Cinta untuk John II

"Waalaikumsalam! Cinta?"
John kaku. Masa di sekeliling seakan terhenti dan kembali berputar terhadap cerita 7 tahun lepas buat dia. Masa yang berputar terhadap cerita tentang Cinta yang dahulunya menjadi teman akrab dia sejak kecil. Masa yang mengingatkan John ketika kali pertama dia menyatakan betapa dia menyayangi Cinta.
“Jemputlah naik” pelawa John.”
Cinta yang datang malam itu dengan berbaju kurung nampak sungguh ayu di mata John. Dia mempersilakan gadis yang pernah dia sayangi itu untuk duduk.  
“John, awak sihat?” tanya Cinta.
“Saya sihat, awak bagaimana? Bagaimana awak boleh ada di sini?” tanya John.
“ Saya sihat, maafkan saya kerana datang secara mengejut. Saya baru berpindah ke rumah lama saya. Ibu bapa saya telah meninggal dunia. Keadaan saya sangat teruk di kota. Saya terpaksa pulang ke kampung.”
“ Oh, jadi sekarang awak tinggal dengan siapa?”
“ Saya tinggal seorang diri di banglo itu. Saya tidak mampu untuk mengemaskan semuanya sendirian.”
“ Oh,sebentar. Saya akan fikirkan jalan. Biar saya ke dapur dahulu mengambil air.”
John bergegas ke dapur. Mujur isterinya pulang ke kampung untuk melawat kedua orang tuanya. Kerja menjadi alasan John memandangkan dia memang menyampah dengan mertuanya. Semuanya mengikis harta dia.
“ Mungkin ini peluang untuk aku kembali mendapatkan Cinta. Aku boleh membantunya dahulu kemudian memenangi hatinya,” angan John.
Dia malas untuk mempedulikan tentang isterinya terlebih dahulu. Yang dia mahukan ialah Cinta. Gadis yang tak akan siapa pun mampu untuk hilangkan dari hati dia.
“ Kalau saya tiada apa-apa malam esok saya datang ke rumah awak untuk membantu kerana saya bekerja pada siang hari. Bagaimana?” tanya John sambil menuangkan air untuk tetamunya itu.
“ Baiklah, saya akan tunggu awak di rumah.”
Mereka larut dalam dunia waktu kecil mereka. Bersembang sambil setiap memori manis dahulu menjadi isi cerita. Petang itu, John merasakan dirinya berada pada masa silam. 4 tahun yang lepas saat cinta mereka sedang mekar.

Lewat malam hari itu baru Cinta pulang bersama senyum yang pernah buat John jatuh cinta dahulu. Gadis itu masih seperti dahulu. Masih seorang gadis sopan yang sentiasa berbaju kurung setiap kali keluar dari rumah. Perwatakan Cinta terlalu menarik buat John, sebab itu dia gilakan gadis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan