Kudung

Lazimnya, kekecewaan yang memaksa aku menulis. Kerana untuk aku bicarakan pada insan tentang kekecewaan itu ibarat aku mengadu domba cerita sempurna Tuhan. Sedang yang sudah tertulis itu kesempurnaan untuk aku yang sesat berjalan.
Lalu, untuk tulisan-tulisan yang berbaur kekecewaan itu sebenarnya aku tulis sebagai cebis memori. Dari cerita aku hingga ke cerita insan mahupun cerita yang tak kesampaian, aku tulis meraikan kecewa yang tak mampu dibicarakan. Cebis-cebis memori ini akan abadi selagi belum tamat cerita aku di sini. Cerita yang akan menghuni jiwa aku bila teringat wajah kau lagi.
Dan sesudah tamat nanti, cerita sempurna dari Tuhan tentang kekecewaan harapnya berganjaran satu lagi cerita penuh kebahagiaan. Cerita tentang keabadian kehidupan. Aku yang sedang hidup ini menerima kekecewaan jawapan kerana kebahagiaan kehidupan yang telah dijanji Tuhan. Janji Tuhan itu benar untuk mereka yang benar berjalan. Dan aku yang kudung, benar-benar mahu berjalan.

1 ulasan:

  1. perjalanan untuk cari bahagia adalah apabila Allah redha dengan kehidupan kita. carilah jalan jalan menuju Allah dan keabadian tentang secebis kekecewaan itu akan pudar apabila semua harapan terletak untuk Allah.

    (:

    BalasPadam