aku hanya mahu bahagia

aku hanya mahu berbaring
dalam sebuah kamar kecil
ditemani cahaya malap lampu
dengan sedikit dendangan lagu
jeritan jeritan kasar penyanyi
dan petikan petikan gitar solo

aku hanya mahu berbaring atas tilam usang aku
bersama bantal yang sekian lama setia denganku
yang memberi keselesaan ketika aku tidur
dan juga selimut yang membalut tubuh aku
saat aku menggigil kesejukan

berikan aku sekeping kertas putih
bersama sebatang pen
aku mahu coretkan seribu rasa aku
kerana aku sudah letih membiarkan mereka duduk
dalam otak sempit aku ni

biar aku renung kisah silam aku sendiri
bersama cerita cerita duka
bersama hati yang sering dipijak manusia celaka
aku mahu buang rasa benci dan cemburu aku
kerana aku ingin hidup bahagia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan