hukum

Pada hukum alam
burung itu haknya adalah terbang bebas.
Dan pada zahir itu
aku lepaskan.
Pada percaya yang aku semat
segalanya rahsia Dia.
Biar tak sempurna
jangan terusan tercela.
Satu ~~
Kalau bisa terbang hilang
kenapa tidak terbang pulang?
Dua~~
Yang menanti akan terus menanti
yang diatur mati itu pilihan sendiri.
Tiga~~
Sekurangnya aku
bukan kau atau mereka.
Salam

gentarkah?

Pemimpin, nanti kau yang bakal jawab tentang celakanya peraturan dihakim sebelah mata.
Ini,
Yang celakanya, mereka dibenar memakai pakaian menyerupai wanita.
Yang lebih celakanya, mereka menutup rambut di kepala seolah dosa auratnya dikira.
Ini menghina Islam secara terang terangan. Ini menyesatkan. Sedang sudah terang benar larangan Allah itu.
Apa guna kau perangi musuh yang pasti nerakanya kalau kau tak mampu bimbing saudara mencari syurga?
Tak gentarkah kau dengan binasaNya?

mencari abadi

Yang sepuluh
Dihitung kira hingga tinggal satu.
Teruskan
Sedikit atau banyak masih bekalan
Seorang atau segerombolan masih peneman.
Yang sementara ini aku teruskan
Mencari abadi di hadapan

sebuku soalan

pernah
paling hampir itu kamu
menjadi bayang meneman meski gelap.

masih
paling hampir itu kamu
meski bayang lenyap digelap.

dari setiap bayang
yang silih berganti siang malam
setiap dari kamu adalah cerita
cebisan yang mengigau mimpi

---

perlahan
soalan aku gantung pada tuhan
perlahan
dunia tinggal lipatan amalan
perlahan
aku cari diri dalam kesesatan

dan
tentang setiap ketentuan

bermula perkenalan
menyentuh perbuatan
akhirnya perpisahan

aku simpan sebuku soalan
mengharap jawapan dari yang senantiasa menentukan.

titik 1

dan apa mungkin kau persoalkan janji dan kata-kata aku,
jika dulu kau yang memungkirinya dahulu?

kerana pada kesilapan kesilapan dahulu
aku leraikan simpulan ikatan
tapi masih belum cukupkah kiranya aku masih memegang kata?

percayakah kau jika aku nyatakan janji aku tidak gagal bersama ikatan yang terlerai?

masih gelap

kadang
di sudut gelap itu
aku nampak seseorang
duduk diam membatu
dan setelah sekian lama
dia masih di situ

---- dia

entah apa difikir
entah apa diingat
entah apa dikenang
masih terduduk
tersedu menahan air mata jatuh
sepertinya kesal perbuatan silam
sepertinya kecewa cerita semalam.

----

kadang
di sudut gelap itu
aku duduk
melihat cermin besar
serta pantulan lembaga yang masih di situ
dan setelah sekian lama
dia masih di situ.

--- aku.

rancang

Rancangan yang aku rancang,
masih,
dan selamanya Dia yang merancang.

Lelah kecewa,
pada yang tercelaka,
tentang dunia dan manusia,
tiap kali hilang,
sesudah difaham,
Dia sebaik perancang.

Sesatlah di atas jalan Nya,
dunia bakal tiada harganya.