sedang membesar

mak
aku masih ingat
waktu kau tampar aku
ketika aku kecil
dengan bedak
manja.

ayah
aku masih ingat
waktu kau tampar aku
ketika aku kecil
tangan kasar
yang mengajar.

kawan
aku masih ingat
waktu kita bersama
ketika kita kecil
membesar dan belajar
tentang erti hidup.

tuhan
aku masih ingat
saat aku hampir putus asa
dengan cerita dunia
hingga aku redha
dan faham mainan dunia.

hidup
aku sedang membesar
dan masih sedang belajar
tentang erti dan makna diri aku
di dunia ini.

walau sendiri
aku harus berdiri
dan terus mencari
hingga jasad diselimuti bumi.

4 ulasan:

  1. teruskan menggamit kekuatan dan kau tak akan sendiri.

    BalasPadam
  2. apa pun Tuhan sentiasa bersama kau. noktah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia memang akan ada, aku cuma risau jauh.

      Padam