i don't mind being a left hand

" i don't mind being a left hand"

maksud aku bukan yang kita yang sejak kecil di didik dengan cara mengklasifikasikan tangan dengan kelas berikut. tangan kanan untuk makan dan tangan kiri untuk basuh berak. watefak? takkan tangan kiri hanya berfungsi sebagai tangan basuh berak sahaja? dan, aku tidaklah rendah sangat darjat sampai nak cuci dubur orang yang dikelaskan sebagai alat buangan untuk produk yang dinamakan tahi. lupakan.

ini cerita tentang kau menjadi orang kedua penting dalam sesebuah syarikat, produksi, geng kaki pukul, kawan-kawan nerd, geeks dan sebagainya.

pertama, kita ambil konsep berkawan. ini mengikut teori dan falsafah aku. aku yang menulis, jadi biar aku yang ceritakan. sebagai seseorang yang dinaikkan pangkat menjadi "kawan" dari seorang "anonymous", kau adalah orang yang telah diiktiraf atau dihargai oleh seseorang yang mahu mengambil kau sebagai kawan walaupun muka kau hodoh.

kedua, kawan baik adalah seseorang yang diharapkan oleh seorang kawan lain, yang telah menganggap seseorang itu sebagai kawan baik. di sini aku namakan individu A sebagai Samad dan individu B sebagai Said. Samad telah menganggap Said sebagai seorang kawan baik kerana Said telah membantu beliau ketika beliau susah. Said juga telah menggangap Samad sebagai seorang kawan baik. jadi,apabila ada situasi di mana Samad kerosakan motor dekat tepi jalan, orang yang diharapkan beliau mestilah Said memandangkan mereka itu kawan baik. takkanlah Samad nak mintak tolong kekasihnya yang bernama Salmah yang tidak tahu apa-apa pasal motor untuk datang tolong. kemungkinan Samad untuk melihat betis aweknya ketika mahu mencuba untuk menyetatkan(start) moto dia terlepas begitu sahaja. namun bagi Samad, apa salahnya dengan betis Said yang ada bulu tu? entah. Samad mengalami masalah untuk mengenalpasti jantina mana yang memberi ransangan kepada beliau. tidak mengapa, lupakan tentang masalah Samad di situ. kita akan bercerita tentang Said.

baik, keputusan Said samada mahu menolong Samad atau tidak terletak pada dia. tetapi sebagai seorang kawan baik, yang dianggap kononnya sehidup semati, yang mungkin sekali telah dianggap orang kanan di mana mereka adalah orang yang selalu meminjamkan bahu, kadang-kadang baju pun dibuat pinjam. dan apa salahnya kau pinjam ketiak orang kanan kau, mungkin dia pakai deodorant Nivea yang baru. so, back to the point, takkanlah Said tak boleh tolong Samad yang tengah lepak tepi jalan dengan motor rosak? diorang kan kawan baik? siapa tahu?

kesimpulannya, aku cuma ingin memberitahu kepada kalian antara sebab aku tidak mahu terlalu mempunyai ramai kawan baik.
pertama, tak semua kawan baik akan tolong kau masa kau susah.
kedua, tak semua orang yang kau dah anggap kawan baik, untuk dibantu oleh kau kalau diorang susah. kau akan selalu boleh untuk tolong mereka ke? jadi mengapa nak mengada-ngada ada ramai kawan baik kalau kau tahu kau tak mampu untuk tolong mereka semua kalau mereka susah.
ketiga, mungkin sebab nanti kawan-kawan baik aku tak pakai deodorant Nivea. takkanlah nak cium ketiak member yang pakai deodorant Avon? ok jugak. entah.

berkawan bukan sebab untuk kau nikmati kesenangan diorang sahaja. masa susah jugaklah seorang kawan baik itu dianggap penting untuk membantu member-member korang yang tengah susah. nak berkawan kita harus pandai nilai orang, macam mana reaksi diorang bila dapat tahu kawan diorang dalam kesusahan. takkan tak boleh nak tolong? kata brotherhood?

4 ulasan:

  1. True true true! Biar ramai kenalan pon takpe, asal tak ramai kawan. Bila skala kawan tu besar nak nilai sensorang dan up kan lagi menjadi teman makin payah :)

    Encik, part pinjam ketiak tu tak faham XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu betul :)

      part ketiak tu just joking je. ingat nak dapatkan promote dari Nivea. hehe :D
      dari pinjam bahu,apa salahnya kita tukar pinjam ketiak ke kan? hehe :)

      Padam
    2. Pinjam ketiak nampak lebih rapat sebenarnya XD

      Padam
    3. tapi kalau ketiak berbau nak ke kita pinjam ketiak dia? sebab tu pakai nivea. haha :D

      Padam