gila

Di setiap celah hati aku
Ada aku sorokkan cerita
Tentang derita
Tak pernah terluahkan.

Yang terkilan
Tentang yang disembunyikan
Bila dalam kepala
Tercampur adukkan.

Kecelaruan dan kegilaan
Ketakutan yang digigilkan
Terhadap apa yang dihadapan.

Cuma pasti masih
Tagih simpati cinta Tuhan.

2 ulasan:

  1. everyone have their own problem, cuma nak luahkan saja susah sbb terlampau bnyk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada aku,buka sahaja tentang apa tapi juga tentang siapa. Pada siapa.

      Padam