sesukar itu,
aku renangkan juga,
dengan tangan yang hampir longlai,
dengan kaki yang hampir terkulai,
demi sebuah pantai,
yang sedia menahan,
dan membuai aku dengan angin bayu.


membalut tubuh aku,
dingin,
hingga hangat tubuh aku,
dalam pelukan kamu.

aku bukan dari kalangan mereka,
yang melarikan diri,
setiap kali masalah datang menjengah.

sisa-sisa cerita


petang itu,
aku berangan menulis,
dalam pekat petang rabak,
mencarik urat-urat warna merah mata,
terselindung sebalik kaca hitam,
menulis.
melopong.
mencari kalau-kalau ada sisa cerita,
yang belum aku cerita lagi.

saat itu,
aku sedar,
bahawa pita rakaman aku sentiasa berputar,
namun tingkap memori belum mahu terbuka,
hinggalah aku buka,
saat aku tenang bercerita,
tentang memori-memori aku yang tersimpan lama.

terlopong.
menonong.
mencari kalau-kalau ada sisa cerita,
yang belum aku ceritakan lagi.

sentimental?

aku masih berenang,
walau air laut cerita semalam,
masih aku sedakkan.

yang sengaja aku sedakkan,
mengajar aku untuk tidak lemas,
menelan cerita yang arusnya sama,
seperti yang semalam.

katalah aku sentimental,
mungkin,
aku kenang cerita-cerita lama,
yang setiap saat ceritanya aku simpan,
erat.
yang mana kadang buat aku tersenyum,
setiap kali minda aku berputar ke bahagian rindu.

ramai orang yang aku rindu,
kawan-kawan,
dari tadika sampailah semua dah besar panjang,
yang belajar,
yang bekerja,
yang menganggur.
dan kamu.

bila terlalu sentimental,
aku rajin bercerita,
maaf kalau ada kata yang buat kamu tak selesa,
aku tidak akan lagi bercerita.

dua cerita yang sama


aku sudah tidak mampu bilang
sudah berapa kali
hati tisu ini terkoyak
dan terbakar

aku sudah tidak mampu bilang
sudah berapa kali
hati tisu ini aku kepal
supaya zahirnya nampak kebal

hari ini
aku kumpul tisu baharu
supaya tak akan pernah nampak kurang
dan buat ganti hilangnya yang dahulu
yang sudah tidak mahu jadi satu

kawan
terima kasih
buat tangan yang mengusap
terima kasih
buat kata yang menyabarkan
terima kasih
untuk telinga yang mendengar

aku tak bisa bercerita
tentang semua rasa aku
bila yang aku mahu
hanya melepaskan air mata
yang dah lama aku seka
supaya segala derita
dapat aku lupa

kekacauan

dalam pedih,
aku jatuh,
kepada yang satu lagi.

kali ini,
dalam,
baru tadi aku ingin pergi,
baru sekarang aku ingin pulang.
tapi
kali ini dalam,
benar-benar dalam,
dalam kekacauan
dunia aku sendiri.
aku seperti belum mahu berjaga,
dari bermimpi,
sebab aku jatuh lagi.

hipokrit

manusi-manusia hipokrit!
aku cukup tak suka dan aku menyampah dengan mereka. tambah-tambah bila orang yang hipokrit tu aku dah anggap macam kawan. depan punya cerita bukan main baik,senyum bukan main manis. kalau ada air tambah dengan senyum diorang boleh bagi kencing manis. potong kaki baq hang! aku tak suka orang hipokrit ni sebab bila belakang kita bukan main banyak pisau depa bawak keluaq. siap boleh pilih mana satu nak tikam belakang kita. apa masalah hampa sebenaqnya? kalau tak suka toksah duk kawan dengan aku,aku pun boleh jadi gembira. aku cuma nak orang sekeliling aku adalah orang yang betul-betul nak kawan dengan aku. bukan orang yang depan tabur gula belakang tabur semut.

entry ini dah lari dari apa yang aku mula-mula nak tulis dalam blog ni. dan persetankan semua tu,aku punya blog jadi aku punya suka lah kan? haha

ahhhh,sakit hati bila aku pikir-pikir balik benda ni. tapi nak cari kawan yang tak mengata belakang kita bukan senang. cuma janganlah kalau kat belakang tu kau tikam sampai berdarah. setakat cucuk-cucuk manja tu biasalah kan? akhir sekali,kepada mereka yang suka mekap tebal-tebal depan kawan-kawan tu,hentikanlah. tak payah sibukkan diri korang nak bersolek,tak payah kawan terus kan senang?

salam.

ruang kecil

ligat,
aku lihat sayap kipas,
berpusing pantas
menyapu angin menghentam tubuh.

saat ini
waktu dinihari,
tika urat di kepala timbul,
aku nyaman,
membiar diri di hadapan kipas,
mengelak panas yang membakar.

dunia seindah itu,
saat panas
aku sulam dengan bayu,
paling tidakpun
aku kipas guna pelepah layu,
tapi nanti
bila dah sendiri,
saat tubuh mengadu sempit,
tika hidung mengadu lemas,
apa yang boleh aku bikin.

harap nanti,
bila bilik kecil itu sudah jadi milik aku,
ianya sejuk
dan nampak luas,
walau ruang itu buat aku kaku.

putus


lepaskan
dari terus kau cincang
dan kau buang dalam longkang
semua jerit pekik dia
yang meraung meminta ihsan
dari kau yang tak pernah mempedulikan

kenapa kau masih terus siksa
hati dia yang sudah lama terluka
yang sentiasa diam tanpa bicara
demi menjaga simpul tali
yang kau sendiri ikat mati

aku sendiri sakit
melihat simpul mati itu
yang kini dipegang dia sendiri
sedang kau biar longgar
dengan kuku tajam
yang saban hari menghaluskan
tetapi tidak mahu memutuskan.

Cerita Orang Minoriti

Ini entry yang aku tulis secara membabi buta. Sila buka mata.

Aku melihat golongan-golongan yang kononnya berkolar biru bergaduh mempermainkan bab agama. Ideologi dan kuasa yang lebih penting dari nilai agama itu sendiri membuatkan dua pihak bertelagah sedangkan pihak ketiga sibuk pecah perut ketawa melihat bodohnya mereka. Mempersendakan hal sensitif asal kepentingan dan tujuan tercapai. Hilang semua kesepakatan, hilang semua persaudaraan dan hilang semua pegangan.

Aku cuma melihat hal ini dalam konteks agama. Kenapa perlu bergaduh sedangkan agama Islam tertulis pada sekeping kad kecil berwarna biru pada kad kedua-dua pihak. Kenapa perlu mempermainkan hal sensitif semata-mata hendak mencapai kesenangan dunia. Kalau hal lain yang dipergaduhkan memang aku tak mahu ambil kisah. Hal-hal politik ini semua aku malas nak campur sebab cerita yang menggunakan air liur ni bukan semua boleh pakai. Sembur sana,ludah sini,tabur macam-macam janji,cukup bulan orang yang dengar basah dengan air liur dengan sisa makanan yang terlekat dekat celah gigi.

Tak perlu sampai nak memperburukkan saudara sendiri. Semua sudah kena main dengan tipu helah pihak ketiga yang memang sibuk nak pecah belahkan kita. Islam sama islam,bergaduh macam orang gila. Yang ulama diperlekehkan,yang ketua diperkecilkan. Mana semua cara hidup yang sebenar? Kenapa kita tak boleh singkap kisah-kisah lama. Kisah bagaimana nak selesaikan masalah-masalah dunia. Masalah bertelagah tentang isu penggunaan kalimah Allah ini terutamanya. Bukankah kita ada majlis syura yang dari dulu memang berkesan penggunaannya. Kenapa tak tahu nak guna. Duduk satu meja bulat kedai kopi tepi kampung pun dah cukup,janji orang-orang penting boleh datang. Bukan sibuk nak cari salah pihak satu lagi,bukan sibuk kutuk pihak satu lagi dan bukan sibuk carutkan pihak satu lagi.

Sama-sama kena sedar sendiri. Aku golongan minoriti,kerja tiap-tiap hari tunggu cukup bulan makan nasi bila dah dapat gaji. Hanya mampu tulis dekat sini sampai tiba masa diorang sedar sendiri.

putus


lepaskan
dari terus kau cincang
dan kau buang dalam longkang
semua jerit pekik dia
yang meraung meminta ihsan
dari kau yang tak pernah mempedulikan

kenapa kau masih terus siksa
hati dia yang sudah lama terluka
yang sentiasa diam tanpa bicara
demi menjaga simpul tali
yang kau sendiri ikat mati

aku sendiri sakit
melihat simpul mati itu
yang kini dipegang dia sendiri
sedang kau biar longgar
dengan kuku tajam
yang saban hari menghaluskan
tetapi tidak mahu memutuskan.

tiada lagi


kalau kau tanyakan
akan aku jawab
bahawa semua ceritera lama kita
telah luput dalam ingatan
tiada satu pun yang masih tertinggal.

tiada lagi bayang kau,
yang dulu sering menghantui aku.
tiada lagi harum tubuh kau,
yang dulu menyesakkan nafas aku.
tiada lagi gelak tawa kau,
yang dulu bagai irama untuk aku.
tiada lagi panggilan manja kau,
yang dulu menceriakan hari-hari aku.
tiada lagi sekujur tubuh kau,
yang dulu sering memangku aku.

semuanya telah aku biarkan tenggelam
aku biarkan sisa-sisa rasa aku yang dahulu lemas
aku biarkan karam tersadai di ruang sudut hati aku
telah aku biarkan mati
bersama memori memori aku
terhadap kau yang aku puja dahulu.

bebas


asap asap yang aku sedut
seakan puas dihembus keluar
membuatkan aku terfikir
bahawa semuanya tidak suka terperangkap
semuanya mahu bebas di luar
melihat corak corak dunia
mengenal manusia manusia hipokrit
dan merasa diri ditendang golongan
yang kononnya di kelas berbeza

berita jam tujuh pagi
tentang larinya banduan banduan
menampakkan satu lagi bukti
bahawa terperangkap itu menyakitkan hati.
kita semua mahu bebas
mahu bebas dalam setiap perkara yang kita buat
mahu bebas melakukan apa sahaja
mahu bebas seperti dunia ini kita yang punya.

tapi kebebasan itu punya batas
batas yang membataskan kita
dari buat perkara perkara gila
sebab batas batas
dan peraturan semuanya sudah termaktub
batas dan peraturan Dia.
batas dan peraturan Dia.
batas dan peraturan Dia.
aku ulang tiga kali
mahu semua tahu
tiada istilah peraturan kita
semuanya peraturan Dia.
peraturan Dia yang membenarkan peraturan kita.

membalas balasan


tadahan tangan aku
dengan busuk lumpur yang memeluk
yang menyentuh setiap inci tubuh
dan melekitkan di hujung kuku
menyesalkan aku tentang bayang dosa dahulu
ketika aku hanyut dalam keseronokan silam

aku terbayangkan dia
insan yang aku sayang
yang boyot perutnya dahulu
demi aku
aku yang kadang terlupa tentang cinta dia
biarpun semuanya di depan mata

tadahan tangan aku
hanya untuk dia
mengharapkan belas ihsan Dia
supaya memberikan aku kesempatan
untuk membalas apa yang tak mungkin boleh aku balas
cinta dia
sakit dia
susah dia
untuk aku
harapan aku
hanyalah untuk membalas jasa dia

yang tak bernyawa


entah kenapa
kebanyakan bahagian bahagian cerita aku
cuma tentang kekecewaan.
aku sendiri terfikir
kenapa aku lebih senang begini
lebih senang bercerita tentang kesedihan
walaupun aku punya bahagian gembira
yang jarang aku cerita.

mungkin di sini tempat aku mengadu
tempat aku melepaskan marah aku
kerana kadang aku terasa seperti sendiri
tidak tahu pada siapa mahu aku ceritakan
tentang sakit aku yang tak pernah lelah menumbuk.

mungkin juga di sini
aku tak perlu fikir tentang perasaan meluat
tentang perasaan manusia yang mungkin naik muak
mendengar cerita cerita bodoh aku.

di ruang kecil ini
aku tuliskan apa yang aku rasa
tanpa kisah tentang ada atau tidak
orang yang membaca
asalkan aku puas
dapat melepaskan dan meluahkan kecewa
pada sesuatu yang zahirnya tak bernyawa.

angan petang

memandang putihnya awan
yang sering datang
membentukkan rupa kamu
bilamana rindu aku
mengetuk pintu cerita
tentang kamu
yang tak pernah letih bergantung
di urat saraf otak aku


angan petang aku
adalah untuk berbaring di peha kamu
bercerita tentang hari hari aku
sambil memandang kamu
yang sering ikhlas menguntum senyum
dengan bibir merah mekar
menggetarkan tali jantung aku
yang sering mahukan kamu

HH

dalam aku


yang luar
gelisah aku nampak tenang
sakit di dalam yang tak pernah aku ceritakan
kerana setiap kali ditikam
aku solekkan bibir merah
membiarkan gelak paksa aku
menutup cerita yang menyakitkan

pandang orang yang tahu
bicara mereka
mengatakan aku tolol
bila setiap salah yang mereka buat
aku butakan
membiarkan diri sakit
demi hati hati mereka
yang pada aku nampak berkaca
yang tidak mahu aku pecahkan
yang mahu aku jaga
dari sakit seperti yang aku rasa

aku bukan meminta simpati
menadah tangan kosong
menanti jatuhnya air mata
aku cuma mahu bercerita
tentang sakit yang tak mampu aku bicarakan
bilamana jemari aku
lebih berani mengatakan yang benar

lena


maaf
aku terlena lama
dalam gelap yang menakutkan
dalam dunia yang aku sendiri tak pasti di mana
dan entah bila aku tersedar
dengan rasa takut
tentang sesuatu yang aku sendiri tak pasti mengapa
tapi pengalaman gelap itu
buat aku faham
bahawa dunia aku
tak sama seperti dunia mereka

aku lena terlalu lama
hingga aku rasa
mati itu bisa buat aku gembira
membuat dunia itu bagi aku bukan apa apa
membuat aku terfikir sendiri
bahawa dunia itu
bukan tempat untuk manusia macam aku
manusia seperti aku yang sering takut dengan bayang sendiri

mendung

aku tak punya mulut petah
untuk menceritakan hari-hari aku
tapi dengan kau
aku bisa patahkan lidah besi
membiarkan ia bercerita
tentang sakitnya sekeping hati.

tapi hari hari indah
yang aku mimpi selamanya
mendung
membasahkan aku dalam lebat
bersama kotor lumpur

buat sang lidah petah bicara
mungkin ini takdir kita
mendiamkan setiap rasa rasa
yang tak mungkin difahami ceritanya.