kadang
di sudut gelap itu
aku nampak seseorang
duduk diam membatu
dan setelah sekian lama
dia masih di situ
---- dia
entah apa difikir
entah apa diingat
entah apa dikenang
masih terduduk
tersedu menahan air mata jatuh
sepertinya kesal perbuatan silam
sepertinya kecewa cerita semalam.
----
kadang
di sudut gelap itu
aku duduk
melihat cermin besar
serta pantulan lembaga yang masih di situ
dan setelah sekian lama
dia masih di situ.
--- aku.
rancang
Rancangan yang aku rancang,
masih,
dan selamanya Dia yang merancang.
Lelah kecewa,
pada yang tercelaka,
tentang dunia dan manusia,
tiap kali hilang,
sesudah difaham,
Dia sebaik perancang.
Sesatlah di atas jalan Nya,
dunia bakal tiada harganya.
masih,
dan selamanya Dia yang merancang.
Lelah kecewa,
pada yang tercelaka,
tentang dunia dan manusia,
tiap kali hilang,
sesudah difaham,
Dia sebaik perancang.
Sesatlah di atas jalan Nya,
dunia bakal tiada harganya.
tinggal kecewa
Tuhan mahu aku rasa
Dan jika yang tinggal cuma kecewa
Aku masih mahu rasa.
Sekurangnya,
Aku mampu rasa hidup
dengan kecewa yang tinggal.
Dan jika yang tinggal cuma kecewa
Aku masih mahu rasa.
Sekurangnya,
Aku mampu rasa hidup
dengan kecewa yang tinggal.
genggam
Ia duri tajam
Masih erat digenggam.
Digenggam
biar setiap cubaan mengerat
Menyakitkan.
Digenggam,
kerana pada realitinya
duri tajam itu pasti mencucuk
biar terletak indah.
Lelah.
Duri itu dihidupkan
Mempekak bisu pedih rasa.
Masih menggengam.
Masih erat digenggam.
Digenggam
biar setiap cubaan mengerat
Menyakitkan.
Digenggam,
kerana pada realitinya
duri tajam itu pasti mencucuk
biar terletak indah.
Lelah.
Duri itu dihidupkan
Mempekak bisu pedih rasa.
Masih menggengam.
rindu
Apa yang sempurna
Dari celanya cerita kita
Adalah rindu.
Padanya
Aku himpun kembali cerita
Tentang manisnya.
Aku lupa segala cerita
Tentang pedihnya.
Rindu
Padanya ada kamu
Acap kali menjengah malam dingin
Yang sering aku tunggu.
Dari celanya cerita kita
Adalah rindu.
Padanya
Aku himpun kembali cerita
Tentang manisnya.
Aku lupa segala cerita
Tentang pedihnya.
Rindu
Padanya ada kamu
Acap kali menjengah malam dingin
Yang sering aku tunggu.
masih kamu
Masih kamu,
Yang bawa debar dalam hati.
Masih
Wajah kamu
Mata kamu
Senyum kamu
Beri rasa pedih
Tentang pilihan untuk bahagia
Yang menyakitkan.
Masih kamu
Biar hari ini cuma tinggal aku.
Yang bawa debar dalam hati.
Masih
Wajah kamu
Mata kamu
Senyum kamu
Beri rasa pedih
Tentang pilihan untuk bahagia
Yang menyakitkan.
Masih kamu
Biar hari ini cuma tinggal aku.
satu buku
Dalam satu buku
Di mana
Atas setiap helaian itu
Tertulis.
Semua yang bermula
Tentang kamu
Dengan kamu
Untuk kamu.
Tertutup.
Semua yang berakhir
Tentang kamu
Pada kamu
Untuk kamu.
Dalam satu buku
Aku ragu
Tentang hak menulis lagi
Perihal kamu.
Di mana
Atas setiap helaian itu
Tertulis.
Semua yang bermula
Tentang kamu
Dengan kamu
Untuk kamu.
Tertutup.
Semua yang berakhir
Tentang kamu
Pada kamu
Untuk kamu.
Dalam satu buku
Aku ragu
Tentang hak menulis lagi
Perihal kamu.
Langgan:
Catatan (Atom)