semoga sahaja

Sekarang,aku mahu ceritakan tentang aku yang nanti yang dulu aku tak pernah fikirkan. Untuk jadi apa yang aku angankan dan apa yang aku impikan, dulu tak pernah ada. Aku ikut saja mahu Dia.
Sekarang,aku yang nanti akan jadi apa yang aku sudah nampak kini dan sejenak menjentik aku untuk melihat apa nanti yang akan jadi.
Pertama, pada emak yang walau aku tahu takkan pernah budinya habis aku balas. Membahagiakan dia yang pada mata ini yang aku sedari kecil tak pernah nampak bahagianya. Yang aku cuma selalu nanpak senyum riang dalam letih lesunya mengerah tulang empat kerat semata sesuap untuk kami dan kami yang nanti. Untuk aku yang nanti.
Kedua, akan siapa yang jadi tempat aku melepaskan lelah sehari. Cuma dalam senyum belai tawa dia, biar dunia aku gelita.
Ketiga, akan siapa yang aku tinggalkan setelah tiada. Yang mungkin nanti membawa nama dan darah antara dua jiwa. Kemampuan dalam menyiapkan mereka apabila nanti mereka aku tinggalkan untuk melayari diri hidup sendiri. Cukupkah di dada mereka apa yang aku akan tinggalkan.
Dan seterusnya beberapa cerita dunia sini dan sana.
Entah, dulu aku yang cuma ikut saja mahu Dia, kini gentar akan apa mahu Dia.
Semoga sahaja akan apa mahu Dia seperti apa mahu aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan