maaf dikata

rasanya
sudah terlalu jauh aku berundur
mendiamkan diri
berdiri
dan cuma memerhati

melihatkan kau yang ceria
di samping si dia yang mesra
buat aku rasa sesuatu
rasa yang tak mampu aku bicarakan
mungkin cuma cemburu
tapi untuk apa
hati itu bukan milik aku lagi

ya
hati itu
yang pernah aku hempaskan ke tanah
membiarkan kau sendiri mengutipnya
maaf
aku tak sengaja
aku terlupa aku sedang memegangnya
aku minta maaf

hitam semalam

sebab kadang aku beku
keras dalam memikirkan sesuatu
terus kelam dalam mencari cahaya
hilang
pekat malam bagai hantu
yang selalu ada tapi kau tak tahu
punca?
mereka kata cari sendiri
sedang aku hilang punca
merana dalam jiwa
yang rasa ditumbuk tumbuk
perlahan dan halus
namun pedih gila aku yang rasa

aku cuba pergi
hilangkan diri dalam kusut aku sendiri
pergi mencari jiwa yang aku tinggalkan
dalam gelap malam kelmarin
yang hitam
yang aku cuma nampak kelam

sendiri

aku perlukan pantai kosong
aku ingin sendiri
aku perlu sendiri
aku mahu sendiri
tersurut dalam laut gelap
dibawa ombak hanyut pergi

kejam dunia

perasaan aku biarkan hanyut
hingga akhirnya mungkin terdampar di tepi pantai
di pulau yang tiada penghuninya
keseorangan merenung angkasa luas
tanpa ada bintang yang menemani sang bulan

sakit
aku lihat pantai itu dipukul ombak
kejam zahirnya
namun sudah adat dunia
kerna dunia itu memang kejam
sekejam hati hati yang diam membatu

hujan yang membasahkan pantai itu
tiada bezanya dengan ombak yang memukul mereka
sering sahaja bercanda bermanja
dalam kasar aku lihat romantiknya
dan sekali lagi
pantai itu sunyi
hanya merelakan diri dipukul kekasih hati

dunia kedua

ketakutan itu tiba tiba hadir
dalam kekalutan hidup 
dalam dunia yang aku rasa kucar kacir
mungkin cuma dunia aku

entah
kadangkala
aku sendiri tak mampu rungkaikan kusut hati
tak mampu aku ungkapkan dalam kata
cuma tulisan membuka rasa
yang masih kabur dibaca mereka

kematian itu bukan sesuatu yang aku takutkan
cuma kerisauan tentang bekal diri
layakkah aku mencium tanah wangi yang kekal abadi
berbaring tersenyum dilayan si bidadari
yang selalu aku impikan bila tiba masanya nanti

dan aku harap bila tiba masanya
kau yang masih di sini tidak bersedih hati
doakan aku tidur dengan senang hati
doakan kita bertemu lagi
kerana satu hari nanti
kita semua akan pergi

larian yang memenatkan

bila yang mengejar berhenti berlari
merembeskan peluh
lalu dia mengutip cebisan bintang
yang jatuh di depan mata

dan bila kau yang di hadapan sana
juga berhenti mengejar
menunggu si dia di belakang
yang jauh tidak kelihatan

semuanya sia sia
bila kau sudah berputus asa
seperti dia yang di belakang sana

namun
untung nasibnya lebih baik
kerana cebisan bintang itu bersinar terang
sedang kau di hadapan sana
duduk termangu tanpa cahaya
cuma kegelapan menemani



kawan dari sebelah sana

kawan
datangnya kau dari sebelah sana
tanah bersih yang belum pernah ku jejak
ingin ku cium tanah bertuah itu
tempat di mana pepohon masih tumbuh melangit

kau yang dari sebelah sana
yang pertamanya kawan aku dari sana
membuat aku rasa rapat
membuat aku rasa dekat
walau kita berbeza pegangan
namun kau menghiburkan

terima kasih kerana sudi berkawan
aku akan jadikan kau kenangan
kerana setiap benda yang kita buat
aku akan sentiasa ingat
buktinya cerita dahulu
cerita yang membuat aku terkenangkan kita
terkenangkan tempat yang membuat kita rapat
kota batu itu
yang menjadikan kau sahabat aku

DM